Kenangan betul!
Terjumpa gambar ni dalam hard disk.
Bertarikh 12 Oktober 2012.
Adam baru 12 minggu usianya dalam rahim aku.
Masa ni, aku dengan zaimi sangat teruja.
Ya lah, anak sulung.
Dan aku tak lekat terus lepas nikah.
Jadi masa kali pertama UPT aku positive, memang sangat-sangat teruja.
Bersyukur sangat.
Tapi, sekali dapat detect aku ada kencing manis.
Lagilah berhati-hati jaga kandungan.
Paling seram bila doktor terangkan tentang kemungkinan janin meninggal dalam perut, atau janin boleh cacat.
T__T
Aku period irregular, jadi memang masa ni baru doktor dapat tentukan EDD bersalin.
Melalui ukuran panjang janin dalam kandungan.
Sebab tu, dah 3 bulan mengandung, baru aku dapat EDD untuk bersalin.
Dan disebabkan kencing manis, dari EDD yang doktor dapat dari ultasound tu, dia tolak pulak lagi 2 minggu.
Sebab kalau kencing manis, kena bersalin awal 2 minggu.
Takut risiko bayi besar dan risiko-risiko lain lagi lah bak kata doktor.
Jadi dapatlah waktu kena by hook or by crook bersalin pada 6 April walaupun EDD 20 April 2013.
Ceritanya ada kat SINI
Haih kenangan betul.
Adam pun dah 8 tahun.
😊
12.10.2012 - besday suami ammi yg ke39 huhu
BalasPadamkebetulan pulak tarikhnya ye hehe
PadamBestnya. Entahla dapat merasa ke tidak. Huhu
BalasPadamkawen tu best tau ciksal.. nk jaga perkahwenan tu yg x brape nk bestt.. huhuhu
PadamInsyaallah cik sal, jodoh akan tiba pada waktu yang tepat hehe..
PadamWaklat, kenapa tak best tu? haha
Alhamdulillah, besar dah Adam. Macam-macam dugaan mengandung ni ye
BalasPadamsangat sangat macam macam hehe
PadamPasti kenangan yang paling terindah kan...
BalasPadamsangat! :)
PadamAlhamdulillah..seronok ada pengalaman ni. Simpan jadikan kenangan :)
BalasPadamINsyaallah, semoga gambar ni tak hilang dalam simpanan mahu pun atas talian ni hehe
PadamDh 8 th dh,untung ada gambar yg tersimpan kan
BalasPadamitulah, alhamdulillah :)
Padamrindu nak preggy lagi tak?
BalasPadamrindu, tapi taknak preggy dah haha
PadamDulu2 jumpa gambar mesti dalam album... sekarang jumpa dalam hard disk! hehehehe
BalasPadamgo green kaedahnya hihihi
Padamsyukur alhamdulillah, dah besar skrg budak tu. harap jadi anak yang boleh diharapkan
BalasPadamalhamdulillah, aminnnnn
PadamUntung Adam ada gambar dalam rahim ibu
BalasPadamrezeki adam :)
PadamIndahnya perasaan tu syaz :)
BalasPadamBila tah nak rasa lagi ade ssuatu dlm perut ni :)
indah perasaan ni, Syaz. Bila lah k.fiezz nak merasa camni jugak..hehe
BalasPadamSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.
Disclaimer: Unauthorized Use of Photos
All photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.
Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran
Semua foto di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.