Harini masuk office, sebab ada mesyuarat pasca peperiksaan.
Memang lama sangat dah WFH, jadi masuk office harini rasa janggal.
Aircond tak berapa nak sejuk.
Bilik memang berhabuk semacam lah.
Labah-labah kecik pun lalu lalang 2 3 ekor atas meja.
Tengok kalendar atas meja, abandoned pada bulan Oktober 2020.
Memang lepas tu tak ada masuk office dah sampailah hari ni haa.
Kiranya selain cuti bersalin, PKP juga adalah penyebab office aku ni ditinggalkan lama tak berbuka, tak berpenghuni.
Siap aku skodeng bawah meja, kot ada labah-labah besar dah bersarang hahaha!
Sebab ada sekali dulu, masa tengah jaga exam.
Tiba-tiba ada budak jerit.
Ingatkan kenapa, rupanya tiba-tiba ada labah-labah sebesar pinggan dah landing baik atas riba dia.
Rupanya labah-labah tu selama ni lepak dalam lubang meja yang kebetulan budak tu duduk masa exam tu.
Aku memang terkejut gila, ikut hati nak lari keluar hahaha!
Nasib baik masih mampu rationale sebagai ketua pengawas dekat bilik kuliah tu.
Kebetulan ada polis bantuan kat luar, aku panggil dia masuk dan tolong apa patut.
Tapi boleh nampak pakcik tu pun macam geli, dia ambil tong sampah yang ada dekat tepi pintu, dia hentak je labah-labah tu yang tengah berlari dengan 8 kaki dia tanpa hala tuju.
Budak-budak lain pun boleh nampak dah cemas memasing masa tu hahaha!
Maka tamatlah riwayat labah-labah besar tu.
Siap pakcik polis tu lempar mayat bangkai labah-labah besar tu sejauh mungkin ikut tingkap.
Sadiskan?
Kau bangun tidur mamai-mamai, jatuh atas ribaan seorang gadis sunti.
Ditolak sampai jatuh atas lantai, kena hempap dan henyak sampai mati, lepas tu dilempar ke bawah dari tingkat enam.
Ok jauh sangat dah cerita aku ni, jauh betul aku flashback.
Hahaha
Selamat bekerja pada yang bekerja ya 😁
PS: Pada top commentator yang bertuah di last entry, yang belum contact saya boleh contact ya.
Tapi kalau taknak pun takpa.
Terima kasih sekali lagi atas kunjungan selalu 😄
Selamat bekerja 🥰
BalasPadamjd ketua pengawas kena cool..hehe..selamat kembali ke pejabat..
BalasPadamSadis sungguh bila membayangkan jadi labah2 yang mamai tu..haha
BalasPadamLabah-labah besar pinggan? Isshhh...issshhh...seramnya!
BalasPadamSelamat bekerja.. Lepas ni dah start kelas fizikal ke
BalasPadambesar labah2 mungkin sesungutnya beracun tu
BalasPadamalamakkk labah2 ke????
BalasPadamlama gak ako tglkan opis sejak bln 3 2020... erkk dsh sethn rupa nya x msk opis!!
aissh tapi nasib baik dgr citer makcik cleaner slalu je tlg lap2 kat opis ako... alhamdulilah.. cuma ada aritu member call kbtulan dia dtg opis, kasut baju sweater semua dah berkulat... ermmm nampak gaya mmg kena dtg ois gak kemas brg2 mana yg kena buang dah tu....
waduhhhh last bulan 10, nasib la siang je dekat opis kan kalau malam... mau ada yang meneman heheheh.. maklum dia dah jadi penghuni bilik tu sejak 4 bulan lepas heheheh...
BalasPadamngeri jugak baca kes labah-labah gergasi tu
Boleh pula bayangkan labah-labah tu sebagai orang. Hahaha :)
BalasPadamSelamat kembali bertugas seperti sediakala ya Syaz.
BalasPadamomggg!!!! nasib labah2 .. klu lipas ka kumbang ka, aduhh sakit juga otak nakkkk setelkan
BalasPadamsaya masa pkp tahun lepas tu cume 2-3 kali jer terpaksa ke pejabat. salah satu dr nye kerana paip kat atas siling pejabat bocor, habis banjir dalam opis.. satu keje nak kene mengemas..
BalasPadamLama tu tak jengah office. Mujur labah labah kecil melintas. kalau yang besar masa exam tu, mahu lagi sadis ceritanya.
BalasPadamKak Syaz, hadiah dah sampai. Alhamdulillah...Terima kasih kak Syaz :)
labah2 sebesar pinggan??? kalau ammi mau ammi dah takleh nak jawab peksa dah tu hahahha gigil takleh nak tulis
BalasPadamKalau kena gigit labah2 ni ada peluang jadi spiderwoman!
BalasPadamkalau saya semasa masih bekerja dulu, hari pertama kerja selep[as cuti panjang... take sometime juga nak sesuaikan diri. Tambahan pula hendaknya ada benda benda baru berlaku dalam kerja.
BalasPadamselamat bekerja
BalasPadamSeram. Nasib baik bukan penunggu.
BalasPadambesar gila labah-labah tu tapi kesian betul nasib hidup dia hahaha
BalasPadamnasib baik jalan ke opis ingat lagi hahahah #gurau
BalasPadamlabah2 apa besar sgt tu? sy try imagine saiznya ;-)
Takziah kepada si labah labah.. Lorh.. hahaa.. Ehh.. sy dh bg details rituu. hehe.. sedang menanti hadiahhh jugak ni.. hoho
BalasPadamkesian labah2 tu haha
BalasPadam8 Mac shida pulak masuk keje..yeay!!!!
BalasPadamkan...
BalasPadamcuma cuti pkp ni kita sihat.
tak mcm bersalin, bulan pertama kena jaga2 :)
baki 2 bulan baru la sihat.
Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.
Disclaimer: Unauthorized Use of Photos
All photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.
Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran
Semua foto di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.