Assalamualaikum semua, salam Jumaat!
Ada benda nak cakap, tapi malu.
Ehem!
Alhamdulillah, akhirnya setelah lebih dua puluh tahun memendam impian untuk menerbitkan buku sendiri, akhirnya pada tahun 2020 yang sungguh aneh ini, aku boleh tick ✅ pada salah satu wishlist aku; iaitu menerbitkan buku fiksyen aku sendiri.
Serius, rasa macam tak percaya pun ada.
Akhirnya ada syarikat penerbitan yang boleh jadi pemudahcara dalam perkara ini.
Jadi, setelah menambahbaik cerpen-cerpen yang saling berkait yang pernah aku siarkan di blog ini sehingga menjadi satu manuskrip, aku pun mencuba nasib.
Dan inilah.
Aku telah pun membukukan fiksyen aku.
Err.. entahlah siapa lelaki tu, gambar dari penerbit haha!
Terima kasih yang tak terhingga kepada kawan-kawan blogger yang selalu komen dan memberi galakkan supaya aku 'bawa' fiksyen-fiksyen aku tu ke 'tengah'.
Maka terterbitlah Mini Novel aku yang pertama yang ada ISBN 😂
*nangis happy!
Macam-macam perasaan ada.
Walau bukan dengan syarikat penerbitan yang gah, yang popular, tapi tak apalah, bersyukur sangat dah dengan peluang yang diberi ini.
Design cover tu aku cuma bagi bayangan je, tapi semua syarikat yang uruskan.
Dia tanya, ada apa-apa request ke untuk cover?
Mula-mula nak cakap, nak letak gambar Shahir AF.
Tapi macam melampau pulak kan ahaha!
Jadi cakap nak gambar lelaki, background cerah. Selebihnya saya serahkan pada penerbit.
Maka itulah hasilnya.
Aku terima 😊
Malu dan risau juga, cetakan pertama ni susah nak jual.
Jadi, sebelum iklankan di blog ini, aku iklankan di facebook dulu beberapa hari lepas.
Niat dalam hati, asal ada sikit buyer pun dah bagus 😂
Tapi!
Belum sempat untuk aku iklankan di blog ini, first batch Mini Novel Terkaitnya Kita tu dah habis.
Terharu sangat dengan sokongan kawan-kawan!
Rata-rata memang tahu yang aku suka menulis dari dulu.
Haha
Buat masa ni, buku ni tak jual kot di kedai-kedai buku besar.
Huhu..
Tapi, kalau sesiapa yang nak beli, nak support diriku ini (malu ni), boleh beli direct dengan aku ya!
Harga RM20 exc pos.
Eh tadi cakap dah habis?
Ya first batch habis dah kawan-kawan booked, tapi untuk seterusnya dia akan print on demand.
Ada order, ada cetak 😊
Poster ni pun penerbit yang buatkan tau.
Bagus lah penerbit ni hehe..
Kot ada yang berminat nak beli Mini Novel ku ini, boleh la perkenalkan diri lepas klik:
Ada ke yang nak beli?
😅
Jadi, cetakan Mini Novel ni yang pertama, semestinya untuk orang paling special!
Aku belikan untuk emak aku lah 💓
Dah sampai dah tadi kat dia.
Hee..
Harapan?
Aku berharap sangat penulisan pertama dari insan yang memang baru bertatih belajar menulis ini diterima oleh pembaca.
Adakah akan ada lagi Mini Novel, atau Novel dari aku?
Entahlah..bergantung kepada penerimaan yang pertama ni, juga ilham dari Allah 😘
Sekali lagi terima kasih semua atas sokongan dan galakkan 😁
Kalau nak beli: wasap.my/60192984616/Nak_beli_terkaitnyaKita
Kalau tak, doakan pun alhamdulillah 😀
Terima kasih semua!
Updated 25/11/2020: ISBN buku ini
Menjawab soalan: Boleh request resit kalau beli 😊
Alhamdulillahhhh... Mmg sgt berbakat & ia patut diterbitkan. Tanda sokongan & sbb tulisan Syazni mmg best, kita pun nak order tau
BalasPadamTerima kasih sebab selalu sokong kite :)
PadamBoleh2, nanti klik je kat link tu, terus ke nombor whatsapp kite :D
Tahniah.
BalasPadamterima kasih Pak Idrus :)
PadamWah, tahniah Syaz. Semoga terus sukses dalam penulisan ini...
BalasPadamterima kasih zumal, amin amin aminnn
PadamTahniah Syaz. Keep it up. !
BalasPadamterima kasih zhi :)
PadamWahhh.. Tahniah kakk.. All the best....
BalasPadamterima kasih cuya, jom beli 1 :P
PadamOh!Ya tercapai hasrat dalam buku fizikal pula.
BalasPadamTahniah.
terima kasih Na, saja nak buat kenangan pun ya jugak hihi
PadamAlhamdulillah..tahniah!! cantik nama pena..Syaz Eym..
BalasPadamalhamdulillah terima kasih kak nohas ;)
PadamSyukur Ahamdulillah..Tahniah tau Syaz
BalasPadamterima kasih NN :D
PadamAlhamdulillah. Happy for you kak!
BalasPadamTahniah..semoga laris jualan dan teruskan karya akak okay.
Amin amin ya rabbal alamin 😊
PadamAkk nak beli juga lah. Nnt akk email ye.
BalasPadamBoleh kak 😊 nanti akak wasap saya seperti nombor atas pun boleh kak.
PadamTerima kasih, semoga dimurahkan rezeki 😊
MasyaAllah.Syabas.Mungkin ini langkah baru menyambung langkah-langkah sebelum ini.Moha terus cemerlang dalam lapangan penulisan ya.
BalasPadamAlhamdulillah terima kasih PC 😊
PadamTerima kasih atas doa dan dorongan ❤️
Tahniah Syaz... semoga kutipan novel ini akan mencanak2 spt novel penulis yg dah established. Good luck!
BalasPadamSaya aminnkan dulu.. hehe..
PadamSemoga orang yang baca, suka. Itu je harapan saya sekarang 😊
Terima kasih kak diana ❤️❤️
BalasPadamWah..tahniah2, selamat maju jaya, boleh jadi inspirasi kepada rakan blogger lain.
BalasPadamTerima kasih 😊
BalasPadamDah nampak teasernya kat story.... Tompang bangga!
BalasPadamterima kasih uncle!
PadamWow...tahniah Syaz..proud of you...
BalasPadamterima kasih SA< saya tunggu novel seram SA pulak :)
PadamTahniah, Syazni! Akak tumpang gembira. :) Semoga mendapat sambutan, hingga kena ulang cetak beribu-ribu kali. Aminnn...
BalasPadamterima kasih untuk doa, bestnya kalau dapat sambutan haha.. takut juga nak berangan lebih2, harapan semoga ada yang sudi baca je :)
PadamMasyaAllah, tahniah Syaz, all the best ya.
BalasPadamterima kasih sis, amiinn :)
Padamtahniah.
BalasPadamimpian menjadi kenyataan ye :)
moga terus sukses ye.
bila sulung dah keluar, adik-adik bakal menyusul, good luck :)
terima kasih!
PadamAminn amiinn aminn!!
Kalau ada sambutan, boleh keluarkan adik2 dia hehe
tahniah =)
BalasPadamterima kasih mizi :)
Padamtahniahhhhh syaz
BalasPadamtumpangg gembira
dpt capai impian
alhamdulillah, terima kasih :D
PadamTahniah
BalasPadamTeruslah berkarya
Semoga menjadi penulis tersohor suatu masa nanti.
terima kasih, aminn untuk doa wak itu :)
PadamTahniah dah ada buku sendiri. Kena giat promotelah lepas ni.
BalasPadaminsyaallah, terima kasih. nak promote tu tak berapa nak pandai hehe
Padamtahniah dan saya tumpang gembira kerana ada rakan blogger ada bakat menjadi penulis.
BalasPadammana tahu buku ini menjadi best seller dan viral di Malaysia...aamiin
terima kasih atas kata-kata semangat, aminn..mana tahu masin mulut mrhanafi :)
PadamTahniah syaz!!!! Happy for u... nak lah 1.. nnt kakmim tlg promote kt fb ye
BalasPadamterima kasih kakmim! Terima kasih kerana berminat dan nak tolong promote ;)
Padamsangat hargainya, semoga murah rezeki kak mim :D
tahniah..alhamdulillah,..akak tumpang berbangga dgn kejayaan awak sis
BalasPadamTerima kasih kak ❤️❤️
PadamTahniah Syaz...InsyaAllah nak beli juga tanda sokongan dan nak komen..hehee
BalasPadamAlhamdulillah terima kasih sis, boleh pm saya terus dengan klik link di entry 😁
Padamtahniah kak syaz semoga terus sukses dalam bidang penulisan :)
BalasPadamTerima kasih, aminn!
PadamTahniah Syaz. KakYa tumpang happy dengan kejayaan awak. Moga awak terus berkarya sampai bila2.. KakYa doakan awak terus melangkah lebih jauh. Aamin2 ya Mujib.
BalasPadamterima kasih kak ya, aminn ya rabbal alaminn :)
Padamtumpang bangga syaz..walaupun baru kenal syaz ni..moga terus suksess tau.
BalasPadamterima kasih, aminn.. semoga saya terus semangat untuk menulis :)
PadamAlhamdulillah. Tahniah. Hebat Syaz. Keep it up.
BalasPadamtak hebat mana pun, amatur.. terima kasih ajwa :)
PadamTAHNIAH SYAZ AKHIRNYA TERCAPAI IMPIAN SBG PENULIS...MOGA TERUS SUKSES..SAMA CITER KITA KAK TERTEKAN NO PENERBIT ALHAMDULILLAH RUPANYA REZEKI NAK DAPAT TERBITKAN NOVEL KEDUA DALAM MUSIM COVID
BalasPadamsaja cuba2 je kak PI, nasib baik penerbit layan..hehe
PadamTahniah untuk kak PI jugak ;)
Kak syaz! nak... nanti atie email kak syaz k
BalasPadamalhamdulillah, tenkiu atie sebab support, nanti email lah ya :)
Padamwow.. congratulation!!
BalasPadamthank you LL :)
Padamtahniah syaz.. sebelum ni tak pernah baca cerpen yang syaz tulis lagi..
BalasPadamAda di side bar kalau nak try baca hehe
PadamTahniah Syaz! Ya Allah tak sangka syaz dapat terbit novel jua..walau mini ok dah tu :) shida doakan yg terbaik sepnjg syaz berkarya..ya! Boleh shdia dapat kan satu juga..teringin nk baca novel..sebab edisi baca membaca ni shida dah berpuluh tahun lamanya ditinggalkan amalan ni ^_^
BalasPadamTerima kasih shida, terima kasih atas doanya 😘
PadamShida boleh emel atau whatsapp kite 😁
Wahh tahniah dah ada buku fizikal!! Semoga terus sukses dalam bidang penulisan!!
BalasPadamTerima kasih cikTK, amin ya rabbal alamin ❤️🤗
Padamalhamdulillah...tahniahhhh! proud of you!!! nak order!! nanti kita wassap tau!
BalasPadamAlhamdulillah terima kasih sunah, terima kasih sebab support ❤️❤️❤️❤️❤️
PadamAlhamdulillah.. Alhamdulillah..
BalasPadamTahniah Syaz.. semoga mini novel @ novel pula lepas ini.. Aamiin..
Terima kasih, aminn aminn aminn
Padamassalammualaikum
BalasPadamAlhamdulillh. .semoga dgn kejayaan pertama ni akan bawa Syaz ke peringkat seterusnya. moga dpt hasilkan karya yg lebih baik. aamiin. InsyaAllah ^_^
Amin aminn terima kasih Yaya 🤗
Padamwow, bestnya dapat terbit buku! tahniah ya :) kak syaz punya gaya penulisan memang best hehe
BalasPadamAlhamdulillah ada rezeki akhirnya, terima kasih atas sokongan 😊
PadamSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.
Disclaimer: Unauthorized Use of Photos
All photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.
Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran
Semua foto di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.