Cerita dua minggu lepas.
Alang-alang hantar abang-abang pergi taekwondo, dari duduk melanguk je, kitorang 3 beranak pun pergilah ke Pak Teh Satay depan Giant Kuala Pilah tu.
Kebetulan kedai Amira Nabila tu tutup, jadi memang tak ada oranglah.
Cantek!
Boleh bawak ayu dine in.
Apa kaitan dengan orang kenit?
Ayu la si kenit tu!
Hahaha!
Hari tu, sibuk benar dia nak pakai tudung yang Kak Dana bagi kat dia tu.
Nampak macam ostajah kecik je dah, tudung labuh sampai ke punggung 😂
Dia kalau kena angin dia nak melaram tu, macam tu la dia.
AKu layankan aje la.
Bagi dia happy kan..
Ni la rupa Pak Teh satay tu.
Mantap weh rasa dia!
Dahlah saiz dia besar jugak.
Ayam 0.80, daging rm1.
Kalau kat senawang, ayam pun dah rm1.
Sobs..
Si ayu ni, masa nak makan kami bukak kan tudung labuh dia tu.
Karang habis kotor, dia makan dahlah comot!
Beria lah pose nak tangkap gambar 😂
Disebabkan kedai Amira Nabila tu tutup, maka PakTeh Satay tu kena lah buat air sendiri.
Tapi tak banyak choice la.
Jadi orderlah teh o je.
Not bad jugaklah, walau owner dia asik repeat kata dia tak pandai buat air.
Haha!
Oh by the way tu bukan janggut.
😂
comel jer ustajah ayu
BalasPadamhihihi
Padamcomel si kenit tu. Nak juga bergaya macam omak eh. Okay baik nanti boleh cuba try sate situ kalau balik pilah..rajin gak ke Giant tu tapi siang hari pulak perginya.
BalasPadamhihi..dia lepas asar macam tu dia dah start set up kedai dia dah :)
PadamSi kenit comey..
BalasPadamTgk dr belakang mmg mcm kenit sebab tudung labuh sgt kot.
Sdap nya sate
aah, labuh sangat sebenarnya tudung dia tu hehe
Padamsatey kalo mahal tapi isi ciput sekali ngam je., huhuhu sedih je kannn.,
BalasPadambetul tu wak lat, rasa sayang kat duit hahaha
PadamItu cinonet! hehehe
BalasPadamahahaha!
Padamhahaha. "Bukan janggut" - zaman Covid kita semua kena pakai mask apabila keluar rumah. Saya pun time makan di kedai makan, malas nak buka mask, turunkan saja letak bawah dagu walaupun kalau ikut SOP KKM, cara tu salah.
BalasPadamhihi..lebih2 lagi masa ni saya pakai mask yang direct sangkut kat telinga
Padamigt btl la ada org kenit..hihi
BalasPadamhahaha!
PadamAduh, ternampak gambar sate terus terasa lapar. 😋😋😋
BalasPadamooppss sorry :P
PadamBagusnya sicomel ni...belajar2 menutup aurat dari kecik lg
BalasPadaminsyaallah, saja nak try2 ajar sikit2 hehe
PadamHai si kenit yang conel!
BalasPadamBoleh aunty minta satu cucuk sate ayam? Sedapnya!
hihi meh sini aunty!
PadamComel sambil makan satay tu, boleh bagi dekat abang Naim sama. hehee
BalasPadamhihi boleh2, meh sini hahaha
Padamcomel sgguh org kenit ni..bila la dpt jumppa dia..hehee
BalasPadamcomel je Ayu posing..ostajah kecik..hihi..
BalasPadamHi Si Kenit!!!
BalasPadamhahah dah boleh buat selimut dah tudung tu dgn dia
BalasPadamcomelnya orang kenit tu! hahahahha!
BalasPadamSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.
Disclaimer: Unauthorized Use of Photos
All photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.
Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran
Semua foto di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.