Awal tahun haritu, lepas dah bersekolah semula secara bersemuka, adam ada bagitahu yang dia nak masuk pertandingan Kangaroo Maths.
Aku dengan zaimi memang tak pernah dengar pasal pertandingan ni.
Ye lah, manakan tidak, pertama kali ada anak yang bersekolah rendah kan.
Mula-mula kami ingat pertandingan ni sekolah sendiri je yang anjurkan.
Kena main lompat-lompat macam kangaroo lepas jawab soalan ke kan.
Haha!
Rupanya tidak!
Pertandingan ini agak besar juga!
Nak dijadikan cerita, esok adam akan menyertai Kangaroo Maths ni.
Adalah cikgu bagi dia latihan untuk buat.
Soalan dia memang kebanyakannya problem solving.
Harap adam boleh lah buat.
Amin!
Buat yang sama-sama menyertai, didoakan juga agar dipermudahkan.
Goodluck!
Ok cerita serba ringkas tentang Kangaroo Maths ni.
Kangaroo Maths Competition ni adalah Pertandingan Matematik yang terbesar di dunia tau. Terkini, dia ada lebih kurang enam juta peserta yang datang dari 93 negara seluruh dunia.
Dari Malaysia saja, bilangan peserta ada lebih dari 50 ribu yang mewakili 1800+ sekolah-sekolah seluruh Malaysia.
Objektif pertandingan ni memang baguslah, dia nak menggalakkan pelajar agar minat kepada matematik, dan boleh aplikasikan dalam kehidupan semasa.
Pendedahan kepada masalah sebenar yang perlu diselesaikan guna matematik lah kiranya.
Yang bagusnya, pelajar yang menyertai Kangaroo Maths ni akan mendapat sijil dan pengiktirafan daripada badan yang besar dalam pendidikan.
Pertandingan Kangaroo Maths ni terbahagi kepada beberapa kategori yang diasingkan mengikut tahap pendidikan pelajar.
Dia asing ikut umurlah kiranya.
Adam termasuk bawah kategori Pre-Ecolier sebab dia baru darjah dua kan.
Jauh lagi perjalanan adam untuk dikira sebagai 'student' tu ha.
Kita tengoklah macam mana, mampu atau tidak adam naik tangga dari pre-Ecolier sampai ke Ecolier, seterusnya ke Benjamin, Cadet, Junior sampailah ke Student.
Setiap peserta akan dapat Sijil Penyertaan yang dikeluarkan oleh Pengerusi dia sendiri iaitu Dr Gregor Dolinar.
Pelajar yang berada dalam rank Top 10%, akan turut mendapat Pingat Emas, Pingat Perak dan Pingat Gangsa beserta satu lagi Sijil Anugerah.
40% yang berikutnya, akan dapat Honorable Mention Certificate. Kiranya masih dapat shoutout dari Kangaroo Maths la.
Pertandingan hebat ni, hebat Adam boleh masuk pertandingan macam ni. Semoga ada rezeki untuk Adam menang dan berjaya sampai student level tu. Aaminn...
BalasPadamSelamat maju jaya Adam. Buat yang terbaik. Uncle pasti Adam boleh buat. Adam hebat! Sampaikan motivasi ini pada Adam. 💪🏼
BalasPadamOff topik... Uncle minat album search tajuk Sidang Kanggaru oleh kumpulan search
BalasPadamMemang tak pernah dengar ni.
BalasPadamMenarik sungguh - pertandingan matematik terbesar di dunia!
Good luck Adam!
Goodluck Adam!
BalasPadamSemoga ada rezeki menang dalam pertandingan kangaroo maths ni ^^
Hebat.. Good luck! :)
BalasPadamMudah2an adam akan berjaya
BalasPadamwahh hari ni lah kan? moga dipermudahkan urusan Adam dan berjaya dapat tempat dalam top 50!
BalasPadamgood luck adam. pakcik ni math tak berapa nak pandai..
BalasPadamgudluck adam. smoga berjaya ya
BalasPadamwaa, starting Adam dah masuk big contest mcm ni.. in future will have many more... good luck Adam :)
BalasPadamBagus Adam minat masuk contest yang menguji minda macam ni..tapi kan Adam...aunty tak minat maths..cukup makan je masa belajar...stress...hahaha
BalasPadamFirst time juga dengar pasal pertandingan nie.. menarik..
BalasPadamSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.
Disclaimer: Unauthorized Use of Photos
All photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.
Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran
Semua foto di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.