Masa ni aku dan zaimi masih student dekat UMT.
Tahun akhir dah.
Kebetulan, adik lelaki aku pun dapat tawaran sambung belajar di Terengganu jugak.
Masa tu dia dapat tawaran sambung Diploma Kejururawatan di Kolej Teknologi Bestari, Setiu.
Kiranya masa ni famili aku datang hantar dia kalau tak silap.
Menginap dekat Hotel Primula Kuala Terengganu.
Alang-alang semua dah ada, kita perkenalkan je lah terus boipren kita ahaha!
Tahun 2007, awal 20an.
Memang masa ni tak tau hala tuju dalam hidup lagi.
Belajar pun masih on going.
Tapi dah sambar pakwe sorang kah kah!
Abah memang sporting orangnya.
Dia sambut baik kewujudan zaimi dalam hidup aku.
Masa aku perkenalkan face to face masa ni, abah memang sempoi amat.
Dia layan macam anak sendiri.
Siap bawak gi makan, main bowling bagai.
Kebetulan masa tu Pusat Bowling TER dekat Kuala Ibai tu baru bukak.
Inilah adik lelaki aku tu.
Dah jadi male nurse yang berjaya dah sekarang, masa ni budak lagi hahaha
Sekarang dah jadi bapak budak.
Ini pulak adik bongsu.
Adehh masa ni dia baru nak ambik UPSR hahahah!
Sekarang dah jadi wife orang dah.
Halah halah, rasa nak tampo diri sendiri.
Habis seronok la masa ni sebab boipren approved hahaha!
Baju biru ni masih ada tergantung dalam almari.
Tapi harroommmm tak muat dah kah kah!
Masa ni round dekat Pantai Batu Burok kalau tak silap.
Sayu pulak hati tengok gambar mak dan abah masa ni.
Muda dan kuat lagi.
Sekarang pun masih kuat, cuma dah nampak berusianya.
Rindu sangat dengan mak abah.
Last jumpa bulan 12 haritu.
Harap sangat dapat rentas negeri soon.
Yang baju putih tu pulak, arwah Pak Tam aku.
Masa ni pun dia sihat-sihat lagi.
Semoga rohnya dicucuri rahmat Allah..
Gigih ha semua nak main bowling.
Sekarang, lepas dah tiga kali mengandung, lutut pun dah kero.
Aku main bowling 1 round pun dah rasa azab sangat dah!
Allah rindu tengok muka arwah Pak Tam.
Sayang Pak Tam..
Boipren tunjuk skill.
Hahah!
Jalan-jalan kat bawah hotel tu sekejap.
Excited pulak jumpa chess sebesar budak ni haa.
Malam esoknya pun datang lagi lepak-lepak dekat lobi hotel.
Sekali-sekala mak abah datang melawat kan.
Sebab sepanjang aku belajar di UMT, memang sesekali je mak abah datang.
Ye lah, jauh!
Ada pulak Nissan Skyline parking kat bawah, maka tumpanglah bergambar.
Hahaha!
Maaf ye tuan kereta, kami tumpang bergambar je hihih
Hey tiba-tiba teringat, manalah baju belang tu?
Antara baju fav aku dulu tu.
Tiba-tiba baju tu ghaib.
Lepak main pool je masa ni.
Sambil borak-borak.
Esoknya tu lagi, pergi hantar adik masuk kolej.
Itu jelah ceritanya untuk TBT kali ini.
Stay safe gais!
Makcik pun terTT time rajin hantaq dan pi tengok anak2 time dia orang belajar. Happening sunggoh. KL,Selangor, Melaka ,Pahang macam dekat saja. Sekarang semua dah berkerja.
BalasPadamhanya mampu mengenang aje sekarang..takleh rentas negeri
BalasPadamBest nya ada family yg sporting..
BalasPadamahkak ko masa ni kalau bawa boipren jumpa mak abah, ada yg kena pelangkong hahaha..
mengimbau kenangan ni hihi :)
BalasPadamDah 14 tahun berlalu, betul betul menggamit kenangan ni. Dah besar dah semuanya :)
BalasPadamsama la syaz, ciksun pun tengok gambar2 lama mamak bapak, rasa syahdu aje..sekarang dah berusia dan tak sekuat dulu nak berjalan2..rasa sedih pun ada sebab belum sempat lagi nak bawak diorang jalan2 explore banyak tempat..
BalasPadamjauhnya campak belakang
BalasPadamuntungla masih ada mak bapak.. semuanye akan tingal kenangan jua..
BalasPadamterkenang semasa dulu ni...
BalasPadameh, kita pun ada baju ala2 baju biru tu tau
2007? Kategori Hari ini dalam sejarah tu..!
BalasPadamHalah halah zaman sweet bercinta dan kenalkan boiprend. Part paling best bila duduk jauh mak ayah datang menjengah dan spend masa sama² :)
BalasPadamBerani betul tunjuk teman lelaki.
BalasPadamHehe restu kena ada kan.
bagusye setia pada yang satu
BalasPadamCampak belakang sangat ni..lain rumah Syaz...apa pun best kan kalau BF kita dah kena approve ngan family...
BalasPadamdulu boipren, skrg dah jd ex-boipren... sebab dah jd en suami
BalasPadamwaahhhhh throwback habis ni... kira ni bawa kenal trs laa ya... hehehe
BalasPadamwaaaaaa nostalgiaa :)
BalasPadamcerita lama ni syaz..byk kenangan yg diulit heheee :)
BalasPadamSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.
Disclaimer: Unauthorized Use of Photos
All photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.
Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran
Semua foto di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.