Hai semua!
Happy Sunday! Masak apa tu?
Stay safe tau, jangan merayau-rayau sangat!
+++++++++++++++++++
Weekend lepas, masa balik Kuantan, aku dengan zaimi pergi dating tukar tali jam amir, sebab tak pernah pergi lagi, jadi kami pun ke Berjaya MegaMall Kuantan.
1. Ya Allah pening kami naik parking dia punyalah dasyat spiralling haha!
2. Sunyi je kawasan parking, memang kalah habis dah Berjaya MegaMall ni dengan East Coast Mall dan Kuantan City Mall.
Tap bagi aku ok je mall tu, sebab orang pun tak ramai, just nice nak jalan-jalan musim PKPP.
Teringat ayu pun nak jam, jadi kebetulan dalam tu ada kedai serbaneka yang jual segala-mala tu
(aku lupa nama kedainya), belikan lah dia jam.
Jadilah, RM15.
Kalau kat kedai jam yang tukar tali jam amir tu, tak ada pulak jam harga bawah RM50.
Bukan apa, ayu memang akan pakai semata-mata bergaya sebab terikut-ikut abang dia je. Kalau beli yang mahal nanti, rosak jam tu, aku marah kat dia pulak kan.
Sebelum keluar rumah, aku tanya dia, ayu nak jam warna apa?
"Ayu nak jam toneng"
Maka kita belilah jam ikut warna dia request hihi
Punyalah suka ayu dekat jam tu.
Nak pergi rumah pengasuh pun pakai hahaha
Semoga ayu ingatlah mak pernah belikan ayu jam toneng bila ayu dah besar nanti 😊
comel je.. budak-budak ni biasanya jam beli yang murah je kan? Diorang nak bergaya je bukan nak tengok sangat jam tu kan haha
BalasPadambetul tu, tepat sekali hahaha
Padamcomelnya jam baru ayu :)
BalasPadamhihi kecik je sesuai dengan dia ;)
PadamCantik jam tangan toneng Ayu. Simpan elok-elok ye sayang.
BalasPadamhehehe ok aunnty! *mak simpankan!
PadamComeynya ayu ni, hidung dia tu..kiut sangat, mata boolat, ikut rupa mak dia masa kecik.
BalasPadamAyu, acik pinjam jam toneng boleh?
hihi mata dia lagi boolat, ikut ayahnya. Jam toneng tu dia kedekut gilaa tu, aduh!
PadamHa ha! Mega Mall tu dah lenggang, banyak outlets dah pidak ke lain lain Malls. Saya gi ke East Coast mall je and I believed it the best mall in Kuantan. To avoid parking I go there using the E-hailing. Have a nice day.
BalasPadamYa I agree about ECM, memang havoc kan sebab semua jenis outlet ada Pak Idrus! It is good for you to use e-hailing, much easier and less headache since Kuantan is always jammed hihi! Have a nice day ahead to you too Pak Idrus ;)
PadamBaik mak..ayu ingat.desis hati Ayu.
BalasPadamhehehe good!
PadamTantek lah jam toneng tu
BalasPadamtenkiu wak!
PadamAla comelnya dia ada jam tangan
BalasPadamhihi pakai je lebih, bila tanya pukul berapa asyik pukul 4 je jawabnya hahaha
PadamSi bongsu kat rumah ni pun sama, nak pakai jam sebab kakak dia pakai. Padahal nombor kat jam pun dah hilang sebab rosak tapi masih jugak nak pakai. Akhirnya mak belanja jam baru la walaupun 10 ringgit je harga..asal ada nombor..huhu
BalasPadamitu pun dia mesti dah happy sangat2 kan ;)
Padamkak atie suka warna kuning,,, then tgk adik ayu pakai jam kuning.. nampakkkk keceriaan disitu walau ayu tak senyum tgk camera hehehe
BalasPadamhaha! eh sama taste dengan sis atie rupanya ya!
Padamanak2 ammi walaupun si Kyra yang dah darjah 6 tu masih belum gemar pakai jam. Beli dah berpuluh rasanya...excited diawal 3 hari je pastu jam pun ntah kemana.
BalasPadamsaya yang dah 30ish ni pun tak suka pakai jam hahaha
PadamNanti Ayu dah besar belanja kat mak jam toneng pula ya 🤗
BalasPadamyeayyy!
PadamComel jam tangan toneng ayu. Sonok ayu dapat jam tangan. Memang seronoklah dia nak pakai setiap masa.
BalasPadamlepas pakai, pandai pualk simpan kat almari, takut abangnya ambik haha
Padamcomel color
BalasPadamhehe gracias LL
PadamSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.
Disclaimer: Unauthorized Use of Photos
All photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.
Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran
Semua foto di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.