Terima kasih semua yang doa yang baik baik tentang aku dan anxiety attack tu.
Selalu juga kena, tapi kali ni agak dasyat.
Jadi memang tak dapat bersambil sambil dengan blog ni, terutama untuk blogwalking.
Ada kerja yang kena diberi commitment padu sikit.
Hehe..
Will be back soon.
Terimalah entry yang dah taip awal
(supposed to autopublish)
See you soon 😘
++++++
Terjumpa gambar yang hampir 8 tahun dah usianya ni.
Masa ni tengah mengandungkan adam.
Kira pertama kalilah mengandung masa ni.
Sebenarnya masa ni waktu kami berdua balik kampung zaimi di Kota Bharu, tapi agaknya mak mertua pun saja ajak jalan-jalan, maka kami pun pergilah ke Terengganu.
Aku dengan zaimi memang tak tolak lah, kami memang suka sangat dengan Terengganu ni, maklumlah dulu belajar kat sana, di UMT.
Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula tempat jatuh cinta
Ahahaha!
Dah sampai KT, mestilah nak lepak-lepak dekat Masjid Kristal kan.
Posing la sekeping dua.
MIL sampai kena berdiri atas batas tu sebab nak bagi sama tinggi 😂
Kelakar pulak bila ingat-ingat balik..
Singgah juga ke Pasar Payang masa ni, bawak MIL shopping.
Aku pun bukan main jugak shopping masa ni, banyaknya beli baju.
Cuci-cuci mata.
Masa ni tak ada anak lagi kan, banyaklah barang boleh pegang sana pegang sini.
Cuba sekarang?
Hahahahha barang apa ada kat tepi pun tak perasan dah.
Mata kat anak je.
Tak berani nak lepa.
Adik bongsu zaimi pun ikut sekali masa ni.
Inilah adik dia yang nak kahwin dalam entry aku buka aib tu haha!
Mengah betul dah masa ni.
Kalau ikutkan tarikh, masa ni tengah pregnant 7 bulan.
Tapi nak katanya sebab first time kan, perut tak besar sangat.
Masa mengandung kedua dan ketiga, haa masa tu nak melangkah pun dah tak larat masa 7 bulan weh!
My favorite photo of the day hehe
Diambil oleh Zaha, adik zaimi tu.
Muka dah start kembang dah masa ni, terutama bahagian hidung.
Kembang yang tak boleh bawak bincang hahaha!
Tengok gambar pregnant ni, adalah timbul rasa nak pregnant lagi.
Tapi mengenangkan kencing manis nak kena cucuk-cucuk insulin, nak kena czer sebab dah dua kali czer, maka dah tak boleh kalau nak VBAC lah doktor bagitau.
Dan yang paling utama, sebab dah selesa dah dengan bilangan ahli keluarga yang ada.
Rasa macam dah ideal.
Dah syukur alhamdulillah 😘
Dan sebenarnya dah malas nak berjaga malam bangun buat susu, nak pergi jalan bawak beg itu ini..
Hehe..
Semua tu tinggal kenangan yang indah, sekarang nak fokus pada membesarkan dan mendidik.
Moga Allah permudahkan urusan kami.
Tengok gambar MIL ni, rindu pulak kat dia.
MIL aku alhamdulillah sihat lagi 🤗
Insyaallah nanti kita jumpa ye ma 🤗
Dah lama tak ke KT.
BalasPadamTake care ye Syaz.
May Allah ease everything for you.
terima kasih atas doa, semoga Allah membalas CP dengan segala kebaikan :)
Padamlama juga dah xke sana
BalasPadamKT best kan kak PI ;)
PadamKak pun ikut sama throwback.
BalasPadamMacam sama flow dengan Syaz ni masa bunting pelamin anak first. Balik KT pergi masjid Crystal dan tempat2 lain tu hehehe.
Kak pernah kena severe panic anxiety attack ni masa mengandung anak ketiga dulu tengah banyak dugaan masa tu, sampai tengok bangunan University makin dekat suami Kak dah nak hantar Kak mohon patah balik rumah. Rasa nak throw up sangat tak tau mana satu nak buat.
Sampai belum bersalin pun dah terus sangat pre and postnatal depression.
Takes years to recover.
Sekarang mula hidup baru. Look forward to tomorrow not regret of the past sebab tak boleh buat apa2.
Take care dear.
faham faham.. bila kena serang tu, rasa macam kena himpit dengan satu makhluk ghaib kan kak, ini pun tangan masih gigil2, dan berdebar masih ada lagi.. sakit yang tak nampak dengan mata kasar ni kadang2 lagi susah nak handle huhu
PadamKak Syaz, keep being strong ok, hopefully the anxiety will end soon :(
BalasPadaminsyaallah, sedang cuba mengawalnya hehehe
PadamBanyak kenangan masa pregnant kan. Kalo 5 anak, 5 lah kenangan. Akk teringin nak tulis kenangan masa akk ngandung dulu, manalah tau boleh sharing something yg boleh jadi manfaat.
BalasPadamMoga syaz diberi kesembuhan dan dipermudahkan urusan oleh Allah ye, mudah2an apa saja yg terjadi tu membuatkan syaz lebih kuat dan tabah mengharungi hari2 mendatang.
tulis kak tulis! saya pun ada cerita kat blog ni, tapi dah lama2 dah entry tu.. tiga orang, pengalaman dan kenangan dia semua berbeza hehe..
PadamAminn kak, terima kasih atas doanya, semoga Allah membalas kebaikan yang berlipat ganda buat akak, sudi doakan saya :)
bila agaknya boleh rentas ganu ni.. FIL nk ke sana jumpa abangnya. nina dgn hubby nk jumpa kwn study. haha
BalasPadamboleh berangan jelahkan.. pasar payang ni dlm list, sah2 penuh bonet dgn brg.
alhamdulillah rezeki 3 anak, dh boleh fokus besarkan anak2. take care syaz
kalau ke sana, cuba juga makanan2 nya, makanan terengganu sedap2 ;)
Padamrindu ngandung lagi ke syaz heheheh
BalasPadamrindu yang akan dibiar sekadar rindu hahaha
PadamPasar Payang tu wajib kan?
BalasPadamhahaha betul, panas berbahang macam mana pun dalam tu, tetapppp pergi
Padamlama x ke Ganu
BalasPadambesttt jln2 ni kan, last ke sini 2015 kot
lama tu, kena repeat tu hehe
PadamMoga dipermudahkan segala urusan.. Lama betul tak pergi ke pantai Timur
BalasPadamhihi..akak ni berjodoh dengan orang pantai timur, kena la pergi selalu hahaha
PadamSemoga dipermudahkan segala urusan... Amin.. Amin... best kan oregnant.. hehe.. sy belum ada rezeki lagi...
BalasPadaminsyaallah, rezeki non dah hampir tu, insyaallah ;)
PadamAlhamdulillah syukurlah sebab dah setel kan urusan yg menyebabkan panick attact tu kn? bila tgk gambar pregnant mmg terasa nk pregnant kan? tp dh selesa dh dgn life skrg... nnt ada baby kena berkejar ke taska pulak pagi² blom lg nk pumping.. hahahaha
BalasPadambestnya shopping di pasar payang... rambang mata... hahaha
betul, kenangan pregnant tu indah, tapi macam tak sanggup nak repeat huhuhu
Padamboleh lg, Ayu nak adik...hehe..KT mmg best..Pasar Payang lama dlm kenangan..
BalasPadamayu, nanti main dengan adik jiran ye kalau nak adik hahahaha
PadamNak sanagt pi explore Ganu...nanti la one fine day...
BalasPadampergilah SA, explore dari kemaman, naik sampai setiu ;)
Padamtepat sekali kak diana, tepat sekali hahaha.. fokus membesarkan je la hehe
BalasPadamSuka juga pergi Terengganu.. Tak tahu kenapa tapi Terengganu memang dekat di hati..
BalasPadamSama, saya pun 😁
PadamBila kenang balik kenangan tu memang indah untuk di ingati. Terengganu banyak tempat best. Tapi itulah setahun sekali pun belum tentu pergi sana. Jauh nau pulak rasa. Semoga Allah berikan pengalaman mengandung juga buat saya. Aaminnn
BalasPadamNanti ada rezeki, boleh fiza jalan2 ke Terengganu. Akak doakan semoga fizah dikurniakan rezeki menjalani proses kehamilan dan dikurniakan anak2 yang soleh dan solehah, insyaallah, anak akan tiba pada waktu yang benar sesuai, ketika kita benar2 bersedia, dan bila kita benar2 bersedia itu, hanya Allah yang tahu ;)
PadamBelum lagi pernah nk jalan2 KT dengan suami..harap satu hari dapat juga merasa mcm syaz..tgh sarat jalan2 KT..bestnyeeeeee ^_^
BalasPadamInsyaallah amiinnn, moga impian shida segera jadi kenyataan 😉
PadamSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.
Disclaimer: Unauthorized Use of Photos
All photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.
Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran
Semua foto di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.