Pertamanya memang rasa bersyukur sangat sebab nama kami telah terpilih untuk pemvaksinan.
Terima kasih PPV dan PKD Kuala Pilah, dengan kerjasama Unit Kesihatan UiTM juga sebab uruskan semuanya.
Jadi pada 16 Jun 2021, aku dan zaimi pun ke Kuala Pilah untuk suntikan vaksin kami berdua.
Sesampai je dekat Dewan Dato'Bahaman Kuala Pilah tu, dah boleh nampak ramai orang kat depan pintu.
Terpaling kagum bila tengok warga emas yang bertongkat, berkerusi roda semua semangat datang untuk pemvaksinan diorang.
Bak kata zaimi, kalau hari-hari biasa, manakan nak jumpa golongan emas ni.
Diorang bukannya larat nak berjalan ke sana ke mari.
Alhamdulillah semua semangat, comel je reaksi atok dan uwan semua, terhibur saya hehe..
Sampai je, terus kena serahkan MyKad dekat petugas yang ada depan pintu.
Tunggu lah sampai nama dipanggil.
Ada polis yang memantau, dia pstikan jarak sosial dan jarak fizikal sentiasa dipatuhi.
Dan hanya individu yang ada temujanji vaksin je boleh ada di situ.
Sebabnya ramai juga yang tunggu untuk walk in, tapi dia memang dah bagitahu awal-awal, memang tak ada slot walk in.
Yang peneman pun hanya dibenarkan untuk warga emas je. Yang muda-muda kalau nak suami ke isteri ke teman, memang polis tu halau baik-baik masa tu 😅
Sementara menunggu nama dipanggil, dapatlah lepas gain nak bersembang dengan kawan sepejabat sekejap.
Punyalah lama tak jumpa orang lain kan, macam-macam diborakkan walaupun sekejap.
Tak lama pun menunggu, nama dah dipanggil untuk masuk ke dalam dewan.
Ada beberapa stesyen yang kena lalu sebelum sampaj ke tempat yang paling ditunggu-tunggu oleh semua iaitu tempat ambil gambar saya sudah divaksin untuk duduk dan disuntik.
Stesyen 1, tempat pendaftaran.
Kat sini ada petugas akan update maklumat kita dalam MySejahtera.
Dalam 15 minit juga menunggu kat sini.
In fact stesyen ni paling lama.
Aku dengan zaimi berdiri je lah.
Kerusi yang ada pun terhad, dan ramai orang tua yang lebih memerlukan.
Sementara menunggu tu apa lagi, posing la sedas dua.
Kah!
Memang pakai cardigan dan tshirt lengan pendek je masa ni. Sebab memang dah diberitahu awal-awal oleh person in charge tentang pakaian apa yang sesuai. Oh ya kami dari UiTMCNS yang dapat tarikh vaksin 16 Jun tu diletak dalam 1 WhatsApp Group oleh Unit Kesihatan UiTM untuk info semua.
Jadi dalam group tu lah kami telah dimaklumkan tentang kod etika pakaian yang sesuai untuk proses vaksin.
Ada juga buat entry tentang tu hari tu.
Lepas beberapa minit, nama pun dipanggil ke stesyen 1.
Dari stesyen 1, dia ada bagi 1 kertas untuk isi.
Borang persetujuan kita terima vaksin tu.
Terus kena pergi ke stesyen 2 pulak untuk pemeriksaan kesihatan.
Duduk sambil isi borang tu.
Di stesyen 2 ni laju, tak sempat nak ambil gambar pun hahaha
Ye lah, duk isi borang lagi kan.
Lepas consult dengan doktor di stesyen 2, terus sambung ke stesyen 3 pulak.
Bagi kad yang dapat dari stesyen 1 dan 2, bagi dekat petugas di stesyen 3.
Stesyen 3 ni tempat terima suntikan.
Memang sekejap sangat tunggu, terus panggil dan inject.
Memang tak perlu risau pasal aurat, dia dalam cubicle yang orang lain tak nampak selain doktor yang cucuk tu je.
Tak ras sakit pun, rasa lah ada benda masuk bawah kulit, tapi tu je lah masa tu.
Aku pun tanya la, nak tengok botol vaksin boleh?
Sekali doktor tak bagi daaa...
Tak apalah, procedure dekat PPV sini tak boleh tengok dan tangkap gambar botol vaksin tu lah kot.
Selesai inject, dia terus update lagi sekali dekat MySejahtera.
Yang vaksin telah diterima.
Lepas tu terus ke stesyen 5 iaitu stesyen untuk pemantauan.
In case ada side effect ke apa ke kan.
Aku nampak kat tepi tu ada di sediakan jugak tempat untuk kecemasan.
Dekat sini, semua yang terima vaksin kena duduk diam dan bertenang.
Selesai pemantauan, ha barulah boleh pergi dekat photo booth tu.
Sebaiknya lepas pegang kadbod tu, gunalah hand sanitizer.
Kalau bawa sabun, boleh pergi basuh tangan terus.
Sebab memang ramailah yang pegang kadbod yang sama weh.
Dekat Dewan Dato' Bahaman ni dia tak ada kotak yang ala-ala Instagram tu.
Lepas bergambar terus keluar pintu untuk balik.
Selesai.
Alhamdulillah selesai dos pertama.
Tunggu dos kedua pulak.
Oh ya, kami #teamsinovac 😄
Sama dengan YB Khairy Jamaludin 😘
Kesan sampingan yang aku alami adalah mengantuk yang teramat.
Lepas tu pening lah dua tiga hari.
Itu je. Alhamdulillah tak demam.
Tapi kalau ikut mak abah, diorang demam lepas dos kedua.
Entahlah.. seram pulak nak ambil dos kedua nanti.
Mudah-mudahan tak demam la huhu..
Aku doakan semua yang maaih tunggu giliran dipercepatkan tarikh temujanji vaksin korang 😊
Alhamdulillah, dah settle yg pertama..
BalasPadamWah! Steady!
BalasPadamNampak teratur semuanya
Alhamdulillah dah dapat yang pertama
BalasPadamTahniah dah dapat vaksin
BalasPadamAlhamdulillah.. Semoga sihat-sihat sahaja.
BalasPadamAlhamdulillah kak pun dh ambik dose satu pfzer
BalasPadambotol vaksin sinovac kann? wak pon baru cucuk smlm 😅
BalasPadamBanyak juga prosesnya tu. Alhamdulillah dah terima dos pertama. Saya masih menunggu.
BalasPadamAlhamdulillah syaz dpt dah ye..shida msh mnggu..hrap dos kedua ni..okay2 sahaja kn xde lelah yg teruk2..
BalasPadamSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.
Disclaimer: Unauthorized Use of Photos
All photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.
Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran
Semua foto di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.