Sejak dah kena makan ubat untuk kategori NCD dan ada follow up di klinik kesihatan ni, kehidupan aku dah bertambah lagi satu rutin iaitu perlu makan ubat tepat pada waktu yang diarahkan.
Untuk makan ubat tu tidaklah leceh mana, cukup waktu, koyakkan bungkusan ubat tu, makan.
Tapi yang menjadi lecehnya, bila ubat tu ada yang kena dimakan separuh dari pil tu.
Leceh pulak bila tiap kali nak makan, kena potong dengan pisau di dapur.
Kadang aku malas, aku gigit je pil tu.
Asalkan dia separuh hahaha!
Tapi tak eloklah kan.
Rupa dia pun bergigi-gigi je.
Tolonglah jangan tiru.
Nak potong dengan pisau tu pulak, bukan semudah dikata.
Kadang sampai ke kutub utara dia punya terpelanting.
Kadang hilang terus dari radar.
Entah ke dunia narnia mana ubat tu berlabuh.
Jadi, aku pun nekad untuk order pil cutter ni.
Alang-alang dah ada pil cutter, belilah sekali pil box.
Pil cutter yang aku beli ni, sengaja pilih warna pink.
Baru ceria dan lupa yang diri ini sakit kan.
Haha!
Ok yang aku beli ni, jenis katup sewaktu memotong ubat tu.
Dan walau sekecik atau selebar mana pun pil kita tu, dia boleh kerat dengan senang.
Letak je ubat pil kita yang hendak dipotong tu dekat tengah-tengah segitiga tu.
Pil tu tak adalah stay sampai tak bergerak lepas kita letak kat situ, kita adjustlah betul-betul.
Boleh acu dulu pisau dia tu atas pil tu sebelum mula untuk memotong.
HATI-HATI sebab pisau tu bahaya kalau anak-anak / budak kecil main!
AWAS!
Ok bila dah yakin dengan letak duduknya pisau tu, yakin yang bila dia potong, pil tu akan terbahagi sama besar, maka tekanlah pil cutter tu sampai dia tertutup rapat.
Tadaa!
Dia dah terbelah dua!
Yang menariknya bagi aku adalah, pil tu tak tercampak dan terpelanting sampai ke Uganda seperti masa aku guna pisau kat dapur.
Satu lagi kekurangan guna pisau ni, lapik yang kita guna masa potong ubat tu kena pastikan bersih.
Kalau boleh jangan guna chopping board yang kita selalu guna untuk potong daging tu.
Ok berbalik pada cerita pil cutter pink aku tadi, selain pil tu tak terpelanting, dekat hujung dia juga ada macam tempat letak ubat sementara.
Ye lah, contoh macam lepas kau kerat pil tu, kau mesti terus nak kerat pil seterusnya kan.
Macam malas nak kejap-kejap pindah masuk kotak atau plastik ubat kan.
Ha bolehlah longgokkan dulu kat hujung tu.
Bila dah agak penuh, atau dah siap potong ubat-ubat tu, tuang je dekat pil box atau plastik ubat.
Tak payah kita pegang dengan jari pil tu.
Ha masuk!
*dengan nada kak lina kepom dalam lagu 4 dara*
Jadi, disebabkan dah ada pil box, ubat-ubat yang lain yang tak payah potong pun kita susunlah cantik cantik kemas kemas dalam tu.
Bagi sedap mata memandang.
Barulah tenang je masa nak makan ubat.
Dan pil box comel ni memang sesuai lah kalau nak bawa pergi kerja nanti.
Sebab dia ketat, dan tak mudah terbuka.
Nak bawak balik kampung atau jalan-jalan nanti pun aku rasa ok sangat.
Sekian kisah daku mengerat pil.
Haha!
first time tgk alat nie...cute jugak..mmg memudahkan..
BalasPadammengerat pil penuh gaya moga cpy sembuh syaz
BalasPadammemudahkan kerja. mak saya kena makan ubat kolestrol dulu pun kena patahkan dua. tak tahu macam mana mak potong sbb saya nak patahkan guna jari tak dapat. pil tebal sangat haha. semoga sihat selalu kak syaz
BalasPadamDulu2 akak kena mkn ubat yg kena potong 4..haha hancus..potong dgn pisau dapur ja..nasib baik skrg doc dh tukar ubat yg sama tp tak payah potong..tp ubat tu kecik cinonet..
BalasPadamhaha..akak paham part yang kena belah pil tu. husben akak pun sama. ada 1 ubat tu, kena makan 1 1/2 biji. jenuh lah nak potong dua. udah lah size dia kecik. bila potong dengan pisau, nasib baik kdg elok je dia kat satu tempat. nasib tak baik, tu dia terpelanting ntah ke mana. kalau dah jatuh ke lantai, mmg akak tak amik lah sebab dh kotor. bernas juga idea Syaz guna pil cutter ni. nak cari lah kat shopee. mesti beli kat shopee ni,kan. hehe
BalasPadamakak pun ada cutter untuk pil tapi warna purple lain sikit dengan yg syaz punya, beli di watson rasanya... mudah kerja memotong
BalasPadamBaguslah ada cutter. Mudah nak potong pil..
BalasPadamkena cari satu ni
BalasPadambarulah cantik potongan dia....
BalasPadamCepat dan selamat. Bila potong guna pisau kadang pil hancur pun ya juga.
BalasPadamAda gak pemotong pil ni. Tapi macam tak guna pula sebab tak ade nak kena makan ubat separuh. Selalu makan ubat kena makan sebiji terus.Hi2.
BalasPadamSenang ada pil cutter ni. Pernah potongkan ubat mak abah, leceh betul guna pisau. Kena ada orang tolong tutup halang tak nak bagi terpelanting. Comel lak warna pink tu. Ceria rasa kan.
BalasPadamTau, mak wak pun ada alat pemotong pil dan kotak pil tu
BalasPadamBiasanya dia dah siap2 potong sekurang2nya untuk seminggu
Oh baru tahu ada alat begini.
BalasPadamsenang keja kan. bagus tul.
BalasPadamberguna jugak benda ni, ade pemotong dan penyimpan sekali. senang hidup
BalasPadamEh, ehhh.... ada rupanyaaa..Baru kutahu... nice untuk mereka yang serammm nak makan sebiji pil bersaiz besor..kan
BalasPadamterfikir juga nk potong vitamin c jd gini.. boleh cari la
BalasPadambagus ada pil cutter ni. btol2 memudahkan kerja.
BalasPadampil cutter pon cantik kaler pink.. hihi
BalasPadamhaa sng potong ubt cam tu kan..
Lahhh.. ada rupanya keberadaan benda ni.. 😅 ermm.. kalau bagi Mak makan ubat pulak kena tumbuk halus2 bru letak kat hujung sudu..dan makan
BalasPadamhurmm menarik syaz!
BalasPadamDekat rumah saya pun guna pill cutter ni, sebab mmg senang bila ubat kena potong dua ni. kalau tak potong pakai pisau bukan main susah
BalasPadamterjamin kebersihan ubat tu dari kita guna pisau/cutting board kat dapur tu.
BalasPadamtp potong tak pakai glove takpe ke? kang bepeluh ke jari tu acaner?
Firstime tengok mini cutter khas untuk potong ubat . Menarik juga ni . Selalu potong pakai pisau je .
BalasPadamSenang bekas ini.. memudahkan kerja.. Pil pun tak tercemar..
BalasPadamSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.
Disclaimer: Unauthorized Use of Photos
All photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.
Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran
Semua foto di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.