Haritu kan aku ada beli gula melaka comel yang memang comel sangat-sangat tu kan?
Haa sebenarnya sebab aku nak buat sira labu.
Asalnya aku beli labu dekat kedai sebab nak buat labu masak lemak, tapi bila fikir balik, nanti aku sorang je yang makan.
Baik aku proceed dengan sira kan saja labu tu.
Aduh ampunlah rupa periuk cap buaya yang hitam-hitam tu.
Nak beli periuk Staub belum sampai seru lagi hahah!
Ok sajalah letak gambar periuk idaman yang setakat masa menaip ni hanya masih mampu tengok, belum mampu milik 😂
Siapa nak tengok-tengok lagi boleh klik gambar tu, nanti akan ke channel telegram kawan yang ambil order direct dari luar negara.
Ok berbalik pada sira labu senang aku tu, memang aku buat senang-senang je!
1. Masukkan je semua bahan ni dalam periuk:
-air setengah periuk (agak-agak dengan jumlah potongan labu)
-gula melaka comel tiga ketul
-gula pasir 2 sudu besar
-bunga cengkih 2 kuntum
-daun pandan 2 helai (simpulkan)
2. Haa, jerang sampai menggelegak.
3. Masukkan potongan labu.
4. Tambah garam secubit.
5. Tunggu sampai empuk. Ikut kesukaan kalian nak empuk setakat mana.
Siap!
Kalau ikut resepi lain, ada yang dia suruh lumurkan labu dengan kapur makan dua tiga jam sebelum masak.
Terpulang kalau nak buat. Tapi aku tak buat pun, labu pun tak begitu hancur. Ok je masa aku buat ni.
Inilah rupanya sira labu itu!
Maaf sekali lagi sebab hanya guna mangkuk Tupperware.
Nak buat flat lay tak berbakat hihi.
Itulah ceritanya tentang resepi sira labu senang dibuat.
Sira Labu Untuk Suami namanya hahaha
Ohh nak buat sira labu rupanya. Tak pernah makan sira labu. Buat sayur pun kena makan sorang sorang. Inikan sira labu. Nak buat kena buat sepotong dua je lah. Macam sedap tengok ayu makan sira labu. Menariknya periuk cast iron staub tu setaraf le creuset.
BalasPadamAlaa... nak sikit
BalasPadamPandainya anak dara comel ni makan sira labu!
BalasPadampenah mkn tp x penah try buat sendiri lg
BalasPadamsedappp mcm sira pisang jga kan
Alhamdulillah tentu sedap
BalasPadamDulu2 masa wak kecik2, buah labu ni rebus aje buat sarapan
sedapnya sira labuuuu!
BalasPadamWow.. x pernah makan... Eh comellah peyok tuu
BalasPadamTak pernah makan . Nampak sedap tapi CCL sejenis tak makan labu
BalasPadamTak pernah lg merasa sira labu mcm ni. Klu labu masak lemak tu byk kali dah makan
BalasPadamHehe buat ikut citarasa majoriti.
BalasPadamFiza tak pernah lagi makan sira labu. Nanti nak try lah.
BalasPadamPetang-petang makan sira labu ni memang best.
BalasPadamsira labu?tak pernah try plak. akak selalu gak beli labu buat masak lemak sebab husben suka. nnti nak try lah buat sira labu ni. tengok bahan2 yg syaz share ni, semua ada kat rumah.
BalasPadamshida tak pernah lg buat or makan sira labu ni..camne ye rasa dia hehee
BalasPadamtgk ayu mkn terliur acik...hahaaa
Tak pernah makan sira labu.. senang juga nak membuatnya..
BalasPadamSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.
Disclaimer: Unauthorized Use of Photos
All photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.
Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran
Semua foto di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.