Assalamualaikum, apa khabar semua?
Haritu sajalah share di Ig story, yang aku punya cerpen tu.
Lepas tu, ada kawan lama reply story tu.
Tiba-tiba teringat yang memang dulu masa sekolah suka tulis cerpen dah ahaha
Dan ada sekali tu, cuba hantar kat majalah sekolah, diterima kikiki..
Ha ni lah majalah sekolahnya, masa ni tahun 2000, masih bersekolah di SMK Cheras Perdana.
Walaupun masa ni sekolah situ setengah tahun je sebenarnya.
Sebab hujung-hujung tahun tu, mana yang duduk area balakong, kena pindah ke SMK Cheras Jaya.
Ah itu cerita lain.
Masa ni saja-saja try tulis cerita, dan ada kawan aku nama Adila tolong check ejaan dan taip balik masuk word rasa, sebab rumah dia ada komputer.
Masa ni gigih tulis tangan tau hahaha
Cerpen bertajuk Hasniza..?
Masa ni baru tingkatan 2, entah manalah dapat idea masa tu 😂
Jadilah, dapat jugak 2 mukasurat.
Actually ini cerpen kedua, masa tingkatan 1 pun masuk juga majalah tu, cuma majalah tu pulak dah hilang huwaaaa
Yang tingkatan 1 tu, cikgu BM yang masukkan.
Sebab tu sebenarnya jawapan karangan BM.
Ala soalan yang sambung cerita dari perkataan 'Tiba-tiba...'' tu ehehe..
Kebetulan cikgu kata dia amazed aku boleh sambung cerita jadi sedih gilaa jalan cerita masa tu.
Tak taulah mana dapat ilham masa periksa sebenarnya 😂
Nama watak tu dahlah guna nama senior-senior form 5 masa tu.
Huhu..
Maaf ye senior senior semua 😆
Kalau siapa nak baca karya budak mentah tu, bolehla klik untuk besarkan gambar ahaha
Wah! hebat tu mesti excited time tu kan zaman BBNU nih!
BalasPadamexcited giler masa tu, lepas tu senior tu semua pandang pelik je tau pulak takut haha
PadamRupanya sudah mula menulis daripada sekolah menengah.
BalasPadamsebenarnya dari sekolah rendah, darjah 5..hehehe.. nampak sangat suka curi2 baca buku novel makcik saya masa tu
Padamwow berbakatnya..boleh tulis novel ni tapi jangan cerita cinta yea sbb nad tak baca..hahah
BalasPadamhihihi!
Padamwah wah sama lah dengan kak ana dedulu siap pos ke utusan dan majalah lagi tapi dah hilang keratannya sayang pula rasanya
BalasPadamwahhh hebatnya kak AJ! tulah, kebanyakan blogger pasti ada bakat menulis tu hehe
Padamperghhh masa sekolah pun dah hebat menulis!
BalasPadammenulis cara budak2 hahaha, lintang pukang perkataan
Padamyou are good in words kak syaz! keep writing :)
BalasPadaminsyaallah jika masih diberi Ilham jalan cerita
PadamBakat menulis bukan ada pada semua orang. Teruskanlah menulis, ye. :)
BalasPadaminsyaallah jika masih diberi Ilham jalan cerita :D
Padamwah berbakat sejak dulu lagi...hehe mesti dah beribu buku yang akk dah baca kan
BalasPadamhaha yes betul tu
PadamOoooo... dari sekolah lagi!
BalasPadamhaha dari sekolah dah suka berangan agaknya
Padamwah, terbaik lah 👏🏻👏🏻👏🏻
BalasPadamhihi terima kasih :D
PadamBagus. Berbakat ni. Lepas ni boleh jadi penulis novel plak. :)
BalasPadamInsyaallah jika ada rezeki :)
PadamWah! Form 2 dah pandai tulis cerpen ek.. bagus nye.
BalasPadamSyaz buatlah satu blog khas untuk cerpen je :)
hehe insyaallah, mungkin akan pindahkan cerpen2 tu ke blog lain juga selepas ini
PadamGigih akk nak baca cerpen hasniza ni tau, berpinau biji mata haha..
BalasPadamBoleh tahan juga jalan cerita budak form 2 yea. Eh..alah..takleh komen panjang, nak ke dapur plak nih.
hahaha terima kasih kak sudi baca juga cerpen 20 tahun lepas ni hahaha
PadamBerbakat.Tidak mustahil boleh dikembangkan dan serius.
BalasPadamterima kasih atas sokongan PC, insyaallah sekiranya diberikan kesempatan dan masa terluang :)
PadamBagus..bakat dari sekolah...SA dulu suka hantar puisi...
BalasPadampuisi pun saya suka jugak hehe
Padamsaya pernah juga tulis cerpen,masa sekolah juga,sekarang lama tak tulis,menulis dekat blog sahaja =)
BalasPadammungkin mizi juga boleh menulis balik :D
Padamberbakat.. ada hobi ke arah tu boleh buat buku nanti
BalasPadaminsyaallah, dalam perancangan, doakan ye :)
PadamTaip balik pleaseeeee ceta hasniza tu... hehehe
BalasPadamSyaz tahun 2000 form 2, kakmim thn 2000 1st year kt upm serdang.. hahaha... seniornya ai... kikiki
wow masa tu saya memang kagum betul dengan akak2 U hehe
PadamOo dah mula menulis sejak sekolah ke...
BalasPadamaah Cik TK, minat..hehe
PadamAmazing!
BalasPadamhaha biasa je tu, ayat berterabur.. terima kasih :)
PadamSekarang pun masih mengasah kak, harap makin tajam lah hahaha
BalasPadamwow mmg berbakat dari sekolah rupanya
BalasPadamHobi dari sekolah 😁
Padammenarik syaz! okay shida save dulu nnt boleh baca bila free :)
BalasPadamterus berkarya syaz..mana tau kan 1day jd drama pula hehee :)
Saya aminn kan dulu la hahaha 😊
PadamPOWER
BalasPadamaku pernah dapat nombor 2 je pertandingan menulis cerpen, tapi kira okeylah kan kan kan kan
Pergh itu lagi hebat la fendi!!
PadamCubalah upload dekat Google Play Book.. Boleh dapat income juga..
BalasPadamCerpen Syaz not bad tau.. Tak cuba tak tahu..
Google play book ya? Menarik jugak tu hehe
PadamMemang berbakat Syaz ni. Semoga terus sukses
BalasPadamamin amin amin
Padamwah. memang da menulis dari dulu lagi la ni.
BalasPadammaka, syaz, teruskan. jgn stop.
teruskan hingga terhasilnya novel yang meletops.
buat drama plak pastu. masyuuuuk!
2000, aida da di U. da ada boifren pun (asben skang ni la).
syaz baru tingkatan 2? hu hu hu jauh muda awak ni ye.
Untuk komen prenggan pertama tu, saya amin kan, terima kasih sis, moga saya terus ada ilham dan masa untuk menghiburkan pembaca hehe insyaallah
PadamBeza umur dalam 5 tahun agaknya kan? tak jauh pun, sis masih muda tu heheh ;)
Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.
Disclaimer: Unauthorized Use of Photos
All photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.
Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran
Semua foto di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.