Nampak iklan berkenaan Dragon Ball Virtual Run ni beberapa minggu lepas.
Tak pernah-pernah sepanjang hayat masuk marathon ke, fun run ke, tapi bila tengok balik syarat dan cara-cara nak sertai Dragon Ball Virtual Run ni, rasa nak join pulak!
Yang buat rasa nak join tu, sebab dia tak mahal sangat, dan dia boleh kumpul-kumpul larian dari 2 Oktober sampai 31 oktober 2020.
Dan, boleh submit bukti tu dalam bentuk jarak larian, iaitu 7KM sahaja.
Atau, jumlah steps / langkah, iaitu 9200 langkah sahaja.
Jadi aku fikir, why not kan?
Jadi aku ambil pakej yang dapat Tshirt dan e-bib.
Jadi 1 Oktober haritu, organizer dah emel bagitahu dah boleh mula lari dan kumpul larian, sekali dengan e-bib.
Ha ni lah e-bib aku haha!
T-shirt dan medal dia akan post selepas 2 November.
Untuk record jarak atau steps tu, dia benarkan guna apa-apa sahaja apps, atau apa-apa bukti pun boleh.
Ada yang send gambar jarak dia dekat meter di treadmill dia je pun, diterima.
Setakat siang tadi, ramai gila dah submit bukti larian diorang.
Agaknya untuk yang dah biasa lari, 7KM ni memang piece of cake je.
AKu?
Setakat entry ini ditaip, aku baru ada 752 steps hahahahaha!
Itu pun gerak dalam rumah je, dan gerak bila bawak fon. Jadi asik lah kepit fon.
Harap-harap aku berjaya lah selesaikan jumlah kumpul larian yang diperlukan.
😆
pergh...dasyat r lari virtual..dragon ball lak tu..feveret zaman dolu dolu..hehehhe
BalasPadamhehe tu la, teringin pulak nak cuba hehe
PadamSelamat melarikan diri sepanjang Oktober
BalasPadamhehe insyaallah, terima kasih wak
Padamwah menarik,boleh try ni
BalasPadamboleh3 :D
PadamYakin boleh.
BalasPadamterima kasih :)
PadamDragon Ball , kartun kegemaran budak2 lelaki. hehe. Semoga berjaya kak
BalasPadamramai collec komik dragon ball dulu kan :)
Padamgood luck!! my target everyday 6,000 steps..jarang capai target..hihi..
BalasPadamlepas ni rasa nak letak target jugaklah ;)
PadamGood luck!! you can do it..
BalasPadamterima kasih!
Padamdahsyat gak ek. zaman new norm lah kan.
BalasPadamitulah, lari pun asing2 hehe
PadamLARI LA SYAZ BADA SIHAT OTAK CERGAS
BalasPadambaik! hehe
PadamBoleh itu. Selalu berjalan kan?
BalasPadamCantik T-shirt, buat koleksi.
asalnya memang tertarik dengan tshirt dia hehe
Padamwah..boleh tambah koleksi medal dan t-shirt ni
BalasPadamhehe betul3
Padamactivity sehat mcm ni, patot join! lebih2 sapa yg suka kumpul medal kan....
BalasPadambetul3! harap2 dapatlah my first ever medal bagi acara larian hahaha
PadamIn shaa Allah 9000 langkah untuk sebulan tu boleh capai wak. Make sure kalau suami nak keluar, suruh bawak hanphone awak. Pastu kalau ada member nak pi jog, bawak handphone awak jugak :D
BalasPadamalamak kalau tak jujur takut nanti tshirt tu hilang atau cepat koyak pulak nanti haha
Padamammi dah layak sangat ni..daily yang recorded punya adalah dalam 3K ++ steps.. itu tak termasuk jalan2 dalam office, jalan dalam rumah kedapur, kebilik, jemur kain bagai hahah
BalasPadamlepas sangat dah tu ammi! lepas ni kalau ada even, boleh masuk. Jom kita masuk virtual run hehehe
PadamGoodluck ya..
BalasPadamNieyl ada anjurkan giveaway, jemput join :)
https://www.nieylanadia.com/2020/10/giveaway-makcik-bawang-by.html
terima kasih :D
Padamwah best jugak ni virtual run. aktiviti yang sihat. pastu dapat tshirt dan medal kira okaylah pilih pakej camni.
BalasPadamtu lah, saja nak cuba pengalaman baru :D
Padamseronoknya kn join aktiviti mcm ni
BalasPadamuntuk yang pertama kali try ni, memang rasa seronok hehe
PadamSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.
Disclaimer: Unauthorized Use of Photos
All photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.
Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran
Semua foto di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.