Meriahnya masa ni.
Walaupun kepanasan masing-masing dalam makmal sebab aircond ada problem, tapi semua pelajar gigih tak tanggal lab coat.
Kalau tengok dari tarikh gambar ni diambil, rasanya masa ni aku baru masuk kerja semula lepas 3 bulan cuti bersalin.
Ini sesi makmal untuk kod BIO320, subjek Biological Diversity.
Subjek ni dulu diambil oleh pelajar part 6 jurusan Diploma Sains.
Ya masa ni UiTM cawangan aku ni masih ada Diploma Sains.
Sekarang dah tak ada.
Sedih lah jugak sebab ini antara program yang ada kod-kod yang aku suka ajar.
Sebab itulah bidang aku yang sebenar.
Sekarang tinggal Diploma Mikrobiologi dengan Ijazah Sarjana Muda Biologi je kat sini.
Maksud aku untuk Pusat Pengajian aku lah.
Tapi walaupun dua je program yang ada, pelajar dia punyalah ramai oi!
Lama dah tak masuk lab dengan student ramai-ramai macam ni.
Masa ni masing-masing mengeluh panas, tapi itulah, siapa sangka semua akan indu senario panas berhimpit macam ni kan?
Oh lupa nak bagitahu, student punya task untuk makmal subejk ni mostly observe morphology organism mengikut kingdom.
Setiap minggu, tengok makhluk dari kingdo berbeza.
Rasanya minggu ni student tengah observe kingdom animalia.
Ini adalah imej kepala serangga yang dilihat menggunakan compound microscope.
Nampaklah bentuk mulut dia.
Hmm..
Rindunya..
Serangga apa tu syaz? Hehee.. Sains mmg bkn minat k ret hahaa.. Kita dl amek kira2 je.. So dl zaman sek msk lab.. Alaa mencik.. X suka haha😅
BalasPadamLipas tu. Kepala lipas. Hahaha
Padamwah bestnya tiap minggu laim lain makhluk 😂
BalasPadamAah, dari bakteria, fungi, pokok sampailah haiwan, semua berbeza 😊
PadamTentu rindu sesangat suasana dan kwn2 masa tu kan
BalasPadamSaya rasa mesti student ni semua saling rindu kawan2 diorang 😊
PadamRindu.....rindu nak bersemuka!
BalasPadamRindu nak rasa nOrmal life semula
PadamRindu jugak bila teringat momen2 dalam makmal dulu tapi dalam masa yang sama lega masa pandemik ni dak tak mengajar dan berdepan dgn kerenah pelbagai peringkat manusia, hihi
BalasPadamHihi.. tapi online ni kurang sikit manisnya dalam hubungan dengan student tu, rasa jauuh huhu
PadamRamainya! Memang meriah!
BalasPadamRamai uncle, jurusan yang ramai student lepasan SPM minat hehe
PadamLab coat wajib pakai dalam lab. hihi..kepanasan pun xde hal :)
BalasPadamKena anggap takde hal walau kadang dah berpeluh jerut 😂😂
Padamdulu berminat juga nak ambil diploma microbiologi tu, tp ape kan dia, bio tak score
BalasPadamHehe tak apa, afeezz lebih di bahagian lain 😊
PadamMakhluk apa tu kak syaz? Bestnyaa setiap minggu tengok makhluk berbeza beza hehehe. Kita sempat ambik 2 minggu je biologi then cauu ambik aliran teknikal hehehe.
BalasPadamHehe elok macam tu, jangan ambil kalau rasa tak minat, susah nanti nak teruskan pengajian 😊
PadamSeronok part observe macam-macam tu. Menarik.
BalasPadamBetul, the best part 😊
PadamSteady... UiTM dihatiku. 😃
BalasPadamUsaha Takwa Mulia 😁
Padampadatnya lab. bila lagilah nak merasa macam ni kan harapnya cepatlah covid ni berlalu..
BalasPadamBetul tu, rindu nak berpadat padat 😂
Padamwaaa bestnya :)
BalasPadam😊😊
Padammenarik pulak tgk imej kepala serangga tu..dah mcm berseni pulak syaz ^_^
BalasPadamHahaha... makmal dgn pasar borong tak beza banyak pun... sempit..panas... berhimpit... dan juga bising. Lecturer selalu marah, masing2 dah nak jadi mak pak budak, bising serupa darjah 1
BalasPadamaduh... aircond rosak mcm ni pun smua buat kerja ngn berfocus ! tahniah
BalasPadamSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.
Disclaimer: Unauthorized Use of Photos
All photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.
Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran
Semua foto di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.