Cuba untuk tak nak menangis.
Tapi menangis jugak.
Zaimi cakap,
"macam mana sangat nak selindung rasa sedih.
Itu kan darah daging"
Tak mungkin tak akan sedih.
Nak lupakan sedih tu makan masa juga.
Malam semalam, sepupu send link telegram.
Yang ada video waktu tok dikafan dan solat jenazah.
Untuk tatapan anak cucu yang tak dapat pulang ke kampung katanya.
Air mata turun laju macam air terjun.
Rasa sesak jugak dalam dada.
Ralat tak dapat tengok dan cium arwah buat kali terakhir tu, Tuhan saja yang tahu.
Itulah manusia, ketika masih ada, kita akan sentiasa ingat yang kita masih ada masa.
Masih ada peluang lagi nanti nanti untuk salam, peluk, cium..
Tapi kita semua lupa, makhluk Allah yang bernama 'masa' tu rakus sifatnya.
Dia tak pernah kasihankan kita.
Dia terus pergi dan pergi.
Sampailah peluang yang kita rasa kita ada itu terlucut dari diri kita.
Dan masa tu, apa yang mampu kita buat adalah memandang semula ke belakang dengan sejuta perasaan yang bercampur aduk.
Tapi sekadar memandang.
Tak ada apa yang boleh kita lakukan lagi.
Sang masa?
Terus berlari lagi.
Kita?
Berpegang sedaya mungkin dengan apa yang masih kita ada.
Yang turut beransur ubah beiring dengan sang masa itu.
Sehinggalah, masa kita itu juga terhenti.
Hening.
Entahla bila, rahsia Allah yang Agong.
ps: 😢
Allahu.. salam takziah, Syaz
BalasPadammesti ralat sedih sgt kan
BalasPadamfaham tu
ingat masa arwah tok meninggal dulu pun sama tak dpt balik sedihnya hanya Allah yg tahu
Takziah Syaz. Memang perit berhadapan berita kematian di musim lockdown ni. Sedih tu hanya mampu disembunyikan. Ia tak mungkin hilang
BalasPadamAl fatihah...semoga arwah dipermudahkan urusannya..ditempatkan bersama mereka yg dikasihi NYA
BalasPadamTakziah sis. Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Aamiin.
BalasPadamRasa sedih pulak bila anatara ahli keluarga kita meninggal , tetapi kita tak dapat balik tatap wajah terakhir . Musim2 mco ni emmm ..
BalasPadamSyaz..bersabar ye..yg hdup pasti akn pergi meninggalkn kita..sedekah kn alfatihah utk tok ya. Tahu syaz merindui tok.
BalasPadamAlalalala...sweetnya!
BalasPadamBukan tak redha tapi air mata itu jatuh tanpa dipaksa dan tidak boleh diberhentikan dengan paksa.
BalasPadamSalam Takziah Syaz..semoga aarwah ditempatkan di kalangan insan2 terpilih dan aman tenang di negeri abadi..Al Fatihah
BalasPadamBe strong kak syaz, faham perasaan ralat tak dapat nak tengok dan cium arwah untuk kali terakhir. Semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang orang yang beriman.
BalasPadamSalam takziah syaz, siapala tak sedih kalau orang tersayang pergi selamanya... lagila kita tak dapat balik cium dia buat kali terakhir... moga syaz sabar dan tabah, alfatihan buat arwah tok
BalasPadamtok sgt sygkan cucu cicitnya kehilangannya sukar dirasakan
BalasPadamSaya pun pernah kehilangan.. Memang sedih. Moga abah aman di sana..
BalasPadamSalam takziah Syaz..
BalasPadamAl-Fatihah, salam takziah kak syaz..
BalasPadamSalam takziah Syaz.. Saat paling sedih bila terima berita kematian dan kita tak dapat nak menziarahi.. Tambah orang yang sangat dekat dengan kita.. Faham sangat perasaan tu.. Sabar ye..
BalasPadamSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.
Disclaimer: Unauthorized Use of Photos
All photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.
Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran
Semua foto di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.