Rumah orang lain, dah lama dah ada TV 4K UHD atau Smart TV.
Rumah aku memang pakai TV yang abah bagi, umur TV tu pun dah dekat 20 tahun 😂
Sorry Amerul Affendi sebab jadi model dalam TV tu haha (ini je gambar TV lama tu yang senonoh)
Nak beli TV baru pun, TV abah bagi tu elok sangat sangat lagi.
Tapi lama kelamaan, ada lah jugak timbul keinginan.
Ada sekali tu kami pergilah kedai Thye Hin dekat area Jakel Senawang tu, saja nak tengok-tengok harga TV.
Masa tu telan air liur je lah, nak TV yang menepati selera, yang boleh play youtube semua bagai tu, masa tu telan air liur jugaklah.
Kebetulan kami ni kedekut sikit, rasa tak sampai hati pada diri sendiri kalau nak korek duit simpanan untuk contigency tu 😂
Jadi, angan-angan nak ada smart TV kami biarkan berkubur.
Dan kami pun menabunglah untuk TV tu dulu 😂
Sampailah tahun ni, channel Astro dah mula ada cerita yang kualiti dia 4KUHD.
Ala cerita-cerita yang dah pernah tengok dah pun.
Tapi jadi geram, sebab tak boleh play!
Geram oh!
Hahaha!
Jadi disebabkan tak dapat tahan godaan syaitan yang melampau, kami pun checklah tabung.
Adalah sejumlah duit.
Petang tu jugak terus pergi Thye Hin tu balik setelah 2 tahun!
Hahaha
Pilih punya pilih, last-last adalah yang berkenan di hati.
Yang paling penting kena dengan budget, dan saiz yang puas hati.
😁
Kitorang pun belum ada 4K UHD. Smart TV tengok internet pun belum tapi pernah pakai. Haha pulun tengok ya.
BalasPadamHaha baik akan carik masa tengok tv 😂
PadamAlhamdulillah. Syukur. Manis dan nikmat. Puas hati.
BalasPadamBetul.. manis sangat 🤗
PadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
Padamrasa best kan dapat beli barang idaman selepas menabung..satu pencapaian..
BalasPadamada erkk 4K UHD..baru tau..hehe..
Aah kak, kalau zaimi tak bgtau, saya pun tak tau 😂
PadamWahhh.. selamat tengok tv baru
BalasPadamHihi terima kasih 🤗
PadamWah tak oernah ambik tahu spec pasal tv, tv pun jarang terpasang klau ada tamu jer baru on....hehehe
BalasPadamHihi saya kalau rumah kena on tv, tak sunyi sangat hihi
PadamCP pun pakai tv biasa je :)
BalasPadamTV biasa pun takpe, yang penting cerita best hahaha
PadamAlhamdulillah..satu kejayaan dan kepuasan tak ternilai untuk diri sendiri kan. Sangat bermakna. Pasni mungkin akan lebih rajin tengok TV kak. hihi :)
BalasPadamHihi nak feel tengok tv tu kena tunggu budak2 tidur, kalau tak memang tak rajin nak tengok 😂
PadamAlhamdulillah. Best kn dapat beli barang yang diidamkan. Sekali sekala reward diri
BalasPadamAlhamdulillah, sekali sekala 😁
PadamPuas hati lepas dah lama menabung dapat benda yang lama terpedam nak.
BalasPadamHehe betul tu TK, lepas ni tunggu lagi 10 tahun baru beli tv haha
PadamApa salahnya reward pada diri sendiri. Nak tunggu dpt reward dari org lain entah bila..hehe
BalasPadamBetul jugak tu kak, cabutan bertuah pun jarang mengena 😂
PadamPuas hati dapat beli tv baru yang memenuhi kehendak hati. Haha Tv Kak Feni pun installment tak habis bayar lagi.
BalasPadamHehehe 😆
Padamhaha akak pulak dh bertahun tak tgk tv...sejak bertukar ke siaan digital suami langsung malas nak setting apa2...
BalasPadamAah kak, nak harap saya pun tak reti langsung nak setting 😂
PadamAlhamdulillah. Tahniah dapat beli tv idaman hati :)
BalasPadamHehe alhamdulillah
PadamYes! Smart TV akhirnya!
BalasPadamAkhirnya boleh cucuk pendrive kat tv 😂
Padamsronok ank2 dpt tv baru tu..tkpe dh 20thn dpt tv baru hasil tabungan sure happy smua tu
BalasPadamAnak2 memang terpaling happy 😂
Padamwah beli tv baru kak dh lama xpeduli tv
BalasPadamHihi sama macam mak saya kak, pasang je kadang2 dia tak pandang pun tv tu 😂
Padamabe kie dah setahun guna TV 4K ni. Tp bknnya mengadap TV sokmo. Cuma paling best tengok netflix movie yg support 4K! Mcm tgok di panggung wayang la!
BalasPadamBetul2, tengok movie feel sikit 😉
PadamApalagi.. weekend ni karok la main lagu karok kt youtube... hehehe
BalasPadamBuku dh sampai tau! thanks so much!! :)
Karok selalu depan pc 🤭
PadamSelamat membaca kakmim, maaf kekurangan, semoga terhibur 😁
Masih setia dengan tv lama. Lagipun jarang-jarang sangat dapat pegang remote tv.
BalasPadamPart jarang dapat pegang remote tv tu i can feel u sis 😂
PadamTahniah
BalasPadamAnak2lah yang terlebih excited
Semestinya 😁
PadamAlhamdulillah, berkat menabung. Anak-anak pun seronok kan. Tahniah Syaz
BalasPadamHihi alhamdulillah 😉
Padamwaaaa best tv baru... alah macam akak jugak jenis kedekut nak membeli barang rumah selagi yang ada tau masih elok... sebab kadang bukan keperluan sangat
BalasPadamSep kak dana 😘
Padamalhamdulillah...sama la kita ada TV baru..hahahahha
BalasPadamYeay jom tengok tv 😘
Padammacam2 jenis tv sekarang ni. kalau masuk kedai pening nak memilih tapi canggih pun, asal boleh tengok cite kat tv sudah..haha
BalasPadambetul tu, yang penting ada siaran ihihi
Padamtahniah!
BalasPadamaida baru settle menabung baru.
abis da pecah segala tabung utk rumah ni, syaz.
2021 adalah tahun menabung.
janji dah x nak beli pape hu hu hu hu...
yes azam tu penting, saya selalu tak dapat kawal bab janji tu hahaha
PadamAlhamdulillah. Wahh bestnya dia dapat tv baru. Semoga terus dilimpahkan rezeki..
BalasPadamaminn aminn saya doakan yang sama untuk faizza jugak :D
Padamfinally dpt apa yg nak kan..tapi kak syaz selamat tgk cartoon la ye... dua hero ngn satu heroin ni..susah nak menang hahah
BalasPadambetul laa ahahahaha..kalah sokmo !
PadamWah bestnya tv baru.. sekali sekala reward diri sendiri..
BalasPadamCik TK masih pakai tv lama lagi... belum lagi pakai smart tv tapi boleh cucuk pendrive. Bukan jenis kedekut tapi jenis yang selagi boleh pakai tu pakai. Bila perlu baru beli baru.
betul tu cik TK, sayang rasanya nak guna duit yang dah kumpul2 kan. Tapi kali ni kami tewas! ahahah
Padamaah, memang tengok blippi je kerjanya kalau bukak youtube dengan tv ni hahaha
BalasPadambetul syaz..puas hati kan :)
BalasPadamshida pun tgh menabung nk beli tv juga..
tv ni pun mcm krik krik je kkdg tu hahaha
lagi guna indoor signal ^_^
hihih semoga cepat tabung shida penuh..yeay!
PadamSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.
Disclaimer: Unauthorized Use of Photos
All photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.
Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran
Semua foto di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.