Bermula hujung 2014, aku pernah jadi ejen jual Tupperware tau.
Entahlah, lama jugak aku jadi ejen ni.
Konon nak cari duit tepi.
Gigih jugaklah menjual.
Kat taman perumahan, kat kawan-kawan sepejabat.
Aku pun tak taulah macam mana aku boleh terjebak.
Bila aku kenang-kenang balik, untung tak adalah banyak mana pun.
Sebab aku selalu bagi harga kasih sayang.
Dan bila difikir-fikir, aku gigih jugak tau.
Bila barang yang pos dekat office tu tersampai kat tempat lain, aku dengan gigihnya pergi collect.
Hantar kat tuan dia.
Angkat kotak besar-besar.
Collect order.
Lepas tu ada sekali aku rasa nak ambil stok dulu, jual kemudian.
Ada yang laku keras, kadang last-last aku koyak je plastik tu terus guna sendiri sebab tak ada sapa nak beli.
Banyak betul tenaga aku habis masa aku jadi ejen ni.
Duit pun sama hahaha!
Sebab aku yang tak pandai nak berniaga rasanya.
Berniaga main bedal je, begitulah jadinya.
Dan sebenarnya aku tak berapa minat pun.
Yes, minatlah nak beli Tupperware.
Sebab Tupperware ni memang awesome tau, sangat tahan dan durable plus design dia cantik jugak.
Tapi aku tak minat nak 'manage' hal-hal berkaitan barang tak sampai, barang stokis tersalah pos, barang lambat sampai, barang tu ada defect..
Belum lagi yang tanya aku, dia nak beli spare part Tupperware.
Yang nak tukar tutup Tupperware sedangkan Tupperware dia beli dah lama, dan tak beli dengan aku.
Sebab katanya, Tupperware kan kata boleh tukar kalau pecah etc..
Masalahnya aku mana ada kedai.
Kalau cari aku untuk tukar pun, aku akan contact kedai jugak.
Belum lagi yang tersalah guna lepas beli.
Ada yang beli pengukus tu, salah guna, cair pengukus..
Pastu tanya aku macam mana nak buat.
Apa aku boleh buat?
Huhu..
Ada yang dah dapat barang, tutup tak boleh tutup.
Sebab Tupperware kan ketat, jadi masa pertama kali nak tutup tu, memang susah sikit.
Yang paling sedih, ada yang order tapi tak check dekat measurement.
Bila sampai, barang tu kecil/ besar dari dia bayar.
Aku juga kena mendengar keluhan kenapa barang tak macam dia bayang.
Ada yang minta nak bayar dua kali.
Tapi bila bayar kali kedua tu, sampai 3 4 bulan delay.
Ada je masalah dengan duit gaji katanya, tak cukup duit..dan macam-macam lagi..
Padahal janji nak bayar tepat hari gaji.
Ada pulak yang nak beli dengan harga ahli.
Dah kalau awak beli dengan harga ahli, mana untung saya?
Kenapa awak tak beli kat kedai je hihik..
Tapi tu lah, bukan senang nak jual.
Orang tak beli Tupperware setiap bulan, apatah lagi setiap hari.
Lama-lama aku jadi penat kikiki
Sebab aku dah makin sedar, jiwa aku tak ada pun dalam berniaga Tupperware tu.
Pada yang komited, aku memang tabik!
Anda hebat, teruskan!
Godek-godek fon, terjumpa antara gambar-gambar Tupperware yang aku pernah jual, tak terjual, dan lain-lain lagi.
Namun, kenangan sepanjang berniaga Tupperware ni jadi satu memori hidup aku jugaklah.
Banyak benda aku belajar pasal manusia.
Pasal diri sendiri, pasal suami macam mana masa aku berniaga, pasal kawan-kawan, pasal famili..
Semualah..banyak ceritanya untuk disimpan
😄
Selamat Hari Raya Semua!
Jangan hilangkan Tupperware mak!
Pohon pandan tumbuh melata,
BalasPadampohon serai hidup merumpun;
jari disusun maaf dipinta,
silap dan salah moga diampun.
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN
salam aidilfitri encik fairus
PadamSekarang pengkarya novel!
BalasPadamhihi insyaallah mudah-mudahan lama bertahan
PadamSekali-sekala ada beli barang tupperware. sgt syg n jaga dgn baik sbb mahal kan?
BalasPadambetul tu abamkie
Padamx apalah. skrg fokus kpd kerja hakiki sbg pensyarah.
BalasPadamtu yang paling betul hehe
Padamejen tupperware mesti rumah penuh dgn tupperware ja kan syaz
BalasPadamTapawe sampai sekarang masih reliben
BalasPadamSaya tak pernah ada mangkuk Tupperware dalam rumah nii..nanti nak bagi mak ler satuuu..hehe
BalasPadamTak pernah lagi beli tupperware ini.. Siapa yang jual memang tabiklah.. bukan senang nak manage bila baca perkongsian Syaz nie..
BalasPadamCakap pasal tupperware ni pernah juga jadi ahli. lama lama tak membeli terus expired. Mungkin saya pun tak ada bakat untuk bisnes mlm ni kot. harga tak berapa mampu milik. Kena cari target level atas lagi. Tapi sekarang dah ramai join ahli sebab lagi senang nak membeli sendiri :)
BalasPadamnak jadi peniaga ni kene kuat kene layan kerenah pelanggan.
BalasPadamhehe sama.. memang tak reti meniaga sebab tu kwn2 ajak join bisnes x join2..
BalasPadamjadi member je beli buat guna sendiri.
KakYa pon suka Tupperware tapi nak menjual tu cam tak laaa hehehe sebab serik dsah bab2 jual barang ni.
BalasPadambrg tupperware mmg berkualiti kan..
BalasPadamMak oiii...banyaknya tupperware koleksi Syazni...suka je tupperware,cumanya tak minat jadi agent..
BalasPadambanyak tu..leh geng ngan ibu kak ayu..minat tul tupperware ni. sekarang design & color2 byk yg comei2..suka tgk but x minat sgt
BalasPadamshida pengumpul bekas eco je..bila rosak ke pecah ke buang je..xsedih hahahaa ^_^
BalasPadamSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.
Disclaimer: Unauthorized Use of Photos
All photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.
Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran
Semua foto di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.