Haritu aku ada cerita tentang pengalaman aku terbeli pulse oximeter yang mungkin fake / palsu, sebabnya bila pulse oximeter tu dikepitkan pada tuala pun, ada bacaan paras oksigen.
Rata-rata yang komen menyatakan sebab aku beli yang murah, memang terkono lah beb!
Jadi setelah berbincang dengan zaimi, kami ambil keputusan untuk beli lagi sekali pulse oximeter ni, tapi yang sedikit mahal dari yang asal tu, dan yang paling penting, kami semak dulu jenis dan jenama oximeter tu di laman sesawang MDA, Medical Device Authority oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
Jadi, akhirnya kami beli Pulse Oximeter dari Aeon Technology.
Sebab memang ada tersenarai di portal MDA tu.
Ada lebih features dia tau.
LED display dia ada dual, dia anti shaking, saiz tulisan dia agak besar dan yang paling best dia ada 6 display mode yang berbeza.
Boleh pilih ikut sesedap hati tuan puan!
Dia ada tiga pilihan warna, tapi dekat kedai shopee yang kami nak beli tu, cuma tinggal warna biru je.
Maka add to cart la yang warna biru.
Dekat kotak ada dinyatakan nombor pendaftaran pulse oximeter ni dengan MDA selain alamat dan emel pihak pengedar dia.
Oh yang hitam atas lantai tu adalah kertas yang ayu koyak-koyakkan, jangan ingat tahi tikus pulak hahaha!
Ha inilah rupa pulse oximeter dari Aeon Technology tu.
Lebih menawan dan elegan rupa dia dari pulse oximeter fake yang kat gambar atas sekali tu.
Kan?
Ke perasaan aku je haha!
Ini adalah contoh display mode dia.
Ada graf sekali untuk mode yang ni.
Entahlah si zaimi, jari tengah yang dipakainya.
Sabar jelah.
Apa lagi, lepas dah test dekat manusia dalam rumah ni, terus test semula tuala tu!
Ha nasib baik tak ada bacaan yang timbul.
Test jugak dekat pen, pensel dan lain-lain, masih tak ada bacaan.
Legaaa!
Harapannya pulse oximeter ni tahan lama, dan sebenar-benarnya ori dan bukan fake!
Alah membeli menang memakai..tak rugi keluar duit lbh sikit asalkan puas hati dan yg penting..ori..
BalasPadamSA belum beli lagi...eh kena beli la..kena ada ni....
BalasPadamShida belum beli lg..beli mana syaz?
BalasPadamKalau yang murah rata2 mmg hat fake..lg2 beli kat shopee lambakan byk giler..pening nk pilih kan..
BalasPadamBelum beli lagi
BalasPadamnak kene cari jenama sama jugak lah ni syaz, kadang risau beli dapat yang palsu
BalasPadamAlhamdulillah tak terkena lagi
BalasPadamSaya dah ada.. Betul punya bukan fake.. :)
BalasPadamtakut nak beli sebarangan kan... takut dapat yg fake. kdang kami nk beli mask kat shoppee pun takut. takut dpt yg bkn medical dan tak berkualiti utk halang virus
BalasPadamBenda kesihatan ni memangg bagus beli yang betul betul. Sebab untuk kesihatan kita juga kan
BalasPadamsibbaik yg dtg bukan lesung batu.,. hehehe
BalasPadamitu la yg penting kan.. lulus mda supaya kita pun confident nak pakai
BalasPadampun belum beli lagi...takut terkena yg fake jugaks
BalasPadamGlad you found a better one.. take care =)
BalasPadamNampak jelas sikit tulisannya. Yang ammi punya pun tulisannya mcm ehhhh 6 je 8? 3 ke 5? Confuse makkk
BalasPadamokay, nak beli jugak lah brand ni.
BalasPadamalhamdulillah bila ada nombor pendaftaran pada kotak tu lebih yakin la sikit nak guna oximeter tu
BalasPadamKebanyakan yang ada kelulusan tu harganya boleh tahan. 😅
BalasPadamBagus ni ada panduan membeli. Boleh check dulu sebelum membeli. Naya kalau tertipu.
BalasPadambagus juga ada panduan ttg oximeter ni, takde lah ramai tertipu
BalasPadamSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.
Disclaimer: Unauthorized Use of Photos
All photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.
Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran
Semua foto di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.