Assalamualaikum wbt
Humble post dari daku, nak menghebahkan terbitnya sudah buku fiksyen aku yang kedua.
Life Baggage oleh Syaz Eym!
Asalnya plan nak letak nama buku ni Bagasi Halimunan.
Tapi pihak penerbit cadang agar guna Life Baggage.
Aku ikut je 😉
Tapi Novel ini dalam Bahasa Melayu ya.
Tebal 100++ mukasurat dari Novel pertama dulu (Terkaitnya Kita)
Alhamdulillah ada rezeki untuk merealisasikan lagi impian aku agar adanya novel aku sendiri.
Tak pandai nak buat ayat promosi, macam mana nak cakap supaya ada orang sudi beli ek?
Hihi..
Kalau ada yang sudi, bolehlah Whatsapp penulis (sayalah tu) di 0192984616 atau thru emel pun boleh di syaznirahim@gmail.com
Buku ini adalah dari cerpen-cerpen lalu juga.
Kisah Hatim dan Najah.
Serta 2 cerpen sebagai kisah bonus dalam ni.
Diolah dan disusun menjadi cerjang.
Serius tak sangka akan dapat terbitkan fiksyen cerjang pula.
Syukur.
Mungkin ada yang dah baca dan tahu ending, tapi ada juga yang mahukan cerita-cerita aku disemat dalam bentuk fizikal di rak buku mereka.
😀
Sesungguhnya, pembaca blog ini adalah sumber inspirasiku selain anak-anak, suami dan keluarga.
Ya, memang tujuan aku menulis, yang paling utama agar ada orang yang terhibur, dan seronok baca hasil tulisan fiksyen aku.
It's a dream for me, to be a writer.
Menjadi seorang penglipurlara.
Adakah aku dah berupaya jadi penglipurlara?
Aku tak pandai nak tulis cerita tentang organisasi kehakiman, misteri, mistik, ceritera orang kaya, mak mertua jahat dan garang..huhu.. itu semua ada orang yang lebih padu.
Aku?
Ala..belajar-belajar tulis cerita orang-orang biasa saja.
Dan dari situ rupanya aku 'rasa' sesuatu.
Siapa nak miliki nashkah yang aku print tak banyak ni, bolehlah hubungi ya.
SYaz EYm
Ps: Gambar di cover tu pastinya bukan Hatim yang aku bayangkan 😂
Korang anggap je lah itu gambar watak Shah ye ahahah
Rasa-rasa aku imagine rupa Hatim macam mana?
Wahhhh!!! Beranak lagi rupanya!!! Tahniah syaz 👏👏👏👏 happy for u... mcm nk beranak setiap 4 bulan sekali je ni
BalasPadamHehe terima kasih kakmim. Akan 'beranak' lagi ke tak tu tak pasti lagi, insyaallah kalau ada ilham lagi. Buat masa sekarang ni, rasa kering dah idea 🤭
PadamIdea psl pemblog tu la td.. kembangkan idea kembangkan idea.. haha
Padam🤭 insyaallah manalah tau ada pula ideanya nanti 😊
PadamTahniah..all the best!!
BalasPadamcerjang..hihi..first time dgr..
Cerjang tu main reka je tu, rasanya salah tu ahaha
Padamwow tahniah syaz proaktif berkarya sudah ada karya perseorangan kedua...cerpan/cerita panjang.
BalasPadamCerpan rupanya ye hehehe
PadamTerima kasih kak PI 😊
Tahniah Kak Syaz! 🎇🎇
BalasPadamTerima kasih ema :)
PadamWah! tahniah dah ada yang kedua.
BalasPadamAll the best Syaz.
Terima kasih CP :)
PadamTahniah, rezeki penulis terkait2, ada saja idea barunya yg segar
BalasPadamTerima kasih. Insyaallah selagi ada sambutan..kalau takde sambutan nanti kita duduk diam2 hihi
PadamWow... Kagum 👏👏
BalasPadamTerima kasih :)
Padamterima kasih kak :)
BalasPadamwow tahniah syaz..dah buku kedua rupanya
BalasPadamterima kasih mamapp, kedua dan mungkin terakhir hihi
PadamTahniah... semakin produktif nampaknya!
BalasPadamterima kasih uncle :)
PadamW'salam Syaz..
BalasPadamTahniah sis ucapkan dengan penghasilan buku baru.
In shaa Allah sis beli buku ni nanti tanda support.
Terima kasih juga sis, boleh.. contact saja saya 😊
PadamWah tahniahhhhhhh
BalasPadamterima kasih :)
PadamWahh..tahniah kak syaz kelahiran kedua. Saya share link akak ni dalam terkaitnya kita sekali okay :)
BalasPadamalhamdulillah, terima kasih fizah, nanti dah ada link nya roger ya ;)
Padamwow weeeee tahniah tahniah�������� nk autograf boleh?��
BalasPadaminsyaallah boleh, masa order gtau awal2 hehe.. jadi saya yang akan pos instead of penerbit hihi
Padamkekonon dulu nak juga jd penulis..tapi selalu guna ayat rojak..hahaha lastnya ke blog jela kite menulis..tahniah kak! why sinopsis die dah menarik hati ni..haippp macam kena ada satu je ni
BalasPadamhuhu boleh je nak menulis lagi tu sis ;)
PadamHehe terima kasih kalau rasa menarik ;)
OMG kak Syaz!!! you did it again!! Alhamdulillah!! Tahniah yaaa :)
BalasPadamtahniah kak syaz...
BalasPadamtahniah syazz!!!! walau bukan macam penulis2 lain, tapi syaz juga ada gaya penulisan syaz yang tersendiri tau! jangan rendah diri!
BalasPadamTahniah Syaz !! teruskan menulis selagi masih lg mampu berkarya. hehe
BalasPadamTahniah! Teruskan usaha menulis tanpa jemu.
BalasPadamtahniah
BalasPadamteruslah berkarya
Tahniah atas terbitan buku kedua kak syaz!! Semoga terus ada idea untuk berkarya!!
BalasPadamTahniah syaz! moga terus berkarya ye! shida sokong dr belakang <3
BalasPadamtahniah ye. teruskan berkarya lg.
BalasPadamterima kasih share..
BalasPadambengkung
kurus
persediaan bersalin
kencing manis
Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.
Disclaimer: Unauthorized Use of Photos
All photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.
Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran
Semua foto di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.