Awal semester ni, memang waktu yang agak genting untuk bagi task assignment pada pelajar.
Untuk subjek aku ajar, salah 1 task untuk enhance softskills pelajar selain akademik, yang embed dalam subjek, adalah communication.
Jadi, caranya adalah hasilkan video yang ada message yang bagus untuk masyarakat.
Gittew..
Penat aku brainstorm nak cari idea untuk method assignment ni masa proses semakan kurikulum hari tu tau hehe..
Jadi, alang-alang bagi task, tunjuklah contoh video pelajar lepas.
Ini antara kumpulan yang sangat bagus dari segi message yang hendak disampaikan, dan usaha serta teamwork yang baik sekali.
Bila tengok balik, aku memang sangat kagum dan hargai sangat usaha pelajar-pelajar ni untuk dapatkan markah dan siapkan tugasan ni dengan cemerlang sekali.
Ada sesetengah kumpulan tu, buat kerja asal siap je.
Suara pun tak keluar, bergerak pun tidak.
Macam mana nak sampaikan mesej pada masyarakat kalau penyampai mesej pun tak bersungguh dalam menyampaikan mesej?
Bukan suruh buat video yang kena ada effect cgi ke apa ke, video berdurasi 5 minit yang rakam guna telefon bimbit, dan edit guna software percuma saja.
Tempoh yang diberi pula 12 minggu untuk video 5 minit.
Tapi still.. 😅
Lepas tu pelik kenapa markah tak seberapa..huhu..
Semoga anak-anak itu diberi kemudahan dalam tugasan mereka di subjek lain juga.
Begitulah..
Kreatifnya student. Macam ni lah yang madam mahukan. Kalau buat asal boleh je, markah pun asal boleh je lah kan.
BalasPadamSeronok tengok hasil macam ni, pelajar yg buat kerja asal boleh aje, memang layak la kalau dapat markah pun asal boleh
BalasPadam👏🏻 Ema bab acting ni kecut peruut.
BalasPadamDulu kat UIA, video assignment yang kena buat - buat animation proses DNA replication bakteria 😆
Not bad bideonya...
BalasPadamkite pun ade assignment video ni lupa la untuk subjek apa hehe
BalasPadamTahniah utk pelajar2 yg berusaha keras mcm ni
BalasPadamKreatif! Saya pun haritu ada jugak kena buat video, kecut perut nak berlakon hahaha tapi alhamdulillah lecturer okeyyyy hehehe
BalasPadamMenarik cara mereka mengedit video.. Tak silap sekiranya puan memilihnya antara yang terbaik.
BalasPadamSaya ni sering didatangi oleh pelajar kolej dan universiti dari peringkat sijil dan PhD. Bagi pelajar² diploma dan ijazah, saya lihat banyak yang masih kurang dalam keyakinan diri dan komunikasi. Saya harap guru dan pensyarah lebihkan untuk meningkatkan aspek demikian dikalangan pelajar.
nice video.. wak tgk smpi habis.. 😅
BalasPadamstudent ni berusaha buat video yg menepati kehendak pensyarah mrk
BalasPadampelajar2 skrg mmg ade yg berbakat. buat video pendek pon dah macam drama...
BalasPadamkreatifnya.. nampak la berbaloi dan usaha dia nk buat assignemnt video ni
BalasPadamTahniah untuk kumpulan pelajar yang berusaha sehabis baik.
BalasPadamTahniah adik2..msg yg nk disampaikan tu mmg sampai! tq madam syaz :)
BalasPadamkalau yg tak ada skill utk editing mmg susah bg diorg kot
BalasPadamSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.
Disclaimer: Unauthorized Use of Photos
All photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.
Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran
Semua foto di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.