IKEA, tempat yang sangat jarang aku dan famili dapat pergi.
Satu sebab dia jauh dari rumah, kedua sebab tak berapa nak mampu shopping kat sana kerap-kerap ahaha
Jadi harini nak throwback cerita 2016 dulu.
Masa ni adam pun baru nak masuk 3 tahun.
Alang-alang masa ni, kami balik rumah mak kat semenyih.
Oh ya, dulu parents aku duduk semenyih je.
Dekat sangat nak balik tengok mak abah.
Sekarang jauhh..sobs.
Ok berbalik pada cerita, disebabkan balik semenyih, jadi nak pergi IKEA ni, mak suruh tinggalkan je amir. Sebab amir masa tu baru beberapa bulan, 3 bulan lebih ke 4 bulan macam tu.
Jadi bawak abang adam je lah.
Suka sangat dengan 'bilik-bilik' yang didekorasi tu kan.
Bila masuk IKEA je, macam masuk alam fantasi.
Kalau pergi tak ramai orang, feel sikit nak berfantasi.
Kalau pergi masa orang menderu-deru, memang terfantasi yang rumah kau tengah buat jamuan housewarming je lah. Anggap je la semua tu jiran-jiran baru yang datang nak tengok rumah baru kau.
Ahaha
Rata-rata barang dalam IKEA ni harga mampu tengok je bagi aku.
Ya semua cantik, comel, condusive!
Tapi tak daya nak beli banyak.
Maka cuci mata puaskan nafsu je lah.
Dua ketul ni memang semua sofa diorang nak duduk.
Excited terlebih!
Lawa ni, tapi tak tau nak letak kat mana kalau beli dalam rumah sekangkang kucing ku itu huhu.
Adam memang happy.
Karpet tu pun aku berkenan.
Nantilah beli untuk ayu pulak bila dia besar sikit dan dah set up bilik dia nanti.
Dah habis jalan dekat showroom, kami pun beransurlah ke rak-rak tinggi tu.
Wajiblah ambik gambar kan!
Ahaha
Kadang tu ada juga rasa seram, kot roboh rak-rak ni..
Huishhh nauzubillah!
Masa ni menuju ke rak yang menempatkan rak kasut yang kami nak beli tu.
Selain rak kasut, ada lah jugak ambik benda-benda lain.
Tapi aku dah tak ingat apa yang aku beli tu.
Aku ingat jam dinding tu je ha.
Yang panjang terjulur tu apa entah huhu..
Walaupun tajuk entry adalah mencari rak kasut.
Aku scroll tak jumpa pulak gambar rak kasut yang kami beli tu.
Agaknya masing-masing dah kalut nak angkat kotak yang berat, nak kepung adam lagi ahaha
Terus lupa dah pasal gambar.
Tengok balik gambar-gambar ni, rasa rindu pulak nak ke IKEA.
Moga ada rezeki nak ke sana lagi.
Sejak ada Ikea kat JB akak pernah lah juga beberapa kali pergi sejak anak dara akak dah bekerja ni.Tapi tu lah harga kebanyakan nya mampu tengok je.Tapi tak kan keluar Ikea tak beli apa2 kan,cari lah juga barang yang murah2 je
BalasPadamBetul tu kak, paling2 haritu saya beli lilin dan kuali 😂
PadamIkea tempat berhantu..kalau dah masuk susah nak jumpa jalan keluar..)
BalasPadamSetuju kak 😂
Padamoohh tahun 2016..baru nak ty mcmmana boleh lepas roadblock..hehe
BalasPadamHihihi sekarang nak keluar gi deretan kedai depan tu pun takut 😂
PadamLama jugak tak singgah IKEA.. walaupun x PKP.. memang x singgah. ahahahhaa.. x rasa nak beli pape plak
BalasPadamTak singgah, duit selamat, singgah.. duit terbang 😂
PadamIkea mana ni? Kalau cheras dekat dengan rumah uncle...
BalasPadamkan kan gi IKEA pun kdg2 sbb nak beli karipap dia je hahaha...
BalasPadamtapi kdg2 suka tgk barang2 kecil2 yg kat belah2 belakang....
Kadang dah ada list pun boleh terbabas juga. Aduh.
BalasPadamKalau balik Malaya, rajin juga lepad di IKEA DAMANSARA. Dekat dengan rumak mak.
BalasPadamOwh 2016
BalasPadamMasa tu si kobit tak datang lagi.
sejak covid tak jejak dah ikea. Order online je sekarang, mana2 barang kecik la. barang besar mahal postage hehe
BalasPadamSekali je pergi IKEA tu. 2 tahun lepas. :)
BalasPadamtak suke ke ikea time bersesak2. selalunya kalau ade brg yg berkenan, ppergi awal2 pagi, amik je brg yg berkenan tu dan terus balik... tak sesak dan pakir pon senang
BalasPadamikea ni tempat berantuuuu.. klu pergi nak makan ja pon, sure beli juga satu dua barang.. .lilin ka, cawan ka haha
BalasPadamammi yg dekat ni pun mmg tak gi IKEA sbb malas. Masuk kang mulalah syaitonnnn buat kerja tambahan jadi baik biar je setan tu dok buat kerja azali dia. hahah
BalasPadamAla.. nak tengok rak kasutnya.. hehehe..
BalasPadamSaya kalau ke Ikea nie nak beli meatball je.. hehehe
Rindu IKEA, kalau tidak sebulan sekali rajin pergi. Beli sikit sikit. Berkenan betul dengan barang IKEA. tapi itulah kena tengok bajet. Kadang cuci mata pun kepuasan juga.
BalasPadamCakap pasal rak kasut, saya beli rak kasut TRONES tu :)
sangat lama tak pergi ikea..kalo pkp da nak dekat setahun, agaknya da setahun lebih gak lerr tak pergi ha...rindu nak pergi dan beli barang rumah, ri tu beli kat shopee je rak baju ikea..guna personal shopper..huhu
BalasPadamcuci mata pun dah syok kalo pi ikea.. apatah lg kalau dpt shopping tp yg x bestnya nk kena cari brg² tu haaa
BalasPadamshida ingat..shida je yg fikir psal rak ikea yg bertingkat2 tu..
BalasPadamAndai jatuh..Allahhh..minta simpangla ^^
Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.
Disclaimer: Unauthorized Use of Photos
All photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.
Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran
Semua foto di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.