Ayu ni, aku baru belikan dia sekotak cincin.
Beli barang kemas dekat shopee je, aci tak? 😜
Ala chill gais, mainan barang kemas budak perempuan je.
Aku sokmolah lupa nak snap gambar cincin tu dalam box dia.
Tapi dia lebih kurang macam ni lah, ini gambar dari shopee.
Tapi lain sikit design cincin dalam gambar ni compare dengan yang ayu punya.
Cincin dia ada 12 sekotak, memang saiz jari ayu je pun.
Anak perempuan suka la benda macam ni haha.
Ayu dah cerdik sikit ni, beranilah nak kasi dia pakai.
Kalau tak, risau jugak kalau tertelan.
Pandai dah sekarang, kalau nak naik kereta je, dia tau macam nak pergi jalan, mesti dia sibuk nak pakai cincin 😂
Sebab dia tengok aku kalau nak keluar, akan sarung cincin. Bila balik je, kelam-kabut dia bukak dan simpan balik jugak haha!
Haa kau, besar tak cincin bunga ayu?
Kalau cincin emas bunga besar macam ni, upah je mau RM200 😂
Campur dengan berat, mau pergi ke RM2500++ sebentuk cincin bunga ni.
Ayu punya RM1.50 je sebentuk ahahaha
Satu lagi design dia suka pakai, design nenas ni
Asyiklah pakai.
Lagipun dia jenis plastik yang lembut tu, bukan plastik keras tu.
Ikutlah ayu, asalkan ayu happy 😁
Comel je cincin tu walaupun bukan cincin betul hahaha. Untuk budak perempuan main main, boleh la kan. Nanti dah besar sikit baru boleh pakai yang betul punya :D
BalasPadamhihi insyaallah jika ada rezeki :)
PadamPandai dah melawa... bagus.. disiplin simpan dan keluarkan semula. hahaha
BalasPadamharap2 disiplin tu berkekalan hahah
PadamMacam² cincin ada. Hari² boleh tukar pakai.
BalasPadamtu la, macam2 design cincin dia hehe
PadamMacam anak-anak Fiza, Suka mainan macam ni.
BalasPadamboleh geng hehe
PadamAlhamdulillah. Cantik.
BalasPadamweee :D
PadamComel
BalasPadam:D
Padamjanji dia tak masuk dlm mulut cukup kan
BalasPadambole la ayu melaram pakai cincin masa raya nanti
BalasPadamComelnya koleksi cincin ayu. Ini kalau betul betul memang mahai. Samalah kita, nak keluar baru pakai cincin. Balik balik tanggal terusss
BalasPadamcute cincin2nya..seronok Ayu, boleh tukar2..nanti raya, pakai dgn baju kurung...sweeeettt..
BalasPadamHalah.. halah.. comelnya dia dengan cincin-cincin tu.. budak perempuankan memang suka perhiasan..
BalasPadamcomel jugak ni, kalo ciksun besar ayu, ciksun pun suka..hihihihi
BalasPadamSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.
Disclaimer: Unauthorized Use of Photos
All photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.
Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran
Semua foto di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.