Adam memang suka membaca buku, mengikut emak dia lah nampaknya.
Kalau dibelikan buku, sekejap je habis dia baca.
Walaupun buku yang page dalam dua ratus lebih tu.
Dia akan start baca tanpa henti sampai habis.
Jadi, kalau belikan buku tu dengan niat nak suruh dia habiskan baca dalam seminggu dua, memang tak lah! Sehari je dah habis!
Sebab tu lah aku belikan dia buku yang sedikit tebal ni.
355 Koleksi Cerita Daripada Al-Quran.
Buku ni kualiti kertas dia yang tebal dan licin glossy tu, memang susah terkoyak atau tersayat.
Buku dia disebabkan tebal, semestinya berat.
Isi kandungan dia ditulis dan diolah dalam bahasa yang mudah difahami oleh kanak-kanak.
Kiranya dia tak adalah guna bahasa yang tinggi macam dalam kitab-kitab orang dewasa.
Just nice untuk bacaan kanak-kanak.
Tambahan pula, helaian cerita dalam buku ni pula ada ilustrasi dan berwarna-warni.
Kenapa 355?
Sebab konsepnya, buku ini dibaca setiap hari satu cerita.
Jadi genap setahun (ikut bulan kalendar Islam), akan habislah dibaca buku ini.
Jangan kata adam, aku dan zaimi pun tumpang baca sekali.
Kisah-kisah dari Al-Quran kan, semestinya banyak pengajaran.
Setakat hari ni, adam dah baca separuh dari buku ni.
Sambil dia baca, kalau ada yang dia tak faham, dia akan tanya kat ayah dia.
Sebab kadang-kadang ada juga term dan kisah yang perlu penjelasan lebih sikit dari ibubapa.
Tapi ok je, tak adalah kita ni tahap ustaz ustazah baru boleh explain.
Hihi.
Aku beli di shopee.
Harga dia dalam RM40+, kebetulan aku beli masa ada promo.
Sambil membaca, diharapkan dapat ilmu dari Al-Quran.
Insyaallah..
😊
Alhamdulillah...ada juga faedahnya dari baca komik,kan..
BalasPadamrajin adik membaca ya. Buka buku buka dunia
BalasPadamwahh bgosnya buku ni
BalasPadamBagus dan amat berguna buku camni... Menunjukkan kebesaran Allah dan banyak pengajaran di dalamnya..
BalasPadambagus buku ni..warna pun menarik, kanak2 mesti suka..
BalasPadamalhamdulillah , tambah ilmu juga ni
BalasPadamgood habit..senang nak construct ayat kalau buat karangan, dapat tambah vocab, dapat belajar kisah-kisah nabi. Good job Adam
BalasPadamBagus buku ni
BalasPadamAlhamdulillah...bagusnyaa kalau anak2 suka membaca..boleh kita geng hee
BalasPadamalhamdulillah..bagus!!!
BalasPadambagus bila suka membaca, sambil menambahkan pengetahuan dia
BalasPadambagusnya suka membaca..
BalasPadamAlhamdulillah.. Bagus ! Kecil kecil membaca..
BalasPadamNi bukan bagus untuk budak je. Untuk mak budak pak budak pun bagus juga ni..
Nak beli juga la nanti..
Bangsa membaca, bangs berjaya.. Tahniah buat Adam, jarang anak2 Melayu kita yang suka membaca buku skg ni. Kalau hadap HP, banyak..😂😂
BalasPadamBagus buku ni
BalasPadamMak pun boleh baca juga
Bagus adam suka membaca. Laju betul dia baca kejap je habis. Bagus jugak beli buku ilmiah, boleh dibaca seisi keluarga :)
BalasPadamTahniah Adam
BalasPadamJadikan membaca sebagai hobi
Alhamdulillah Adam suka membaca.
BalasPadamtahniah keluarga suka membaca..
BalasPadambuku mcm ni memang kanak2 suka..ade gmbar berwarna..Tahniah adam boleh ikut jejak mama dia ni ^_^
BalasPadamBuku macma ini memang sesuai untuk kanak kanak. Ada gambar cantik tu barulah semangat nak membaca
BalasPadamBerbaloi sangat untuk dibeli dan dijadikan koleksi..
BalasPadamSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.
Disclaimer: Unauthorized Use of Photos
All photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.
Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran
Semua foto di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.