Kuala Lumpur – 29 September 2021. Rentetan pelaksanaan Sekatan Pergerakan Penuh (SPP) Jun lalu, drama bersiri DIVA POPULAR hanya sempat bersiaran selama 21 episod.
Pasukan produksi drama tidak sempat menghabiskan kerja-kerja belakang tabir demi mematuhi
perintah yang dikeluarkan oleh kerajaan Malaysia bagi membendung penularan wabak Covid 19.
Drama Diva Popular 2 ini telah menemui penonton melalui slot Dramedi, bermula 25 September 2021, setiap hari Jumaat hingga Ahad jam 9.00 malam menggantikan drama Penghulu Interim.
Drama terbitan Rumah Karya Citra, arahan Rashid Sibir ini berjudul Diva Popular mendapat sambutan luar biasa pada musim lalu kini diteruskan lagi sebanyak 13 episod. Membawa intipati yang masih sama iaitu paparan di balik tabir industri seni tempatan, kali ini Rashid Sibir menumpukan senario set penggambaran program.
Karenah yang ditonjolkan oleh setiap karakter dalam menjayakan sesebuah karya, pastinya bukanlah sesuatu yang mudah untuk ditangani oleh pihak produksi. Pengarah Diva Popular 2 ini benar-benar mengambil risiko untuk mewujudkan penceritaan sebenar sesi di sebalik sebuah penggambaran yang acap kali berlaku secara komedi.
Drama Diva Popular 2 masih mengekalkan Fauziah Ahmad Daud, Erma Fatima, Nabila Huda dan Tiz Zaqyah sebagai peneraju utama bersama Syafiq Kyle dan Jalaluddin Hassan untuk menambahkan lagi kehangatan siri kali ini.
Saksikan Dramedi, Diva Popular 2 disiarkan setiap hari Jumaat hingga Ahad jam 9.00 malam di Astro, saluran 123, dan MyTV di saluran 112 dan penonton boleh mengulang tonton melalui laman sesawang rasmi Awesome TV pada bila-bila masa.
Ikuti perkembangan Awesome TV, melalui kesemua akaun media sosial Awesome TV. Layari laman sesawang Awesome TV di www.awesometv.my atau muat turun aplikasi AwesomeTV di App Store atau Google Play Store untuk menonton siaran ulangan rancangan menarik di Awesome TV.
Kalau ada kat tv biasa (mytv) okay laa boleh layan citer ni..
BalasPadamteringat cerita pengantin popular dolu2 tu
BalasPadamKesinambungan dari pengantin popular rasanya ni. Sambung cerita ke anak anak pulak.
PadamBertambah Havoc Seasons 2 ni.
BalasPadamHahahaa... tak sabar tunggu esok
BalasPadamdah lama tak tengok tv..
BalasPadamGandingan para pelakon yg hebat hebat juga ni
BalasPadampelakon hebat otai ni
BalasPadamogy memang berlakun semua menjadi
Bahahahaa, menarik nampaknyaaa
BalasPadammmg pecah perut la kalau layan diorg ni kan
BalasPadamAdalah juga tertengok.. kelakar..
BalasPadamada sy tgk sekali hahaha memang lawak punya cerita... credit kpd penulis skrip
BalasPadamSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.
Disclaimer: Unauthorized Use of Photos
All photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.
Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran
Semua foto di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.