Atau nama yang lebih tepat untuk alat itu adalah Fingertip Pulse Oxymeter.
Sejak kebelakangan ni memang berita berkaitan kematian dan peningkatan kes Covid 19 semakin menjadi-jadi kan.
Antara yang paling seram bagi aku adalah tentang Happy Hypoxia, di mana paras oksigen dalam badan seseorang itu semakin berkurangan tapi manusia itu tak sedar dan perasan pun, tiba-tiba rebah dan gone!
Jadi, lepas terbaca mesej kawan-kawan setempat kerja di group Whatsapp, ada yang cadang suruh beli alat ni.
SO why noT kan?
Dia siap share link ke shopee lagi.
Harga pun tak mahal mana, RM21.90 je masa aku order.
Selang beberapa hari, fingertip pulse oxymeter aku pun sampai.
Rupa dia macam gambar kat atas tu lah.
Kecil, ringan dan portable.
Dia datang dengan kotak.
Kotak dia kecik je, ada gambar dia lah kat depan tu.
Rasa masa beli tu tak ada pulak pilihan warna, jadi memang warna default dia warna biru gelap tu.
Ok lepas belek kiri kanan kotak, baca apa yang patut.
Jom lah bukak kotak.
Oh ya lepas dah beli, dah dapat bacaan paras oksigen dalam badan dan pulse, macam mana nak tau ok ke idok?
Ha boleh refer charts berikut:
Ini untuk paras oksigen dalam badan, jadi yang normal dan sihat adalah jika bacaan menunjukkan 95% ke atas, jadi tiada pemantauan tambahan diperlukan.
Untuk bacaan pulse:
Kita lebih tahu badan kita.
Andai bacaan tunjuk normal, tapi kita rasa mengah, tak larat, lesu dan sebagainya, SILA KE HOSPITAL!
Stay safe semua 💓
+++
Update: Apa yang berlaku selepas aku beli oxymeter ini. Spoiler, ianya berita buruk. Baca sini.
Selain blood pressure monitor, ini pun wajib ada kat rumah ni. Murah juga tu. boleh lah membeli.
BalasPadamWah, sempoi nya alat ni. Pakai bateri 3A ye, Syaz?
BalasPadamSaya setiap hari semak sendiri dengan menahan nafas selama beberapa saat. Kalau ok, insyaallah sihat. Ni dapat dari viral LA ni.
BalasPadamutk orang asthma sangat penting bende ni, kalau sesak dada je mesti pakai jam utk check oxygen dlm darah
BalasPadamMemang patut kita miliki alat pengesan kesihatan seperti ini.
BalasPadamMacam best. Teringin nak beli.
BalasPadamAda jugak baca di grup WA, tapi belum beli lagi.
BalasPadamMemang merisaukan situasi sekarang kan...tiba-tiba je rebah.
la ni amat perlu hati2 n sedia dgn alat2 utk periksa kshtn diri
BalasPadamxlah mahal sgt kan..boleh la beli nanti..tq sharing syaz!
BalasPadammurahnya, nk kena beli jgk la. nk bg kat parents di kg. klau kat sni, takpe. slalu dkt hosp, guna hosp punya je
BalasPadamboss syu ckp pt mcm walking zombie. jln elok masuk ke hosp, tp oxygen sgtlah rendah.
BalasPadamoh ya. bleh share x link kedai shopee tu? hehe
BalasPadamsearch je dekat shopee syu hehehe
PadamTerima kasih atas perkongsian.
BalasPadamRamai suggest beli ni ye. Kena beli juga ni simpan kat rumah kan
BalasPadamEhhh, saya nak beli jugak la.. baru baru ni mengah .. nak gelak pun rasa takut sebab macam mengah pulak masa tu .. takut tetiba rebah.. hm..
BalasPadambagus gak ni..good sharing. tq Syaz!
BalasPadamBagus juga kalau ada alat nie dirumah.. tq share Syaz..
BalasPadamActually, the data measured by this kind of pulse oximeter is not very accurate.
BalasPadamUnder normal circumstances, the arterial oxygen saturation of the human body is 98%, and the venous oxygen saturation is 75%. In general, SpO2 should not be lower than 94%, and below 94% is insufficient oxygen supply. Some scholars even set SpO2 below 90% as the standard of hypoxemia.
BalasPadamSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.
Disclaimer: Unauthorized Use of Photos
All photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.
Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran
Semua foto di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.