Baru teringat dalam bulan april haritu, ada belikan budak-budak ni Gardening Set For Kids dari shopee.
Masa ni amir lah yang tiba-tiba asyik nak tanam biji benih, belajar masa di tadika asalnya.
Jadi excited pulak dia nak menanam agaknya lepas tengok benih yang dia cambah dekat tadika tu bercambah.
Alamak dah tak ingat berapa harga set ni, tapi yang pasti dia tak mahal sangatlah.
Kalau mahal sangat, confirm aku tak beli sebab aku kedekut cermat berbelanja.
Kah!
Ok dalam set tu, dia ada tanah, sarung tangan berkebun saiz kanak-kanak, enam pasu kertas, beberapa keping kertas penanda dan empat jenis benih.
Benih yang ada dalam Gardening Set For Kids ni adalah terung, kapas, cosmos (bunga) dan kailan.
Jadi bersemangatlah masing-masing lepas ayah dia bukak kotak tu kan.
Macam biasalah, benda baru jumpa.
Dan macam biasalah, berebut itu ini itu semestinya.
Lepas tu masing-masing sambung tengok zaimi masukkan tanah dalam pasu kertas tu.
Zaimi juga bagi sepasu sorang untuk masing-masing masukkan tanah.
Berebutlah nak seluk dan masukkan tanah pulak.
Ayu tak dibenarkan.
Jadi dia menyelit je la sebelah ayah dia masa ni.
Tengok abang-abang gigih nak berkebun kononnya masa tu.
Dah siap masukkan tanah, masing-masing masukkan pulak biji benih pilihan hati.
Dah selesai, pakat susun atas kerusi kecik tu sementara nak siram air dalam pasu-pasu kertas diorang tu.
Lepas tanam apa jadi?
Tak jadi apa.
Pokok kapas je yang bercambah sikit sebelum meninggal kembali pokok tu.
Haha!
Sebabnya dah masuk bulan ramadhan, masing-masing tu dah malas dan letih puasa kononnya.
Maka sampailah dah nak masuk raya haji ni, pasu dan tanah tu masih sama rupanya macam gambar di atas.
Sabar je lah.
Keseronokan bersama famili: 9/10
Hasil: 1/10
Sekian cerita pengalaman anak-anak menggunakan Gardening Set For Kids.
Tidak disyorkan kepada anak-anak yang hangat-hangat tahi ayam macam anak ku bab berkebun ni!
😂
Anyway they are my kids, I love them till jannah 💓
Takpe la..practice makes perfect kan...quality time dengan anak- anak tu yang penting...
BalasPadamhihihi..bukan budak2 je angan2 tahi ayam...
BalasPadamnieyl pun kdg2 ke laut juga hehehe
Bagus ada aktiviti mcm ni
BalasPadamAMboi! Serius je 'supervisor' tu!
BalasPadamsemai minat anak2. bagus syaz
BalasPadamada jga buat dgn ank2 playschool , memang dorang suka juga.
Keseronokkan tu penting, hidup ke taka pokoknya jatuh no.2. Seronok ada aktiviti bersamaa keluarga. Ada juga ilmu untuk dorang macamana nak tanam pokok.
BalasPadamanak anak kan...tak berebut tak sah... ada 10 pun tetap nak berebut.
BalasPadamEmm…akak yang tua ni pun hangat-hangat tahi ayam jugak. Haha
BalasPadamYang pasti, anak-anak Syaz dapat pengalaman menanam.
Adoii tergelak kejap baca 'Tidak disyorkan kepada anak-anak yang hangat-hangat tahi ayam macam anak ku bab berkebun ni!' hahahaha. Budak budak biasa dah, awal awal je bersemangat tapi janji diorang pernah belajar jugak something hehehe
BalasPadamHasil 1/10 ekkk.. hihi.. sama cam sy.. hangat hangat taik ayamm jeee 🤪😂
BalasPadambila dapat buat benda baru tu memang semangat giler lepas tu semua dah malas..haha
BalasPadamHahaha. Terhibur baca. Takpe, janji diorang dah cuba. Walaupun tak menjadi at least belajar sesuatu. Pas ni nak buat aktiviti apa pulak? hehe
BalasPadamhaha. nampaknya kena beli biji benih lain la tu.
BalasPadamhehehe... saya pon tanam ape2 hidup sekejap jer pastu mati semuanya...
BalasPadamBagusnya.. Semoga besar nanti mereka minat nak bercucuk tanam..
BalasPadamAda manfaatnya
BalasPadamSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.
Disclaimer: Unauthorized Use of Photos
All photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.
Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran
Semua foto di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.