Sepanjang tajuk entry kali ni, sepanjang tu jugaklah nama gel mask cum scrub yang aku guna petang tadi.
Rasa nak pakai mask.
Rasa jgak nak scrub muka.
Maka scroll Grab, tengok kat mart, cari dalam Guardian.
Sekali ternampak produk ni.
Memang tak pernah cuba pun sebelum ni.
Harga dia pun macam ok, jadi aku terus beli.
Dalam 20 minit, rider pun sampai.
Mudahnya hidup zaman ada delivery ni.
Makin lebarlah diri..haih..
Ok berbalik pada cerita, ini rupa belakang peketnya.
Lepas mandi, terus tepek kat muka.
Dah kata arang campur gula kan, ha macam ni lah rupa dia.
Memang macam gula yang lembab, berwarna hitam.
Walaupun hitam, tapi bau dia perghhhh!
Harum mengancam!
Wangi!
Jadi aku pun habiskan sepeket dan lumur ke muka.
Kalau ikut arahan belakang peket dia, kena tinggalkan di muka dalam 5-7 minit.
Lepas tu genyeh untuk proses exfoliate.
Memang best sangat perasaan lepas pakai tadi.
Segar!
Rasa muka bersih je.
Tapi, kalau nak lagi suci, kena berwudhuk 😛
Ok gurau manja.
assalamualaikum selamat berkenalan
BalasPadamTerima kasih sudi singgah sini 😁
PadamAda pek kecik gini dah ye sekarang.. 1 paket ni boleh gune berapa kali
BalasPadamNaniey suka gune yang clay mask freeman tu.
Saya rasa untuk sekali guna, ke sebab muka saya lebar tak tau la naniey hahaha
PadamAuuu.. gurau manjaaa.. hehe.. X pernah jumpaaaa.. leh try lah nantiii. hehehe
BalasPadamAkak pun first time jumpa dan cuba semalam hehe
Padambertambah seri wajah syaz
BalasPadamSaya aminn kan hahaha
PadamWah makin cantik la kak
BalasPadamlucu la rabia ni hahaha
PadamMakin berseri-seri nanti nih. Elok pula ye peket macam tuh senang nak handle.
BalasPadamhaha! aah, senang, lepas habis sepeket buang je terus hehe
Padamteringat kadang ada artis yg cakap muka putih suci berseri sbb guna air wuduk hekhekhekkk
BalasPadamuhuk uhuk.. tersedak artis tu hehe
Padamsaya paling malas nak cuci muka... tp sib baek lah kulit muka takde masalah sgt... heheheh
BalasPadamgitchewwwww
PadamBest sesekali memanjakan muka, polish bagi hilang segala benda asing kat kulit. memang bersih halus mulus lah hasilnya. Air wudhuk tambah seri wajah gitu :)
BalasPadambetul...yeszzaa hehe
Padamsy gn yg merah. delima. mmg best sbb wangi😊😊
BalasPadamyang tu pun ada beli juga haritu, nanti saya share hehe
PadamEh.. ada jual dalam pek kecil eh.. menarik gak nie.. Senang nak bawa travel..
BalasPadamada! senangkan!
PadamFreeMAN ni woman boleh pakai ke?
BalasPadamboleh!
Padampernah pakai ni juga :) sukaaa
BalasPadamsep!
Padamokay yg last tu mmg gurau manjeee hehehehee ^_^
BalasPadamnanti nk cari lah..nk cuba guna :)
Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.
Disclaimer: Unauthorized Use of Photos
All photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.
Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran
Semua foto di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.