Tadi alang-alang dah order barang dapur dekat kedai runcit barang basah dalam taman ni, terasa nak masak sesuatu yang guna gula melaka.
Bila aku tanya, tuan kedai kata ada yang ini je.
First time juga aku jumpa gula melaka comel ni.
Nak jadi cerita, masa aku kelurkan dari plastik, label dia belah dalam tau. Maksudnya masa aku pandang ke dalam plastik yang baru dihantar ke rumah aku yang penuh dengan barang-barang lain, bungkusan gula melak ni, label dia belah bawah.
Kiranya, aku terus nampak isi dalam dia yang kecik-kecik tu.
Dalam hati terus cakap,
"Eh eh comelnya ko gula melaka!"
Ye lah sebab selalu yang aku pernah jumpa dan beli, saiz dia besar.
Bila nak masak tu kadang kena potong, kena kerat.
Dahlah keras!
Tapi yang ni memang cute, macam besar bateri saiz C je tau.
Elok je aku keluarkan bungkusan dia, terus gelak besar bila baca nama dia memang Gula Melaka Comel 😂😂
Eh eh pandai eh tokey dia!
I like!
By the way memang mudah sebab ada saiz kecik macam ni.
Sesuai digunakan oleh orang yang nak guna tak banyak macam aku ni haa.
Comel kan?
Kan? Kan?
Ala cakaplah comel jugak!
Jangan biarkan aku sendirian menghadapi kecomelan ini!
Hahaha
Masak apa?
Haa nanti cerita! 😄
Ps: Comel, comel jugak gula melaka ni.
Hati ni berdebar juga menunggu siapa Perdana Menteri seterusnya selepas Tan Sri Muhyiddin Yasin letak jawatan tadi.
Terima kasih atas jasa abah.
Semoga semua baik-baik aja untuk Malaysia 💖
Masak sambal mesti sedap klau guna gula melaka ni..
BalasPadamsuami akak pernah beli sekali yg bentuk mcm ni tp tak igt pulak brandnya
BalasPadamPernah beli dan lagi satu jenis yang nipis tu. mudah nak masak comel macam ni. Tak payah nak kerat kerat bila guna yang besar gedabak tu. Nak masak manisan ke tu? Hihi
BalasPadamSemoga baik baik je buat Malaysia.
Patutlah comel sebab negeri Melaka kecil aje.
BalasPadamKalau gula Pahang ke gula Sarawak ke barulah besar
pernah masak agar2 santan gula melaka guna gula melaka comel ni..
BalasPadammemang sedap! tu pon adiah dr anak sedara yg pegi melaka.. hihikk
buat kuih melaka ke tu.
BalasPadamnak buat aper gula melaka tu. buat onde-onde pon sedap ...
BalasPadamCantik betul packagingnya.. Nak masak pun mudah ni.
BalasPadamterkenal ni dik, kalau dulu jalan-jalan ke melaka memang akan jumpa gula melaka gini biasa beli banyak buat stok... suka dengan gula melaka ni helok nak potong pun mudah...
BalasPadamAlahai, memang comel gula melaka tu . Kena dengan label yang seller letakkan . Packaging pun tersusun cantik je gula mepaka comel kat dalam tu
BalasPadamGULA MELAKA COMEL SECOMEL PENGELUARNYA KAN
BalasPadamGula Melaka ni memang manisnya special skit
BalasPadamBuat kuih apa tu? Haah, memang comel gula melaka nya
BalasPadamYa lorh.. cute.. mmg orgnya buat comel comel ehh.. mesti org yg buat gula Melaka ni comel jugakk.. Hehehe... Sedapnya kuih gula Melaka.. teringin la pulak
BalasPadamsy x penah masak guna gula melaka ni sbb kat sini selalu guna gula apong
BalasPadammmg comel hehee..jgn syg nk guna pulak syaz hahaaa ^_^
BalasPadamHaah jenuh nak kerat kalau besar.
BalasPadamsenang nk guna sbb comel je saiz dia..
BalasPadamSenang kalau comel cengginie.. sekali masak boleh guna satu je..
BalasPadamSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.
Disclaimer: Unauthorized Use of Photos
All photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.
Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran
Semua foto di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.