Asalnya, masa adam kecik dulu, aku ada belikan 1 gitar mainan.
Masa tu dia sorang je, dia main seronok lah kan sebab dia sorang.
Tapi sejak dah ada lagi 2 manusia kecil kat rumah ni yang memang jenis pantang tengok abang tu pegang apa-apa mesti nak direbutnya, gitar tu habis terburai talinya hahaa
Yang si adam pulak kat dah besar, dah ada rasa nak 'mainan' budak-budak besar.
Adalah beberapa kali dia kata dia nak gitar sebenar.
Hamboih..
Jadi, aku sajalah belikan dia so called Ukelele.
Tapi versi kanak-kanak jugaklah kot.
Rupa macam Ukelele sebenar, tapi harga below 100, jadi aku rasa dia bukanlah Ukelele untuk professional player.
Kot?
Maafkan aku kalau silap, sebab aku tak arif sangat alat muzik ni hahaha
Jadi, kisahnya, orderlah dekat shopee.
Memang seronok sangatlah tu dapat Ukelele tu.
Greng sana greng sini.
Tapi dah namanya budak-budak kan, disebabkan Ukelele ni tak ada sang adik yang berebut nak main, sebab adik sibuk main gitar 1 tali warna biru yang lama tu je, lama-lama adam pun tak nak main.
Ceh..
Nasiblah Ukelele ni ada sarung warna hitam tu.
Oh ya masa sampai, dia siap bagi pick dia sekali.
Makanya, sekarang Ukelele tu duduklah celah kerusi, menangis menanti sentuhan dari adam.
Hahaha
Ingat nak carikan kelas kalau dia betul-betul berminat.
Tapi risau juga kang dah daftar kelas, rasa susah pulak, quit pulak.
Entahlah.
Korang rasa?
bagi dia belajar ikut youtube dulu, klu betul2 berminat, bole la ikut kelas2 muzik...
BalasPadamKalau adam betul betul minat, apa salahnya. Asah bakat dari kecik :)
BalasPadamSatu hari nanti, Adam buat konsert khas ukulele untuk mamanya (^∀^)ノシ
BalasPadamkalau dia minat, boleh masuk kelas..
BalasPadamwah stail jugak tu.... kita cuba suruh dia belajar dengan you tube dulu main ukelele nih, bila nampak dia ada minat dan nampak dia teruja boleh la carikan kelas hehehe
BalasPadamMinat bahagian muzik la ni
BalasPadamKita kenal ukelele ni bila tengok Ungku Ismail ke kawan dia dok main dalam drama Teman Lelaki Upahan. Si Iman berapa kali ngendeng malas nak layan sebab sebelum ni pun dah pernah belikan gitar, tak bersungguh2 belajar main gitar tu, setakat greng greng greng, mak dia pun pandai, hahahah
BalasPadamMacam sepupu PC nak gitar, sekali ibunya belikan ukelele. Siap tanya, bu kenapa gitar jadi kecik, ibunya pun cakap ni ukelele anak gitar. Hahahaha. Boleh masuk kelas tapi kena tanya betul-betul, dan kena janji belajar ukelele betul-betul.
BalasPadamBagus tu.
BalasPadamUkelele..akak macam berkenan jugak. Kalau nampak kat satu gerai kat IOI mall tu..asik terjeling-jeling.
BalasPadamNak beli, takut kang hangat2 taik ayam gak..haha
Untuk kelas tu, memang confuse gak nak fikir. Sebab kelas gitu biasa kan mahal. Kalau ada kelas utk pengenalan gitu, elok jugak. Tengok sejauh mana minat dia.
wahh bestnya nanti bermain ukelele
BalasPadamAssalamualaikum syaz.. wah, bagus ni... dari kecik dah minat muzik. SS sokong hantar dia ke kelas muzik. belajar muzik ni dapat meningkatkan kecerdasan dan bagi senaman utk otak. Good luck Adam. nanti dah betul2 pandai, belanja aunty 1 lagu keroncong ekkk...
BalasPadamanak akak masuk pancaraga sekolahnya...kdg2 bila cuti dia bwk blk alat muzik yg dimainkannya....yg besar gedabak tu apa tah namanya..
BalasPadamCuba Syaz cari trial class dulu, mana tahu ada. At least boleh tahu Adam boleh cope ke tidak. My 2 cents ✌️
BalasPadamwah..kalau dia minat,boleh ja teruskan...mana tahu jadi pemain ukelele profesional satu hari nanti
BalasPadamWhoaaa. nampak menarik la ukelele... Why not kalau bebetul minat .. tanya dulu.. dan bagitahu apa yang bakal dilalui untuk belajar itu semuaaaa... huhu
BalasPadamtry belikn piano.. 😅
BalasPadamWahh abadam suka main gitar eh. kalau dia ada minat nak belajar boleh je masuk kelas buat tambah skill atau minat. Kalau boleh pergi jauh, bonus tu :)
BalasPadamukulele ni senang je nak belajar, boleh je belajar dekat youtube hehe
BalasPadambestnye ukelele ni. tp xpndai main.
BalasPadamkalau dia tul2 minat baru carikan kelas , kalau duduk celah kerusi saja dia tak sentuh, means dia tak minat pun, cuma nak main jer
BalasPadamcomelnya ukelele tu. bolehlah praktis lepas ni :)
BalasPadamwahh lepas ni berukelel la dia :)
BalasPadamboleh rekod syaz..tgk dia punya pi mcm mana :)
Hahaha.. bila dah tak ada yang nak merebut, sian ukelele tu.. biasanya mcam tu lah Syaz.. Tapi mungkin satu hari nanti tetiba dia kembali minat nak bermain..
BalasPadamSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.
Disclaimer: Unauthorized Use of Photos
All photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.
Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran
Semua foto di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.