Lama tak dapat pergi kedai kan.
Selalu order online je.
Tiba-tiba terlepas.
Ha kau!
Sebenarnya nasib baiklah terlepas ke watson je.
Beli stok2 apa yang patut.
Dapat free gift planner warna pink tu dengan mug unicorn + sudu tu sekali.
Tengok kalendar 2021 comel, beli secara pwp.
Aku teringat masa PKP first dulu, aku dah bosan sangat, aku minta kat zaimi, aku yang nak pergi Giant.
Sesampainya aku dekat Giant tu, tiba-tiba aku kena rasuk dengan setan apa tah, aku ambik ambik ambik segala yang setan hati bisikkan.
Penuh trolley sampai aku sakit pinggang.
Dahlah sorang-sorang, angkat sorang-sorang dekat kaunter, angkat pulak dari kaunter masuk trolley balik.
Sampai kereta, angkat pulak masukkan dalam kereta sorang2.
Menyesal pun ada hahaa..
Entah apa-apa la kau ni syazni oi..
Ini teringin lagi nak terlepas ni kikiki
Comeinya calender Pusheen. Mug unicorn pun comei.
BalasPadamShopping memang best! :D
Therapy 😂
PadamKadang terasa nak keluar mmg kita semangat.. beli beli tapi x pk cara nak bawak balik nti macam mana 🤣
BalasPadamBetul, tiba2 baru teringat alamak selalu zaimi yang angkat semua 😂
PadamMasa pkp dulu kdg2 husband kakmim mmg offer kalau kakmim nk pegi shopping brg dapur sendiri.. dia akn tranfer rm jer... sbb dia kesian tgk kakmim terkurung je x keluar umh.. dia xpe tiap hari keja mcm biasa ms pkp.. bahaya jgk kn kalo lama x shopping ni mmg semua benda nk beli 🤣🤣
BalasPadamIya kak mim, dia punya excited dapat masuk kedai tu, macam dengan budak cashier tu saya nak bawak balik 😂
PadamKena pembelian berapa untuk dapatkan buku planner kaler pink tu Syaznie? Omey sangat.
BalasPadamComel kan? Tak ingat la berapa.. aduh jangan tiru aksi ini 😂
PadamWah, dah dapat planner 2021 yer.. Advance ni.. Kena gi Watson jugak nih..
BalasPadamSila silaa 😁
Padamlain kalai jangan gi sorang2... ajak uncle!
BalasPadamHahaha uncle tolong angkat barang, ok gak! 😂😂😂
Padamkaki shopping rupanya..kekeke
BalasPadamAhahaha yes! Tapi not a hardcore one 🤭
PadamSangat2 melepas geram hahahaha
BalasPadamKalau dah masuk watson tu memang tak boleh menahan diri kan hahaha. Eh sama la awak kite pun suka pakai loreal clenser dengan scrub tu.
BalasPadamSama ek? Sep! Hehehe.. itulah, nasib baik la masih sedar diri bukan T20 😂
Padamsekali dah terlepas kurungan ya syaz mujur ingat jln pulang
BalasPadamItulah kak PI, nasib baik masih ingat dunia 😂
PadamNi pun dah berbulan tak pi shopping. Ada hikmah juga PKP PKP ni. Positively it teaches us to stay at home more than be all over malls.Jimat belanja.
BalasPadamBetul3, kalau tak, kadang2 pergi mydin tiba2 balik bawak tudung 2 3 helai 😣
PadamKemain balas dendam ye.. hehehe.. sakan tu shoppingnya..
BalasPadamNi pun jenuh tahan diri kat bahagian make up dan sabun 😂
PadamKami dah lama xmenyinggah di watson ni.. Kalau menyinggah pun pasti banyak ni jugak hasil tangkapan!
BalasPadamApa lagi, pergila menangkap 😝
Padamwatson ni mmgg tempat berhantu kan , kita nak masok tgk2 jer tapi sure akan purchase something hahahah
BalasPadamKan, selalu jdi termenipu suami, haritu pun bagitau dia nak masuk beli pencuci muka je 😂
Padamborong sakan syaz yer :)
BalasPadamHihihi kena rasuk
PadamFaham2 tu sama gak hehehe kalau lama dah terlepas bila dah dapat lepas..
BalasPadamKan hahahaha
Padamhaha mohon banyak2 bersabar dan amalkan baca yaasiin untuk lindungi diri dari hasutan syaitan...tiberr
BalasPadammungkin kena mintak zaimi azan sikit kat telinga sebelum lepaskan saya ke kedai hahaha
Padamitu lah, laen kali nak shopping bawak la cik abang tu, tak pon bawak jer askar2 kat umah tu
BalasPadamtak boleh masuk ramai2, musim pkp hahaha
Padamsesekali ke Watson mmg rasa seram. macam2 nak dibeli hehe..
BalasPadamkuat betul godaan makhluk2 dalam tu kan..aduh
PadamZumal ni masih mencari ubat untuk hilangkan hobi shopping. Bukan ada income tetap pun, tapi kalau jumpa sale sanggup korek semua duit yang ada 😂
BalasPadamsusahlah kan nak rawat penyakit ni...adehh
Padamhaha..tu la bahaya bila sesekali dpt keluar..abis semua brg nak beli. pdhal tak guna sgt pun. lenkali kena buat list sesiap syaz supaya tak terbabas..haha
BalasPadamitu kelemahan saya juga tu, saya selalu tak obey shopping list huhuhu
Padambahaya kalau terlepas ni. Macam macam masuk bakul. Lagi lagi bila banyak nau sale. mudah terpengaruh juga ni kalau ada barangan comel yang purchase with purchase tu :)
BalasPadamKan? Dah plan elok, beli yang tangan dapat bawak je. Tiba2 staff hulur bakul.. aduh.. haha
Padamsesekali takpe, syaz.
BalasPadamrelease stress. shopping ni satu cara ilangkan stress.
ha ha ha ha meskipun lepas tu stress sebab ntah hape2 yg dibeli :)
sabo je la ekk...
aida biasa ter penuh satu troli ni.
so, memang boleh imagine la moment terlepas tu :) ha ha ha ha...
Hahaha kan! Lagi bahaya kalau shopping masa perut lapar. Lagi penuh trolley..huhu
PadamShopping online mmg best..shida pn suka..
BalasPadamtp yg xsuka..tu..kena tunggu brg smpai tu hahahaaa
haha kadang ada yang lambat sangat, bila dia sampai kita lupa dah bila kita beli dia hahaha
PadamHaha watson ni pun tempat yang bahaya. Mahu shopping sakan jadinya 😅
BalasPadamCik TK pun biasa juga shopping se-troli. Tapi kat kat pasaraya, barang pula majoriti barang dapur
Yesszzaaa.. sama, shopping barang dapur, shopping baju2 kat kedai2 tu saya tak reti sangat + kedekut 😂
PadamSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.
Disclaimer: Unauthorized Use of Photos
All photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.
Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran
Semua foto di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.