Pakcik aku send gambar ni dekat whatsapp last week.
Gambar adam masa pertama kali sambut raya dulu.
Anak sulung kan, pertama kali ada anak, excited betul nak belikan adam 1 set baju raya penuh dari kopiah sampai ke samping siap berkasut bagai!
Padahal masa ni adam jangan kata nak berjalan, duduk pun baru belajar-belajar haha!
Gigih aku dengan zaimi cari set baju melayu baby tu.
Siap dengan samping sekali kami cari.
Kopiah tu pun sebab dah ternampak masa tu, beli jugak!
Oh baju tu kami beli di Warta Bangi rasanya.
Eh ke aku beli apa dekat Warta Bangi tu ek?
Best tau zaman pre covid dulu, memang selalu kalau nak raya mesti akan pergi ke area Warta Bangi atau PKNS Bangi tu untuk carik keperluan raya.
Baju lah, kuih raya lah..
Best sangat berhimpit ramai-ramai macam tu masa shopping.
Dulu of course la rasa rimas gilerr kan, sekarang itulah yang dirindui.
Adam pun dah besar dah, dah 8 tahun berlalu dari hari gambar di atas ni diambil.
Remake gambar la kononnya ni.
Haha!
Korang pernah sampai ke Warta Bangi?
Ada sesiapa pergi ke sana tak dalam masa terdekat ni?
Ada lagi ke Warta tu?
Dah besau anaknya.. Mesti dia suka tengok rupa dia masa kecil..
BalasPadamTak sure la ad lagi ke tak Warta Bangi tu...dah lama x masuk..memang kalau kita beranak sulung memang excited nak beli baju anak kan...
BalasPadamHahaha comel je kan baby2 pakai baju melayu...
BalasPadamWarta bangi tu Kipmall bangi kan?!
alolo omeynya adam pakai kopiah lebai hehe :)
BalasPadamDulu masa keja part time kat bangi rajin gak ke Warta tu. ramai umat manusia selalunya. Sekarang ni tak tahu lah. Pergi Bangi tak singgah situ dah. Bangi pun dah makin meriah. Comel remake gambar dulu tu.
BalasPadamada lagi ke warta tu?
BalasPadamTengok gambar first tu comelnya.. scroll kat bawah, wah dah besar lah.. hensem dah...
BalasPadamalahai comelnya masa amir baby..tgk mcm ikut si ayahnyee hehee..dah besar lain pula hehee
BalasPadamNampak segak bergaya laa pakai set baju melayu tu . Comel . CCL belum pernah sampai kat warta bangi
BalasPadamAduh.. Handsome Adam lengkap berbaju melayu gitu..
BalasPadamRindu zaman tak ada covid ini..
Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.
Disclaimer: Unauthorized Use of Photos
All photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.
Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran
Semua foto di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.