Cerita ni dari post lama tahun 2009, marilah kita beri nafas baru dan buat sebagai entry throwback hehe..
Kisahnya pada hari kejadian, aku dengan zaimi pergi makan malam di Nasi Lemak Antarabangsa yang berdekatan UIA Gombak, masa tu adik dia masih belajar di UIA Gombak tu. Kakak dia masa tu menetap di Damansara, tapi dah siap-siap datang tunggu sama-sama dengan adik dia kat asrama tu.
Muda lagi ha laki den
hahaha
Kami pulak masa tu tengah buat master di UKM.
Kira pergi bermesraan dengan bakal ipar la masa tu ahaha
Biasa la..perjalanan dari Bangi ke Gombak sana agak jauh dan memerlukan beberapa kali kami bayar tol.
Sudah habis sesi makan semua, lepas hantar adik zaimi balik UIA,
kitorang pun menuju ke Damansara untuk hantar kakak zaimi ke rumah dia pulak.
Dari gombak ke damansara tu kitorang lalu 1 tol yang bayaran dia rm1.60.
Aku bukak la laci syiling dalam kerata kancil aku masa tu untuk ambil duit kecil nak bayar tol tu.
Masa tu tak ada lagi aku pakai touch n go atau smart tag, ya lah student lagi kan hahah
Ada 2 keping note rm1, sekeping 50sen, dan 3 keping 5 sen.
Entah kenapa, aku tak rasa nak pecahkan sekeping note rm1 tu, and nak bayar gune duit 5sen tu.
Sebab kalau tak, tak tau jugak nak guna duit 5 sen tu kat mana kan?
Fikir aku masa tu lah.
Maka aku pun hulurlah sekeping rm1, sekeping 50sen dan 2 keping 5sen kat zaimi untuk dihulurkan ke Tol Gate Girl tu.
hehe..selamat duit 5 sen tu.. aku siap menegakkan kebenaran yang 5sen pun duit jugak.
Apa salahnya kan?
Tapi tu lah.. Karma does exist!
Ketika aku dengan zaimi on the way balik semula ke UKM, kami kena lalu tol Sungai Besi.
Bayaran dia rm1.30.
Korek korek, dah tak ada syiling dah masa tu.
Jadi kami pun bayarlah guna 2 keping note rm1.
Balance dia kan 70sen kan?
Masa zaimi hand in 70sen baki dari tol girl tu kat aku, aku terkesima!
70sen itu terdiri daripada sekeping 50sen, sekeping 10sen dan....
2 KEPING 5SEN!
terus aku terngiang-ngiang lagu...
"What u give...U get back.."
hehehe//mmg boleh jadi tragedi utk di igatkn..
BalasPadammemang susah nak dilupakan hahaha
Padamahahahhaha ini balasan terus direct cash dapat.. sabar jela.
BalasPadamtapi memang seksa pun kalo ada 5 sen ni.. saya pun suka kalo cepat2 habiskan..
kan..hihi.. entahlah, walau dia pun duit sebenarnya hehe
PadamBetul tu, what you give, you get back. Kadang macam magic je bila benda ni berlaku, kan. Sebab selang masa tu tak lama. Power of attraction.
BalasPadamitulah pasal haha..terus je jadi
Padamwow kenangan indah masa lalu
BalasPadamhehe kenangan silam mengusik jiwa :D
Padamni bukanlah tragedi sangat., hahaha
BalasPadamabestu duit 5 sen dua keping tu masih ada lg ke dlm kete tu?
kereta tu pun dah tak ada waklat hahahah
Padamhehehe..lucu.
BalasPadamhihihiih
Padamhhaahah btul..karma is a bitch! hahaahha
BalasPadamhahahaha ooops!
PadamHahaha! Uncle memang percaya ni... What u give...U get back
BalasPadamnyanyi sikit uncle! hahah
PadamHadoii kak dari tak nak 5sen tu dapat semula. berjodoh betul dengan duit 5 sen tu. Memang suruh simpan agaknya tu.
BalasPadamitulah, memang tak boleh dihilangkan kot masa tu hahaha
Padamhahahaha.... saya dulu klu bayar tol malas tol nak cari duit syiling, mesti bagi duit besar dan dapat baki syiling. kumpul2 punya kumpul smpi penuh laci kat kete tu dengan syiling
BalasPadamkan!? i feel you hahah
PadamJaman tu duit 1 sen pun laku
BalasPadambetul2, masa u boleh bayar lagi guna syiling 1 sen kan wak!
Padamhahahaha..dulu masa sekolah ada uncle conductor bus panggil ammi 5 sen. sebab ammi suka bagi dia 6 keping 5 sen nak byr tambang yg 30sen tu
BalasPadamhahaha! takpe, 5sen kan duit jugak hehe
Padamha ha ha.. on the same day plak kan?
BalasPadamitulah! hahaha sabar je la
PadamHahaha... Kalau dalam toxicology "Boomerang Paradigm".
BalasPadamaddudu terma saintifik hahaha
PadamHahaha.. maaflah tergelak.. tambah bila baca ayat last tu..
BalasPadamHahaha 🤣
PadamDulu zumal pengumpul duit 5 sen. Kumpul untuk tukar di pasaraya depan rumah, dorang selalu tanya pasal duit syiling terutama 5 sen
BalasPadamKan, kedai2 suka duit kecik2 ni 😊
PadamHahahahaa... so lalu tol lain, bayor balik guna 5 sen tu... kan...
BalasPadamHaha aahla, tak ingat dah ke mana last2 perginya 5 sen itu
PadamKebetulan pula macam tu ye..
BalasPadamKannnn
Padamkahkah..tergelak saya baca syaz ^_^
BalasPadamwow zaimi time muda mudi..aummm hahahaa ^_^
ahahaha.. sekarang pun aumm jugak hihik
PadamSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.
Disclaimer: Unauthorized Use of Photos
All photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.
Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran
Semua foto di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.