Dah habis cuti sekolah seminggu sempena raya haji.
Sekejap lagi mesti menderu masuk whatsapp dari guru-guru anak-anak aku yang berdedikasi dalam mendidik anak muridnya.
Cikgu tadika amir memang siapkan kit-kit untuk anak-anak buat dekat rumah.
Diorang bagi 1 plastik besar.
Penuh dengan bahan-bahan untuk anak-anak siapkan kerja di rumah.
Dan yang paling aku suka, cikgu tadika amir ni diorang siap buat video step by step untuk anak-anak (dan ibu bapa) rujuk.
Video fun fun pulak tu.
Yang kat atas ni masa amir kena buat ulat gonggok.
Diorang sediakan bekas telur tu dengan antena tu.
Warna pulak kena guna sendiri punya.
Seronok juga buat kerja craft ni dengan anak-anak.
Boleh release tension jugak sebenarnya.
Ada hari yang cikgu dia buat google meet.
Tetap guna kit yang cikgu dia bagi tu, cuma buat bersama-sama dengan cikgu dan kawan-kawan lain yang join meet tu.
Tapi kalau buat ramai-ramai dengan cikgu ni, dia jadi kalut lah sikit sebab nak kejar pace kawan dan cikgu tu kan.
Nak kejar pace kawan yang terlebih laju siap tu lagi hahaha
Ni masa dah siap tugasan yang buat sama-sama dengan cikgu dalam kelas online tu.
Awal-awal guna headphone, tapi disebabkan headphone lah 3, 4 kali tablet tu tergolek jatuh ke bawah.
Manakan tidak, tiap kali dia nak pergi ambil apa-apa yang cikgu dia suruh ambil, dia terus je bangun, headphone tak tanggalkan.
Omak tak larat dah nak marah, suruh je la cabut terus headphone tu.
Sonang!
Antara kerja-kerja amir masa pdpr.
Banyak lagi sebenarnya, selalu aku akan share videonya dekat Instagram.
Sebagai kenangan kan.
Jadi pdpr minggu-minggu mendatang ni, harapnya dipermudahkan urusan cikgu-cikgu, ibubapa dan anak-anak tu sendiri.
Mudah-mudahan segala ilmu yang diberi dapat diserap dengan baik oleh anak-anak semua..
😀
Comel je ubat gonggok tu..
BalasPadamBagus cikgu ada inisiatif sediakan kit sekali. Senangkan murid dan parents juga. best jugak layan kraft anak anak ni. Sesama jadi kreatif :)
BalasPadammula lah bizi bila pdpr dah mula kan...
BalasPadamalhamdulillah.. tetap bersmngat pdpr!
BalasPadamsekejap je cuti he hee
BalasPadamcute hasil pdpr
tak tau pulak cuti sekolah, sbb hari2 sama je. haha.
BalasPadamdah start mula dh jd cikgu interim hari ni.. hehehe
BalasPadamComelnya ulat dia hehehe
BalasPadamYeay dah mula pdpr dah. Srlaat maju jaya amir..
BalasPadamCuteee ulat gonggok amir tuuu hahaha
BalasPadamCutenyaaa
BalasPadamhepi ja anak2 pdpr riuh rumah mak ayah pun join
BalasPadamAanak buah akak si taufik tu PDPR memang dia suka tapi cepat boring...geram je...nanti nak suruh ibu dia buat ulat gonggok macam tu la...
BalasPadameh, comellah pulak ulat tu, hahaha
BalasPadamimut laa ulat gonggok tu����
BalasPadamsmlm dah mula pdpr.. kembali kla kita jd tarzan.. hheh
BalasPadamComel ulat gonggok tu!
BalasPadamHaha part headphone tu sama la! Cik TK pun kadang nak terus gerak je, lupa tanggalkan.
moga anak2 syaz..boleh terus belajar dgn baik walau PDPR..
BalasPadampdpr ni satu je.. mama takut terlepas anak tak buat homework susah gak nak check
BalasPadamSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.
Disclaimer: Unauthorized Use of Photos
All photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.
Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran
Semua foto di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.