Aku sebenarnya terlupa yang dah setahun tiga bulan lebih kurang aku kembali berblog setelah menyepi sejak 2017 dulu haha!
Semua sebab PKP dan Covid, aku meneruskan kembali blog ini.
Jadi tadi sajalah cek statistik blog Syazni Rahim ni kan.
Plus minus, sepanjang 12 bulan yang lalu, blog Syazni Rahim ni dapat 333,000++ pageviews dan 141,000++ komen.
Wowza!
Jadilah kan, dari tak ada hahaha!
Graf pun memang turun naik, tapi puratanya boleh la dikatakan pageview harian aku dalam 500 ke 1500 sehari.
Berikut adalah senarai Top Referrer bagi blog Syazni Rahim sepanjang 12 bulan ini.
Sebahagian besarnya dari Google.
Ada juga dari blogger.com sendiri serta dari Facebook.
Terima kasih buat mereka-mereka ini, yang telah menjadi Top Referrer blog Syazni Rahim selama 12 bulan ini :
dan Blog Diana Rashid.
Malangnya blog Kak Diana telah tiada.
Tak tahu apa yang telah terjadi pada Kak Diana.
Namun pada Sis Dana, Mokja, Sis Sari Yusa dan Sis Amie, terima kasih kerana telah menjadi Top Referrer pada Blog Syazni Rahim ini!
Jom kita memeriahkan trafik ke blog mereka jugak jom!
Ini pula adalah post dari Blog Syazni Rahim yang paling banyak pageviews sepanjang 12 bulan ni.
Entry ni mengisahkan tentang terbitnya buku aku yang kedua. Ramai orang tengok page ni, alhamdulillah. Adakah jualan novel itu sekencang angka pageview itu?
Tak. Hahaha!
Sebagaimana manusia biasa yang ada ciri berputus asa, begitulah juga dengan aku selepas novel ku itu laku gitu-gitu je.
Review untuk jalan cerita ok, feedback pun ok dari reader,
mungkin kekurangannya aku tak pandai marketing.
Plus penerbit untuk buku aku tu pun memang tak begitu membantu dalam marketing, I mean dia tak promote mana buku aku. Konsep dia adalah penulis promote lah sendiri buku kalian.
Ate manalah aku reti nak promote2 ni, aku tak ambil jurusan marketing dulu.
Penerbit ada ajar lah cara marketing, tapi ya, aku memang tak retilah kot.
Plus tak sempat juga nak promote sensorang dengan lambakan kerja hakiki.
Malu pun iya jugak sokmo promote je kan.
Wuu..
Tapi luckily penerbit tu guna konsep Print on Demand.
Ada order, printlah.
Tak ada order, mereputlah tak ada cetakan.
Gitu.
Entry ini pula tentang bagaimana sesuatu perkara yang kalau perempuan buat, benda tu tampak biasa-biasa je. Tapi kalau lelaki buat, tampak extravagant sangat kesan dia dalam hati.
Sebenarnya aku ulas keseronokan ayu dan aku bila zaimi belikan ayu selipar baru masa dia pergi kedai sorang-sorang.
Entry ni pula aku berterima kasih pada blogger Rabiahtul Adawiyah sebab beliau telah menganugerahi aku dengan header blog yang beliau buat sendiri sebab aku terpilih menjadi Top Pengomen di blog beliau.
Terima kasih rabia, hebat nau trafik untuk entry yang menceritakan tentang kesudian rabia bagi akak header blog tu, terima kasih sekali lagi!
Serius cakap, entry ni pendek ya amat. Aku cuma cerita tentang zaimi belikan aku kek red velvet dari Harold's Bread guna Grab Food sebab aku stress.
Itu je.
Tapi ramai betul yang termasuk ke blog ini bila diorang search keyword Red Velvet Harold's Bread.
Kalau ikut Google Console Team, memang tiap-tiap bulan itulah page yang dikategorikan sebagai top growing page.
Hairan bukan?
Entry ni sangat baru lagi, 19 Ogos haritu tarikhnya. Adalah aku letak video macam mana Doraemon Balancer tu berpusing, ada muka anak aku amir zahari kat belakang.
Tapi dalam statistik 12 bulan terkini ni, entry ni listed sebagai top 5.
Hahaha!
Entry ni sebenarnya banyak gila gambar. Sebab kan birthday mak aku. Lepas tu, dapat berkumpul sekali dengan adik perempuan aku. Jadinya kami bergambar dengan mak dan kek Baskin Robin tu la. Keknya ada satu je, tapi kami rotate giliran bergambar.
Sampai nak cair dah kek tu pun haa!
Tapi bila tengok balik post ni, rasa sedih pun ada juga.
Sebab itulah last kami balik ke Kuantan sebelum PKP PKP PKP tak habis-habis.
Dah dekat 9 bulan tak balik tengok mak abah depan-depan.
\Orang yang mengandung pun dah beranak weh.
Hmm..
Ini memang entry happy tak hengat. Sebabnya entry ni aku bercerita tentang lahirnya mini novel aku yang pertama. Aku memang dah lama nak ada buku sendiri, jadi masa ada rezeki terbitkan Terkaitnya Kita ni, memang cloudnine lah!
Yada yada, it's all about I was tremendously happy.
Kisah yang menimpa mini novel ni lebih kurang je dengan Life Baggage.
Point dia kurang promosi.
Seperti tajuk entry nya, sebegitulah entry ini.
Tak ada sebarang ayat yang aku taip.
Nama pun wordless.
Cuma ada gambar je. Tapi berjaya tarikh traffik. Haha!
Entry ni sadis sadis kelakar gitu. Alkisah aku beli secucuk cekodok pisang dekat kafe UiTM di mana aku bekerja. Konon ambil gambar cekodok tu nak buat content blog, nak cerita cekodok tu sedap.
Punya syoknya membedal cekodok tu, tiba-tiba rasa terlekat lidi kat tekak.
Memang panik dan sakit jugaklah.
Minum air apa semua tak hilang. Lidi tu terlekat dalam cekodok yang tengah makan tu. Masa kunyah tak terasa pulak kewujudan lidi tu. Mungkin aku kunyah tak habis, gelojoh lah tu sebab cekodok tu sedap sangat kot.
Macam-macam aku buat, minum air, kepal roti, korek dengan jari, berdehem bla bla..
Last sekali kena sengetkan kepala sambil minum air, baru lidi tu turun ke dalam perut.
Panik oi!
Nasib baik masih boleh diselamatkan, mungkin hikmah baca bismillah sebelum makan kikiki
Entry ni paling muda dalam 10 entry yang tersenarai ni. Baru je up 20 Ogos haritu, tak sampai seminggu up nya. Tapi termasuk dalam Top 10.
Cerita pasal belikan ayu telekung baru, material best, warna fav ayu.
Sejak PKP ni memang banyak entry pasal beli barang je weh.
Itulah sahaja cerita tentang setahun aku kembali berblogging.
Actually terlambat beberapa bulan juga untuk aku buat entry ni.
Entry lain masih tak berapa kencang trafiknya.
Mungkin sebab isinya terlalu santai dan tidaklah informative mana.
Almaklumlah blog personal sahaja.
Jutaan terima kasih buat semua pembaca yang selalu berkunjung balas!
Dan terima kasih juga sebab baca entry panjang bebenau ni!
✌😎
alhamdulillah
BalasPadamtahniahhh syazz
Oklah itu setahun lebih muka surat banyak :)
BalasPadamwahhh. tahniah kak syaz!
BalasPadamAlhamdulillah. Pencapaian blog yang Wowza! dari segenap sudut dalam setahun 3 bulan ni. Tahniah! Keep it up!
BalasPadamTahniah
BalasPadamSemoga terus aktif menulis dan memblog
Semoga cemerlang dalam kerjaya hakiki
Alhamdulillah tahniah keep it blogging
BalasPadamAssalamualaikum, tahniah. teruskan menulis, berkarya. moga ada yang mendapat manfaat hasil daripada tulisan yang kadangkala kita melihatnya hanya tulisan yang biasa sahaja...
BalasPadamAlhamdulillah.. ada hikmahnya pkp ni kan. Semoga kita terus rajin menyemarakkan dunia blogger 😍😍😍
BalasPadamTahniah Syaz.
BalasPadamWah tersenarai dalam top refferer ya.
Kak Amie pun kembali aktif dalam tempoh PKP dari tahun lepas.
Untuk seronok-seronok isi masa terluang.
Tahniah kak, semoga terus sukses lagi :)
BalasPadamTahniah...semoga terus rajin up entri lps ni..jadikan ianya satu motivasi..
BalasPadamTahniah... Alhamdulillah.. Sangat wow trafik blog..
BalasPadamtahniah kak syaz... kipidap
BalasPadamTahniahhh kakkk
BalasPadamNanti2 komen lg
Rabia design header tau
Alhamdulillah.. Tahniah Syaz..
BalasPadamSemoga buku buku Syaz akan terjual lebih banyak.. Aamiin..
Alhamdulillah, tahniah kak syaz! Keep blogging! Kebanyakan blogger ramai yang buat comeback ya lepas beberapa tahun menyepi, penangan pkp la kan hahaha.
BalasPadamCongratulation!
BalasPadamTahniah Syaz. Wah..blog makcik jadi referrer kedua tertinggi rupanya.
BalasPadamtahniah syaz comeback blogger yg megejutkan
BalasPadamAlhamdulillah.. Tahniahhh! Pencapaian yang agak memberangsangkan! Gituhh! Kipidap sisturrrrr... Entri ringkas memang orang suka... Saya rasa pasal Harold tu.. sebab brand tu memang ramai cari.. Kiranya carian akak ni agak ramai cari la tu . keyword keywordnya.. Kan... Nice! Psssstt.. tak buat giveaway kee.. Hohooo
BalasPadamwahhh...ramainye yg views and comments... tahniah3,, teruskan menulis kepada perkara-perkara yang bermanfaat
BalasPadamALhamdulillah Tahniah syaz! suatu yg patut dibanggakan..pencapai terbaik!
BalasPadamoh ya kak diana sudah tukar url..dah xguna dianarashid.com tu..haritu dia ade je jejak saya guna blog baru..katanya blog lama rosak..xdpt dipulihkan..
Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.
Disclaimer: Unauthorized Use of Photos
All photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.
Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran
Semua foto di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.