Beberapa hari lepas, sesampai je aku kat ofis, aku nampak ada 1 beg kertas putih tersangkut dekat tombol pintu.
Bila aku intai-intai, ada sekeping nota kecik kat dalam.
"Kepada Syazni, Semoga Syaz istiqamah menjaga aurat 😊. Slowly but surely 👍
Daripada hamba Allah yang juga sedang istiqamah 💗"
Subhanallah..
Perasaan aku masa baca nota tu, macam berada di awangan.
Terus senyum sorang-sorang macam orang tak betul eheheh..
Dalam kepala terus fikir yang mesti pengirim misteri ni bagi hadiah lepas tengok pos aku dekat instagram beberapa hari sebelum tu.
Ala manisnya random act of kindness si pemberi 😀
Eh lupa pulak nak bagitau dia bagi apa hahaha!
Dia bagi aku 4 pasang stokin.
Jenama Soka.
Stokin yang ada ruang untuk ibu jari kaki.
Sama konsep macam stokin yang aku pakai dalam post di Ig aku tu, cuma brand je lain.
Stokin muslimah gitu kaedahnya.
Aku baru beli dua pasang, sebab sebulan dua kebelakangan ni, aku macam nekad nak mula pakai stokin.
Terus bukak plastik stokin soka tu yang warna merah.
Excited punya pasal haha!
Apa lagi, terus cabut stokin yang dekat kaki, pakai stokin baru!
Yeayy!
Terima kasih pada hamba Allah tersebut.
Semoga segala kebaikan dan kasih sayang Allah di dunia ini terserak ke atasmu jua.
Semoga kita sama-sama istiqamah!
Teringat pulak cerita macam mana aku boleh mula bertudung tanpa on off free hair, slowly aku mula pakai baju lengan panjang walaupun ketat, lambat laun tudung tak selempang, baju kasi longgar..
Semuanya kenangan yang bermakna.
1 je lagi aku tak berjaya pujuk hati nak lepaskan.
Jeans.
Ya jeans. Huhu..
Moga dipermudahkan urusan aku tinggalkan jeans pula selepas ni.. insyaallah💓
Haah jeans susah hendak lepaskan.
BalasPadamTapi sejak akhir-akhir ini sudah jarang pakai. Haha tidak tahu hendak beri pada siapa.
Stokin memang sudah lama pakai. Semoga istiqamah. Biar perlahan-lahan dan sedikit asal tetap buat. Eh kalau saya menang apa-apa berilah saya cuba stokin asing ibu kaki tahu.,
macam best jer sock tu...
BalasPadamsemoga kita istiqomah..betul tu..slowly but surely...
BalasPadamhand sock blm lg...tak tahu bila nak start...huhu..
Alhamdulilah mendapat sahabat yang pemurah,semoga syaz juga dapat share pahala dengan nya.
BalasPadamCantek stokin nya,berwarna warni .
Alhamdulillah
BalasPadamSemoga terus istiqamah
Alhamdulillah.. Semoga istiqamah... 🤲🏼🤲🏼
BalasPadamAlhamdulillah.
BalasPadamJeans...jeanss... jeanssss... belum lagilah rasa nak buang!
Alhamdulillah,rezeki untuk Syaz & rezeki pahala kepada pengirimnya.Cantik warna stoking2 tu...
BalasPadambetullah jeans tu macam tak boleh nak tinggal. dulu saya pernah stop pakai, lama juga rasanya lepas tu pakai balik..hehe. moga istiqamah ye :)
BalasPadamBestnyeee dapat hadiah syaz ^_^
BalasPadamHadiah yg amat bermakna kan syaz :)
Whoaaa, bagusnyaaa..Moga istiqamah ye!
BalasPadamSaya nak try stockin, tak lepas lagi..sobbss...
bgusnya pemberi hadiah ni. sma2 bg sokongan. sweet.
BalasPadamSemoga istiqomah kak. Semoga Ai ikut jejak langkah kak Syazni.
BalasPadamgood things good life.... :)
BalasPadamalhamdulillah..semoga murah rezeki si pemberi..saya pun baru jugak berjinak-jinak pakai stokin..jeans dah lama tinggal..tak pa..pelan-pelan..yang penting kita ada usaha untuk perbaiki..
BalasPadamhahaha... banyak betul cerita org dpt hadiah bulan ni...
BalasPadamAlhamdulillah, hadiah yang bermakna. Sama sama istiqamah dan sama sama kumpul pahala :)
BalasPadamSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.
Disclaimer: Unauthorized Use of Photos
All photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.
Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran
Semua foto di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.