MARDI Cameron Highlands ni memang antara tempat yang kami wajib visit kalau pergi ke sana.
Selain banyak pokok cantik-cantik, tempat ni jugak luas dan landai.
Jadi boleh lepaskan anak-anak berlari!
|Entry ini banyak gambar!|
Trip ke Taman Agroteknologi MARDI Cameron Highlands ni masa 2019 hari tu.
Trip kami yang sama dengan sewaktu kami pergi ke BOH Tea Centre tu.
Seperti nama dia, MARDI CH ni memang banyak pokok bunga dan juga ada jualan sayur-sayur jugak.
Selain tu, di MARDI CH ni ada banyak port untuk bergambar, sebab dia ada banyak binaan-binaan hiasan yang cantik untuk tangkap gambar mengabadikan kenangan.
Antaranya adalah kincir angin kecil yang diperbuat dari kayu ni.
Memang antara port kegemaran pelancong jugak.
Jenuh tunggu giliran!
Ayu baru setahun lebih masa ni.
Baru dapat kaki.
Agaknya sebab dia sejuk, dia biarkan je tudung yang aku sarungkan tu.
Gambar atas ni ayu dan zaimi bergambar depan pokok lavender kalau tak silaplah.
Ada pokok bunga matahari jugak.
Elok besar tegap pokoknya.
Daun pun penuh dan hijau.
Yang paling menarik perhatian ayu masa ni adalah kolam yang ada air pancut ni.
Adam dan amir pun sama.
Lari pusing-pusing kolam, lepas tu naik atas jambatan tu.
Paling diorang suka bila terkena tempias air pancut tu bila angin bertiup hehe
Ada satu kawasan tu penuh dengan pokok paku-pakis.
Macam-macam jenis paku-pakis yang ada dekat MARDI CH ni.
Banyak kan paku-pakis?
Merimbun!
Ada replika periuk kera yang lagi besar dari ayu masa ni.
Seronok dia duk pegang-pegang replika tu.
Omak pun apa lagi, tumpang sekaki lah ambil gambar.
Bukan selalu jumpa periuk kera kan.
Geram pulak tengok budak kecik ni masa ni.
Cakap pun masih bahasa alien masa ni.
Puas adik ayu test drive kaki dia.
Yelah, baru dapat dalam 3 bulan lebih kaki dia masa ni.
Jalan pun senget lagi hahaha!
Itu wajib!
Jangan nak tinggal ayu!
Taktau apa namanya pokok ni, tapi rasa rupa dia cantik pulak.
Masuk pulak dengan tudung aku masa tu.
Purple gittew!
Gambar di atas ni menunjukkan kenapa aku tak jadi model.
Kah kah!
Ayu pun sibuk nak pegang jugak buah tu.
Tertarik dia agaknya tengok bulat-bulat je buah purple tu agaknya.
Abang-abang pulak terjumpa replika periuk kera yang lagi besar!
Sibuk suruh tangkap gambar diorang sebelah replika besar tu.
Replika ni ada dalam rumah paku-pakis tadi.
Dah penat berdiri, budak-budak pun dah penat berlari, lepaklah sekejap.
Menikmati kabus yang sejuk.
Tapi dah namanya budak-budak, mana reti penat lama-lama.
Duduk tak sampai 10 minit, dah mula nak explore semula.
Ayu pun sama, nampak abang-abang dia dah mula berjalan, dia pun nak ikut.
Terkedek-kedeklah omak dan ayah pun ikut dari belakang.
Vespa kayu ni pun antara replika yang kena berebut kalau nak ambil gambar.
Nampak macam tak ada orang, padahal ada je ramai nak menanti nak ambil gambar atas tu jugak.
Posing je lah macam mana pun anak-anak..
Cameron Highlands ni masa pre-covid, bila masanya yang tak ramai orang kalau cuti sekolah kan?
Selain vespa tu, sebelah dia ada keretapi pulak.
Agak bahaya sebenarnya sebab paku dia ada yang dah terkeluar.
Lepas orang dah kurang, sambung balik ambil gambar dekat vespa tu balik.
Adam dan amir tak puas hati tadi tak dapat posing solo.
Dia pun nak jugak solo dekat vespa tu.
Mana boleh tengok abang-abang buat, mesti dia nak jugak.
Punya nak bergaya lah, nak cari angle gambarlah, tengoklah hasilnya dekat muka masing-masing 😆
Sabar je lah!
Ini pulak tak ingatlah macam mana boleh semua ada dalam frame.
Rasanya tak ada bawak pulak tripod.
Mungkin zaimi minta tolong orang kot?
Lupa ingatan dah.
Teruskan perjalanan ke depan lagi, ada kawasan bunga-bunga.
Cantik sangat bunga-bunga semua.
Ada bunga yang dari luar negara juga dekat situ.
Ayu memang tak senang, mata asyik melilau pandang bunga-bunga je.
Masa ajak wefie pun dia sibuk mendongak pandang bunga.
Suruh abang-abang berlakon pandang bunga 😂
Sekali sekala mak pun nak acah berseni fotografi haha!
Lepas tu naik lagi ke atas.
Berdepan dengan pusat jualan sayuran MARDI ni.
Ada set cawan dengan teko besar.
Memang besar betul lah, sebab budak-budak boleh masuk main dalam tu.
Cuma kondisi teko ni agak lusuh.
Usang tu taklah, suma macam kurang diselenggara kot?
Ada yang dah pecah-pecah sikit.
Dan kalau masa aku tengok tu, dekat muncung teko tu ada air yang keluar.
Macam air terjun.
Tak pasti pulak kalau teko dan cawan ni dulu sebenarnya memang keluar air pancut ke apa.
Lepas dah penat berlari bermain bagai, zaimi ajak pergi minum dekat kedai teh.
Sebelah kedai tu ada kawasan dia tanam strawberry.
Tapi masa tu, dia tak buka untuk petik.
Tutup.
Tengok dari luar je lah.
Menghirup aroma strawberry sambil minum teh..gitteww!
Selain teh, dia ada juga jual aiskrim strawberry yang ada strawberry segar kat dalamnya.
Pergh sedap!
Apa lagi, makan jangan tak makan!
Bukan selalu dapat!
Comel je set cawan teh dia.
Cawan tu ada column yang boleh selit kat teko tu.
Pelik tapi cute.
Dah nama pun kat Cameron Highlands, roti tu belum apa-apa dah sejuk dan liat 😂
Yang pasti anak-anak seronok sangat datang MARDI Cameron Highlands ni.
Insyaallah kalau ada rezeki lagi, nak repeat.
Semoga dipermudahkan!
hanya mampu throwback ye Syaz, mudah2an kita akan berkesempatan untuk kembali menikmati keindahan bumi cameron highlands semula dalam suasana yang lebih baik
BalasPadamCH tmpat bercuti feberet akak
BalasPadambyk kali dtg sini
tp tak penah ke Mardi ni
menarik tmpt tu bestt tgk gambar2 syaz
bestnya holiday.. arap cepat la covid ilang..
BalasPadamnk holiday.. tepu dh otak ni..
Memang cantikkkkk MARDI ni. Pernah ada trip academic di MARDI. Inspection pejabat putih dalam MARDI tu hehehe.
BalasPadamAamiin, semoga lepas covid19 reda, kak syaz boleh repeat pergi MARDI lagi :D
Suka jalan-jalan kat MARDI CH ni. Sempat la beberapa kali masuk, tapi entah tahun bila kali terakhir masuk.
BalasPadamYelah, unik cute set teh tu.
INDAHNYA TAMAN MARDI CH MACAM2 TANAMAN ADA
BalasPadamAda labu air yg besar2 bergayutan haha...geram ja akak nk petik
BalasPadamrindu nya nak jalan2 kan...
BalasPadamdah lama gila tak g cameron.
Dah lupa bila kali terakhir ke Cameron Highlands. Masa tu arwah abah pun masih ada.
BalasPadammampu throwback je kan.. rindu jugak nk g jln cameron lagi.. dah 2 tahun tak boleh g mana2..
BalasPadamcepat2lahboleh merentas negeri. nak pegi sini juga
BalasPadamAntara tempat yg xpernah masuk kalau ke cameron huhu tp nampak cantik
BalasPadamTerobekk jer la kita. Nak gi jalan2 memnag takleh dah skarang ni
BalasPadampernah pergi sekali jer mardi ni itupon masa first time pi cameron. pastu tak pernah dtg2 lagi dah...
BalasPadamAdoi.. rindunya nak jalan-jalan CH.. lama tak naik.. huhuhuhu..
BalasPadamTempat yg mcm cafe ni shida ada juga pi mkn strawbery celup coklat tu..dgn eskrim 😋😋
BalasPadamPi cameron ni xckp sehari syaz..kena dua hari baru puas jelajah 🤣🤣
BalasPadamSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.
Disclaimer: Unauthorized Use of Photos
All photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.
Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran
Semua foto di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.