Semalam, dah raya keempat, baru aku perasan yang raya tahun ni aku tak beli kek.
Sebab memang dari kecik lagi, kek raya mesti ada.
Nak buat, tak pandai.
Nak keluar pergi beli, takut pulak sebab musim covid tinggi ni.
Jadi check dekat Grab, orderlah kek dari King's Confectionery saja.
Beli yang kod Fantasy Chocolate.
Yeayy sedap!
Sampai-sampai je kek ni semalam, terus makan sama-sama lima beranak.
Dulu kalau masa kecik-kecik, mak akan buat dua jenis kek bila setiap kali raya.
Mak akan buat kek butter. Perasa dia tu ikutlah, kadang letak esen vanila, kadang oren, kadang strawberry, kadang dia buat dua warna, jadi kek marble.
Dan paling aku ingat, mak rajin buat kek kukus.
Ada banyak buah-buah mak campur dalam adunan kek tu.
Dan yang uniknya, mak akan kukus kek tu guna dapur minyak tanah.
Gambar dari https://desainrumahid.com/dapur-minyak-tanah-butterfly.html |
Rupa dapur minyak tanah mak aku lebih kurang macam kat atas ni.
Selalunya set up dapur ni dekat belakang rumah, tepi rumput.
Arwah atok la yang selalu kena belikan mak minyak tanah.
Aku mesti nak ikut ke kedai kalau atok nak beli minyak tanah. Sebab apa?
Sebab aku suka tengok orang kedai tu pump minyak tanah tu keluar dari tong dia, ke dalam botol kaca yang nak isi minyak tanah tu 😁
Klasiknya semua itu, kenangan betul!
Mesti akan berbau kuat minyak tanah tu satu rumah kalau mak mula mengukus kek buah dia tu hehe.
Pernah tanya, kenapa mak tak guna dapur biasa?
Mak kata nanti guna gas banyak, rugi.
Aku selalu juga usha dapur tu masa proses mengukus tu.
Suka tengok minyak tu blup blup blup.
Dan kadang-kadang tangan ni mulalah gatal nak pusing knob merah tu hahaha
Apa lagi, kena marah la😂
Tapi itulah, sekarang mak pun dah tak buat lagi kek kukus guna dapur minyak tanah tu.
Kalau buat kek pun mak guna oven atau kukus atas dapur je, kek yang simple2 yang tak perlu makan masa yang lama macam masa mak kukus kek buah dia dulu tu.
Ada yang pernah atau masih guna dapur minyak tanah? 😁
Dapur minyak tanah tu saya pernah lihat. Masa kecil mak memang guna dapur ni.. Nostalgia sungguh.
BalasPadammenggamit kenangan
PadamRumah sy masih gunakan dapur ni sampai sy sekolah menengah, sy paling takut dgn dapur ni, heheh
BalasPadamhihi kenapa takut sis?
PadamUtk raya tahun ni sempat jugaklah saya buat dua jenis kek..
BalasPadamwah hebat!
Padamorg kampong dulu2 ramai yg ada.. tapi ni dh kira org have2 je ada dapor minyak tanah camni 😅
BalasPadamyeke? ahahah tak tau la tu :D
PadamDapur minyak tanah cap butterfly tu lejen tu!
BalasPadamhehe klasik!
Padamdapur minyak tanah ni slalu guna masa kat kampung je dulu2...
BalasPadamskrg ni semua dah moden kan...
dapur lejen.. mama pun selalu ada kek waktu raya. tahun ni beli 2 kek
BalasPadamsempat guna dapur minyak tanah masa kecik2 dulu
BalasPadamsuka main pusing2 knob merah tu jugak. pastu kelam kalibut lari takut mak marah hahahahahaha
pernah merasa mak guna dapur minyak tanah..memang memori sangat kan...merasa gak pergi kedai beli minyak tanah bila minyak dah abis..
BalasPadamkenangan lama...klasik..
BalasPadamklasiknya dulu kan, guna dapur minyak tanah :P
BalasPadamAkak tak pernah jumpa dapur minyak tanah, tp biasa dulu-dulu bakar kek atau biskut raya dekat oven hitam yg kene letak kt dapur gas tu... nostalgia jugak
BalasPadamRumah nenek saya pernah ada dapur tu.. pernahlah tengok nenek guna..
BalasPadamLegend sangat dapur tu..
lama betul x nmpk dapur myk tanah tu
BalasPadamkek butter memang legend. Tak pernah lagi nampak dapur minyak tanah macam ni. Tapi oven lama butterfly tu memang mak guna masak kek zaman dulu.
BalasPadamMak sy ms zaman anak dara rajin buat kek, ms ada sorang dua rajin buat kek. bila dah berderet pencen terus buat kek.. heheh. tahun ni kami beli brownies je
BalasPadamsekarang ni semua senang kan, hujung jari jer
BalasPadambestnya..ada kek raya :)
BalasPadamkalau rumah mak mesti ada laksa ^_^
uniknya dapur minyak tanah tu. skang susah nk nmpk
BalasPadamSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.
Disclaimer: Unauthorized Use of Photos
All photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.
Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran
Semua foto di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.