Dua anak sebelum ni, kami mula potty train (ajar tak pakai lampin) bila diorang dah dekat-dekat nak masuk tadika.
Adam agak lewat jugak, dah dekat sangat umur dia empat tahun baru potty train.
Amir dulu pula agak awal.
Sebab birthday dia bulan 10, bulan 1 lepas tu terus dah kami enroll dia tadika.
Jadi, sempena asyik WFH dan #stayathome ni, kami ambil keputusan untuk potty train anak perempuan kami yang seorang tu.
Serious sembang lah kan, masa adam dengan amir, masa potty train dulu, memang zaimi yang banyak involve. Sebab anak lelaki kan hihihi
Jadi bila ayu ni, barulah aku betul-betul involve secara serius dalam proses potty train dia.
Disebabkan dia princess nan seorang, maka aku pun belikanlah dia pelapik mangkuk tandas yang vogue sikit.
Yang abang-abang dulu biasa-biasa je, tak ada tangga-tangga hahaha!
Warna semestinya kena pink la.
Nak tarik minat dia supaya guna toilet.
Alhamdulillah bungkusan sampai dengan baik.
Risau juga takut pecah ke kan, sebab beli online.
Kira oklah kondisi masa dia sampai tu.
Kotak ti adalah tertebuk sikit, tapi overall selamat semuanya.
Set pelapik mangkuk tandas bertangga ni datang sekali dengan sekeping kertas manual untuk cara pasang dia.
Walaupun tak berapa faham sebab banyak bahasa cina (ke Jepun?) je dekat manual tu.
Tak susah sangat nak pasang.
Aku pakat dengan zaimi untuk pasang sama-sama, tak sampai 15 minit dah siap kami pasang.
Ayu memang tunggu je dekat sebelah masa kami pasang tu.
Dah kata barang dia kan.
Walaupun masa tu dia tak tau lagi apa dia nak kena hadap lepas tu haha!
Tadaa!
Dah siap pasang.
Pelapik mangkuk tandas yang fancy ni jugak tak adalah berat.
Senang nak alih-alih, senang juga nak angkat.
Ringan je, ayu yang bawak naik sendiri kat atas masa ni.
Apa lagi, dah siap pasang, dah bawak naik atas, moh la sangkutkan dekat tandas bilik dia.
Bila dah letak je pelapik tu dekat tandas, dia kukuh je terletak.
Tak licin tapak dia.
Kiranya masa ayu panjat tangga dia untuk naik dan duduk kat tandas tu, tak adalah risau lapik tu tergerak atau ayu terjatuh.
Masa naik dia boleh pegang pemegang atas kepala zirafah tu, masa turun pun sama.
Masa hari pertama tak bagi ayu pakai pampers, dia memang rasa janggal sangat.
Dia nak membuang kecil atau besar pun, bila suruh lepas hajat dekat toilet tu, dia kata tak ada apa nak keluar.
Kiranya masa first day tu, lebih sepuluh kali jugaklah aku dengan ayu turun naik sebab dia kata nak buang air, tapi tak jadi.
Letih oi!
Tapi akhirnya dia berjaya la jugak, maybe sebab dia dah tak mampu nak tahan.
Yang besar pulak sehari dua lepas tu baru dia berjaya dekat tandas tu.
Kalau tak, dia rela melepaskan dalam pampers jugak masa kami pakaikan untuk sebelum dia tidur.
Tapi dalam masa seminggu je, selesai dah ayu punya potty training.
Memang siang langsung dah tak pakai pampers!
Besar ke kecik ke, semua kat tandas dah.
Untuk malam pulak, memang bila dia dah tertidur malam baru aku pakaikan pampers.
Itu pun sebagai back up.
Sebab sebelum tidur, wajib suruh dia buang air dulu.
Dan setakat semalam, walaupun dia pakai pampers masa tidur, dia akan gerak aku untuk ajak pergi tandas kalau dia rasa nak buang air masa tidur.
Alhamdulillah tak lama lagi harapnya boleh tak pakai terus walaupun tidur malam.
Ada tak dia terrr lepas tanpa sengaja semasa proses potty training?
Ada sekali, itupun tak banyak.
Tips untuk potty train anak?
1. Parents memang kena cekal. Kena expect letih sikit ulang alik toilet tapi tak ada apa keluar. At least untuk 2,3 hari pertama.
2. Dia memang akan buang sikit, sikit, dan kerap! Sebab sebelum dia potty train, dia akan main lepaskan je bila-bila dia suka masa dalam pampers. Dia memang tak tunggu pundi penuh. When it's time to go, they will let it flow hahaha. Jadi bila dia mula guna tandas, masih sama. Tapi lama-lama dia akan belajar menahan.
3. Puji anak bila dia berjaya buang. Pujilah beria-ia sikit. Itu akan boost keinginan diorang guna toilet.
4. Jangan expect anak boleh cebok sendiri sebaik saja dia boleh guna tandas. No. Cebok masih kerja kita ya. Caome on dia baru tiga tahun tiga bulan kot (umur Ayu masa berjaya potty). Untuk ajar cebok, slowly. Ayu aku dah boleh lepaskan dia cebok untuk buang air kecil. Air besar aku tak berani lagi nak lepaskan. Soon.
5. Jangan marah dan jangan malas. Aku ada lah jugak ter geram dengan ayu masa dia tak berjaya keluarkan apa-apa ada satu masa tu. Lepas tu nampak raut muka dia macam give up. No parents, jangan biarkan anak give up.
6. Tak perlu tunggu lama-lama dalam tandas. Bila dalam lima minit tu tak ada apa-apa, keluar je. Pakaikan semula seluar dia. Biar dia tak rasa stress kena tunggu lama-lama dalam tandas.
7. Masa dia nak 'do the thing', kita jangan tunggu betul-betul sebelah dia. Anak pun nak privacy masa membuang. Kalau korang perasan, masa dia masih pakai pampers, bila dia nak membuang air besar contohnya, dia akan pergi jauh dari kita. Sama juga masa dia nak guna tandas. Biarkan dia dalam toilet, rapatkan pintu sampai dia tak nampak kita. Ala kita pun kalau masuk tandas awam, sanggup 'tahan' sampai orang booth sebelah pergi kan baru.. you know. Haha!
8. Once dah mula, jangan berhenti. Nanti anak confuse. Bila dia ajak pergi tandas, pergi. Jangan tiba-tiba suruh dia buang je dekat pampers. Nanti dia ingat parents tak serius, dan akan anggap potty train tu tak penting.
9. Yakin dengan anak. Itu paling penting 😀
Itu je lah pengalaman dan sedikit tips untuk potty train anak.
Sebenarnya untuk anak lelaki dulu pun sama je tips kami.
Dan alhamdulillah, dulu masa dua abang-abang ayu, pengasuh diorang pun banyak bantu kami.
Ye lah, sebab kalau siang weekdays kan kat rumah dia.
So, yeayyy!
Looking forward untuk tak beli pampers lagi!
Tapi.. ada laha sikit sayu sebab besar dah semua anak.. mau tak nya, lapan tahun lebih kami tak pernah miss beli pampers setiap kali gaji masuk.
Dan sekarang, zaman tu dah habis.
Huuu..
Apa-apa pun syukur alhamdulillah besar dah anak-anak 😘
Huyyoooo.. Nice nyaaa.. pink kaler... And.. mencabar jugak ek nak potty train ni.. Haha
BalasPadamGood girl ayu! Lepas ni duit pampers boleh mama ayu ganti dengan mainan untuk ayu hehehe.
BalasPadamTerima kasih kongsi tips. Boleh apply kat Naura nanti.
BalasPadamCntiknya potty toilet dia, siap ada tangga!
BalasPadamComelnya tema zirafah pink. Rasa macam tulisan katakana jepun tu. Aduhaii berapa kali omak kena scam dengan ayu turun naik. Lawak pulak kata takde keluar apa. Tak lama lagi biasalah tu boleh wean off diapers.
BalasPadamAnak saya yang nombor 3 ni baru saja diajar untuk tidak pakai lampin. Alhamdulillah, dah tak pakai lampin dah.
BalasPadamAlhamdulillah
BalasPadamJimat tak payah beli lampin lagi
kaler feberet ank2 dara , cute lah
BalasPadamnice sharing.harap membantu ibu2 yang plan potty train anak.mmg mencabar poty train anak..hehe.. berasap telinga kadang2.. tp budak ni bijak..cpeat belajar.janji kite kne yakin
BalasPadamMenariknya reka bentuk pelapik tanda tu . Bebudak pun mesti teruja nak gunakan nya .
BalasPadamkemain comel kaler pink! hihi..
BalasPadamAmboi… nak membuang pon nak kaler pink gak…
BalasPadamMemang menguji kesabaran.
BalasPadamApapun semoga berjaya hingga ke akhirnya.
Cantikla potty toilet dia. Nanti nak jugak beli untuk Nur Dhia. Hehe...
BalasPadamamboiiiii pink gituuuu. cantik pula tu! good job ayu!!👍👍👍bye2 pampers😊
BalasPadamYeay! good girl ayu! nanti acik lanje ayu yer :)
BalasPadamMemang tips yanv ohsem Syaz..
BalasPadamAyu pun ohsem..
Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.
Disclaimer: Unauthorized Use of Photos
All photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.
Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran
Semua foto di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.