Sabtu 12 Disember lepas, Amir ada 'quick convocation'.
Majlis Takreem.
Majlis yang diadakan oleh pihak tadika dia, tapi memang penuh SOP!
Syukur sangat sebab ada juga kenangan untuk anak-anak.
Terima kasih diucapkan pada semua cikgu dan pihak tadika sebab berusaha menjayakan majlis ni untuk anak-anak kami.
Amir memang seronok sangat, walaupun majlis secara 'sehala' hehe!
Masuk ikut pintu tepi, terima anugerah, bergambar dalam masa 5 minit, lepas tu keluar ikut pintu sebelah backdrop tu..hee..
Sempatlah ambil beberapa keping gambar bersama untuk kenangan.
Tapi kan, amir sorang je yang mak dia tetiba terskema pulak dalam baju anak!
Hahaha teringat balik nak gelak pun ada.
Cikgu kata, pakaian budak lelaki adalah baju melayu bersama songok / kopiah.
Jadi dengan penuh lurus dan bendul, aku pun gosokkan baju melayu sekolah petang dia, pakaikan kopiah.
Anak orang lain siap bersamping, berbulu burung dan berdokoh di songkok!
Ya rabbi..apalah punya sempoi Amir bertakreem haa..
hahaha!
Mungkin sebab aku kalut kemas beg nak balik kampung petang tu.
Dah selesai semua, baru sedar.
Keh keh keh..
Dengan owner dan pengetua.
Dengan adam dan ayu.
Ayu tu sebenarnya takut takut tu hahaha
Banyak juga yang dibawa balik dari majlis tu.
Macam dalam gambar kat bawah ni.
Termasuk 3 bungkus makanan, nasi lemak dan bihun goreng!
Dapat 2 anugerah cemerlang, sesi pagi cemerlang bahasa, sesi petang cemerlang hafazan hehehe..
Hopefully amir terus cemerlang ya nak..
Satu satunya anak yang ikut muka aku ahahaha
tahniah amir...
BalasPadamTerima kasih 😉
PadamSyukur Alhamdulillah ada juga kenangan.
BalasPadamAyu ada juga mirip Syaz.
Ada mirip ye? Hihihi
PadamComelnyaa convocation drive thru
BalasPadamHehe ringkas dan padat 😊
Padamalhamdulillah dapat juga konvo kan dalam suasana yang berbeza , tak pe syaz janji ada gambar konvo okay dah buat kenangan anak-anak :)
BalasPadamItulah, ada juga kenangan buat amir habiskan tadika untuk tahun ni
PadamMemang pantas majlis tu, alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Tahniah anak soleh Amir dan konvo :)
BalasPadamMemang sangat pantas hehehe
Padamtahniah amir !! nanti pgg degree pula tau in future ::)
BalasPadamAmiinn insyaallah doakan ya atie 😉
Padambiar pun kejap je janji ada kenangan kan...
BalasPadamBetul tu kak dana 😉
Padamoklah tu pakai kopiah ustaz cilik ni..hensem!
BalasPadam😆😆
Padamhahaha... tergelak plak dgn maknya yg skema... sian Amir.. tp xpe lah at least ada kenangan utk dia... skrg ni mmg ramai yg buat ala drive through mcm ni
BalasPadamTu la, ringkas je rupa paras amir haa 😂
PadamWah tahniah! Gambar dalam frame tu kacak!
BalasPadam😆😆
PadamTahniah Amir
BalasPadamTerima kasih wak 😊
PadamTahniah Amir. Semoga terus cemerlang. Syukur juga ada quick convocation. At least ada kenangan daripada habis macam tu je. Bila sibuk, memang faham kekalutan tu. Hihi
BalasPadamHaha itulah! Terima kaaoh fiza 😊
Padamtakpe, pakai simple pun amir tetap hensem..kan amir kannnnnnnn
BalasPadamtahniah atas kecemerlangan..moga terus sukses ya amir!
hihihi terima kasih aunty!
Padamtshnish amir.. cantik la deco utk photoshoot tu
BalasPadamPandai pihak sekolah deco kan 😘
PadamTahniah Amir, walaupun singkat namun tetap seronok..
BalasPadamTerima kaaoh, betul tu alhamdulillah
PadamAlaaa syaz! spoil la facemask kat leher..wane hitam plak tu hahahaa ^_^
BalasPadamHaha tu la! Sebab terlalu pantas sampai tak sedar perkara tu 😂
Padamnorma baru semua kena patuh sop. tahniah ye :)
BalasPadamTerima kasih 😁
PadamTahniah amir!! Walaupun sekejap, ada juga la kenangan kan
BalasPadamsetuju, ada juga moment untuk dikenang :D
PadamSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.
Disclaimer: Unauthorized Use of Photos
All photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.
Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran
Semua foto di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.