Cerita hampir lima tahun lepas ni.
Buat majlis aqiqah Amir di Kota Bharu.
Amir masa ni umur dalam empat bulan lebih rasanya.
AKu pulak baru belajar-belajar nak pakai bawal balik masa ni haha!
Masa ni mak dengan abah tak dapat datang, alang (adik mak) je yang jadi wakil belah famili aku.
Datang berdua dengan suami dia.
Alhamdulillah ada jugak famili aku kan hehe..
Amir masa ni, duduk pun belum boleh lagi, tapi saiz dia besar.
Dia keluar pun dah 3.93kg.
Anak ibu kencing manis la katakan.
Double chin daku itu..waduh!
Rumah mertua aku ni jenis rumah bertiang, jadi kerusi meja untuk kenduri semua letak bawah rumah je masa ni. Aku dengan amir kejap naik, kejap turun.
Kalau duduk je bawah lama-lama, amir letih.
Menangis dia agaknya sakit ketiak dia asyik kena pegang kan.
Bila duduk atas pulak, tetamu ada yang malas nak naik sebab rumah tinggi.
Jadi redha sajalah turun naik wuwwu..
Masa ni buat sekali je majlis dengan anak adik bongsu zaimi.
Kebetulan diorang lahir tahun yang sama kan, jarak dalam beberapa bulan je.
Apa lagi, empat ekor lerr kambing masa ni!
Ha makanlah kau!
Hahah..
Tengoklah aku, memang tak setanding dengan biras aku yang letops tu.
Dia punyalah lawa, aku siap pakai selipar warna hijau florescent kah kah!
Memang tak mungkinlah dapat lawan birasku itu.
Sudahlah cantik, lemah lembut, putih melepak, kerja nurse pulak..
Berhuhuhuhu lah aku di tepi bucu katil mengenang diri yang dipanggil makcik oleh famili dia tu kekeke..
Refer entry ini.
Ok back to story.
Ala geram pulak tengok amir masa ni.
Amir ni memang manja sikit.
Dia taknak langsung dengan orang lain kadang-kadang.
Dan dia gelap sikit dari adam.
Pernah tau, ada orang cakap terang-terang depan muka aku,
"amir ni tak comel sangat kan macam abang dia"
Kau rasa?
Selambaaaa lahar anak aku, haih apa punya mulut entahlah.
Gambar 1 famili wajiblah ada kan.
Masa ni masih berempat.
Ha tengok amir, dah nak menangis dah masa ni.
Takut sangat lah kalau aku nak jauh sikit hahaha
Budak debab emak!
Memang selalu rasa nak gigit-gigit je dia masa ni!
Bergambar bersama kambing amir yang dah pun jadi lauk.
Sebabnya, tempat yang jual kambing tu, terus hantar kambing 4 ekor tu ke catering.
Catering masak terus.
Menjelang petang, amir dah tak tahan dah.
Memang mengamuk nak tidur.
Makanya duduk je lah atas rumah.
Adam masa ni memang tak lepas nyonyot puting.
Sampai aku panggil dia panglima puting haha!
Ke mana-mana mesti kena bawak puting.
Kalau simpan dalam bilik pun, dia akan pergi ambik sendiri puting tu.
Punyalah nak lepas gian dia kan!
Lepas asar, dah dekat maghrib jugak baru kenduri aqiqah selesai.
Sejak kahwin dengan zaimi, baru aku tau, budaya kenduri kat Kelantan ni, kemuncak dia selepas zuhur dan berlanjutan sampai ke maghrib.
Kalau famili aku, selalu majlis akan mula dalam pukul 11 pagi, pukul 4 petang selalu dah tamat.
Kat sini, pukul 4 tu masih ramai yang masih datang.
Lepas dah dapat masuk bilik, apa lagi, tergolek boleng lah budak dua ketul ni hahaha
Adam pulak lepas gianlah main tablet, sejak pagi aku sorok je tablet tu.
Kalau tak, nanti dia bawak merata.
Lagipun tengah kenduri, takkan nak main tablet kan..
Itulah saja sesi throwback minggu ini.
Terima kasih sudi baca 💓
bila takde cerita semasa..cerita lempar belakang pun jadi la kann
BalasPadamhehe betul tu MY
Padamdouble chin tu dah mmg takboleh nak buat apa dah .. huhuhuhu
BalasPadammarilah berhuhuhu
PadamSama la kita, suami orang Kelantan. Semangat Amir ye, kuar je dah 3.9 kg. Bila anak dah besar, rindu time dia orang besar macam ni. :)
BalasPadamhehe..aah dia besar masa keluar dulu, sampai sekarang sakit pinggang sebab dari dalam perut dia berat ahaha
PadamBila ingat semula, rindu zaman mereka kecik kecik. kejap membesar :)
BalasPadampejam celik tiba2 dah besar..rindu :(
PadamIni cerita lempar belakang ye Syaz.. somel Amir..
BalasPadamaah kak sha, cerita masa dia aqiqah dulu :)
Padamassalammualaikum..hi syazni...apa khabar?
BalasPadamlamanya xsingh blog kengkawan alam maya ni..bnyk btul yg da brubah..heeee
wsalam yaya :)
PadamTerima kasih singgah harini. Nanti singgahlah lagi :D
Cantiknya tuan blog..comey jew kn
BalasPadamcantiknya *biras tuan blog kot? hehe.. ya dia memang comel :)
PadamFlashback... memang indah untuk dikenang. Mujurlah banyak gambar boleh direnung kembali.
BalasPadamalhamdulillah nasib baik ada gambar2 yang disimpan :)
PadamAlaaa..comel dedua ^_^
BalasPadam:D
Padamtiba2 teringat blogger Amir Zahari, sama nama dorg hehe
BalasPadamme too ada double chin xD
Ada eh blogger nama Amir Zahari? Alamak kena carik blog dia ni hehe
PadamBesarnya amir keluar ms lahir dh nk 4 kilo!! Tp mmg dia nmpk 'pnjg' walaupun br 4 bln time tu
BalasPadamAah kakmim, sekarang dah sama tinggi dengan kawan2.. tak tinggi terlebih pun hehe.. masa baby je
PadamCik TK pun kalau ambil gambar mesti nampak juga double chin.. huhuhuuu
BalasPadamHahaha geng!
Padamsalam nak tau . kalau akikah skli wajib 4 ekor kambing ye ?
BalasPadamWaalaikumusalam, ya sebab setiap seorang anak lelaki 2 ekor kambing untuk dirinya, dan masa ni walau nak buat sekali, kambing masing-masing 😁
PadamSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.
Disclaimer: Unauthorized Use of Photos
All photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.
Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran
Semua foto di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.