Kisah 2019.
Masa ni sebelum sampai Kuantan lagi, mak dah banyak kali hint nak bawak cucu-cucu dia pergi jalan-jalan dekat Taman Gelora.
Cantik katanya untuk ambil gambar.
Aku pun memang tak pernah pergi, jadi why not kan.
Jom lah kita ke Taman Gelora!
Taman Gelora |
Yang dua bercucu ni memang loqlaq.
Kalau bergambar suka buat aksi pelik-pelik.
Dahlah muka sama amir dengan abah aku ni hahaha
Memang cantik lah kawasan Taman Gelora ni.
Dia banyak pokok rhu yang besar-besar dan tinggi.
Jadi kalau untuk bergambar, nilai estetik dia memang tinggilah!
Selain orang datang untuk bergambar dan bersiar-siar macam kitorang, Taman Gelora ni sebenarnya ramai yang datang untuk beriadah.
Berlari dan berjogging.
Dia redup dan nyaman je.
Memang antara nilai tambah tempat untuk berjogging lah kan.
Kecik lagi ayu masa ni, baru setahun lebih.
Seronok dia berjalan terkedek-kedek ke sana sini.
Abang-abang pulak memang guna kesempatan ni untuk berlari lah.
Jenuh tokwan dia kejar!
Risau juga kalau terjatuh dalam tasik.
Cantik lah view dia.
Kalau pengantin baru area Kuantan nak buat outdoor photoshoot, memang sesuai sangat kawasan ni.
Tapi rasanya orang kuantan semua tau kot pasal tu kan!
Dah namanya baru pertama kali sampai kan.
Berposinglah kita!
Tapi seingat aku, masa ni aku demam.
Nak berjalan pun tak larat.
Jenuh seret kaki.
Tapi gagahkan diri jugak sebab dah lama tak jalan-jalan dengan mak abah masa ni.
Cik abang kita pun mestilah tak lepaskan peluang untuk berposing jugak.
Kah kah kah.
Kat Taman Gelora ni jugak ada beberapa port untuk bersenam.
Ada monkey bar dan alatan gym yang dari besi.
Tapi masa aku pergi ni, tak semua ok.
Ada yang rosak jugak.
Parents kena perhati lebihlah kat anak-anak, takut terkena besi tajam ke kan.
Geng gegirl.
Alahai tengok gambar ni, rindu sangat dekat mak.
Nak balik jumpa mak T_T
Bukan main omak den posing!
Dekat Taman Gelora ni jugak ada jambatan gantung.
Bolehlah lalu atas jambatan gantung ni untuk menyeberang tasik.
Tak payah jalan sampai hujung sana pun tak apa kalau tak larat.
Ayu tu takut-takut berani je tu.
Kuat dia genggam tangan mak aku masa ni.
Sebab jambatan tu gegar-gegar kan.
Tapi slow-slow berjaya jugak dia jalan atas tu.
Abang-abang pulak dah dua tiga kali lari atas tu.
Tak takut langsung!
Demam punya pasal, berdiri pun dah macam zombie hahaha
Appooo kaki senget macam tu.
Abah ku.
Rinduuuu...
Bukan selalu kan, haa meh la bersenam hahaha
Kayuh jangan tak kayuh!
Ewah!
Hari pun dah makin gelap, pakat-pakat beransur balik.
Sebelum sampai dekat kereta, abah ajak cucu-cucu dia lalu dekat trail yang ada batu-batu kecik tu.
Aku try sikit je jalan dah menjerit-jerit hahaha!
Samalah dengan abah dan adam amir pun.
Ngilu tapak kaki dibuatnya!
Bilalah lagi dapat pergi ke Taman Gelora ni.
Harap-harap Taman Gelora ni masih cantik macam ni.
Bilalah nak dapat berjalan begini lagi.. Segeralah covid berakhir.. Eh, samalah telefon.. OPPO A9 2020.
BalasPadamCantiklah taman gelora ni banyak pokok rhu macam nami island pulak. kawasan yang luas best juga jalan jalan dan beriadah dengan family. berpiknik pun best jugak ni.
BalasPadamseronok sebab byk pokok so redup la sikit kan.. tak ingat la mama penah sampai sini ke idok ye. mcm x penah je
BalasPadamnice place
BalasPadamSeronoknyaaa redup je :) Mesti bersemangat nak jogging petang-petang
BalasPadammesti sunyi sepi dah tmn gelora ni kan..
BalasPadamke meriah juga time2 pkp ni?
Cantiknya tempat ni... uncle tak pernah sampai lagi...
BalasPadammemang cantik lah taman tu, lagilah gambar pohon rhu siap ada tasik... redup tenang je
BalasPadamredup je tmpt ni, mmg best utk jogging, jln2.
BalasPadamSesuai sgt ni utk beriadah dan jogging kan? Brisk walk je pun dh byk step rasanya keliling situ je
BalasPadamNyamannya!
BalasPadamBilalah boleh sedut udara segar dan nikmati alam sekitar?
Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.
Disclaimer: Unauthorized Use of Photos
All photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.
Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran
Semua foto di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.