Musim WFH dan ODL sejak musim pandemik memang akan memaksa beberapa perkara yang melibatkan penggunaan tandatangan terpaksa dilakukan secara atas talian juga.
Selalunya, orang akan gunakan saja mana-mana font yang sedikit fancy untuk taip je nama masing-masing dalam textbox di pdf, words dan sebagainya.
Tapi itu bukanlah rupa tandatangan kita yang sebenarnya kan?
Jadi, harini aku nak share tentang satu website yang membolehkan kita create tandatangan kita dalam rupanya yang sebenar, digital, tanpa background (png format), sangat mudah dan yang penting percuma!
Ok, website itu adalah https: www.docsketch.com/online-signature/
Boleh guna komputer, boleh juga guna telefon bimbit atau tablet.
Nanti dia akan bawa kita ke paparan seperti di atas.
Pilih "Draw Signature"
Kemudian, akan keluar paparan seperti ini:
Boleh pilih nak tandatangan guna pen warna apa.
Selalunya untuk urusan rasmi, pen warna hitam adalah yang paling sesuai.
Bolehlah turunkan tandatangan kita.
Kalau rasa tak cantik atau tak kena ke apa ke, boleh klik 'clear' untuk padam dan mulakan semula.
Sangat senang!
Selepas dah puas hati, klik 'save'.
Dia akn bawa kita ke paparan seperti ini:
Disebabkan kita nak tandatangan yang tiada background putih tu, kita kena tick pada 'tranparent background' punya pilihan tu dulu.
Selepas itu barulah klik 'download'.
Jadi dia akan terus download tanpa tanya banyak.
Automatik download.
Tadaa, dah siap tandatangan digital untuk diturunkan pada dokumen.
Insert as image sahaja.
Lepas dah insert, pilih image tu supaya dia appear 'in front of text'.
Nanti, dia akan jadi begini.
Tandatangan itu akan berada di hadapan ayat-ayat lain.
Bermaksud, susunan ayat dan margin serta spacing asal dokumen tidak akan terjejas.
Kita hanya perlu adjust saiz tandatangan itu saja selepas itu agar dia fit pasa ruang yang kita nak masukkan dia.
teknologi skrg semua boleh
BalasPadamMakin menarik sekarang. Jika buat surat boleh letak sign kita kan. hehe. Terima kasih kak
BalasPadamTq syaz.. Mmg k ret cari apps camni.. 👍👍👍
BalasPadamLaaa... ada juga sevis macam ni? Tak terfikir uncle!
BalasPadamKreatif
BalasPadamKena belajar ni. Baru-baru ini saya pun kena turunkan tanda tangan cara begini. Hahahaaa...buta IT punya pasal sampai minta tolong Abang Farid buatkan nun di Seri Iskandar.
BalasPadamLepas ni boleh buat tt kat rubber stamp pulaklah
BalasPadamTinggal cop aje
Tips uang berguna . Lepas ni tak perlu nak palai font ala2 tulisan berangkai tu
BalasPadamwah tq for sharing.. dapat ilmu baru
BalasPadamSungguh-sungguh hujung jari sekarang ni.
BalasPadamBagus ni. memudahkan kerja sign document. Thanks share :)
BalasPadamWahhh memang dpt jugak sign tu
BalasPadamLagi mudah bila blh buat camni ..
BalasPadamSebelum ni upload image je letak dekat dalam document tu haha. Nanti nak try pulak yang ni
BalasPadamKena simpan baik-baik tandatangan maya ni. Takut disalah guna oleh orang yang tidak bertanggungjawab. Manalah tahu kan...
BalasPadammaklum la asyik pkp ja kn maka buatla signature digital untuk memudahkan kerja
BalasPadamHahahah... nape la baru baca sekarang mende ni. dulu gigih wat signature guna paint... hahahah
BalasPadammenarik! tp cara shida lain hahaa ^_^
BalasPadamKalau shida kan syaz..sign dlu atas kertas putih pastu snap..send dlm email..pastu crop bg ngam2..so kalau ade memerlukan sign..insert je image heeehe
PadamOwh.. ada rupanya servis ini ye.. menarik..
BalasPadamI've been using https://onlinesignatures.net for a long time, in my opinion it's the best on the market
BalasPadamSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.
Disclaimer: Unauthorized Use of Photos
All photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.
Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran
Semua foto di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.