Assalamualaikum semua, harini nak kongsikan tentang ciri-ciri sesuatu benda sehingga ianya boleh diklasifikasikan sebagai benda hidup.
1. Mempunyai organisasi sel.
Benda hidup akan mempunyai sekurang-kurangnya satu sel. Bagi organisma yang mempunyai lebih dari satu sel, terdapat sel-sel yang akan bergabung membentuk tisu. Tisu-tisu badan tadi akan membentuk organ-organ dan tubuh organisma tadi.🐏
2. Perlukan makanan
Makanan diperlukan untuk tenaga. Walaupun pokok tidak menjalankan proses 'memasukkan makanan ke dalam mulut', pokok adalah organisma yang boleh membuat makanan sendiri secara terus di dalam badannya. Sebab tu pokok tak perlu makan pakai mulut 🍯
3. Bernafas
Ya, benda hidup akan bernafas untuk menukarkan karbon dioksida di dalam badan, dan menggantikan kepada oksigen yang diperlukan oleh sel-sel di dalam badan. Pokok pun bernafas walaupun pokok adalah tukang buat oksigen. 🌳
4. Membuang
Terma tepat adalah merembes hasil yang tidak diperlukan oleh badan. Contoh mudah buang air besar dan kecil, dan berpeluh. Sebab apabila sistem badan benda hidup bekerja, nutrien dan zat-zat diperlukan. Tapi nutrien dan zat-zat ni dia berada di dalam objek lain. Objek lain tu tidak diperlukan oleh badan, jadi sebab itu kena singkirkan. 🚽
5. Bergerak
Benda hidup boleh bergerak dari point A ke point B, walau lambat dan tidak kerap. Pokok walaupun tidak bergerak, tapi dia masih boleh sebarkan biji benihnya dengan bantuan ejen-ejen seperti serangga, angin dan air. 🏃
6. Bertindakbalas dengan persekitaran
Benda hidup semestinya boleh bertindakbalas dengan perubahan yang berlaku di persekitaran. Sebagai contoh, manusia dan haiwan akan lari / lawan balik sekiranya rasa terancam. Pokok juga boleh bertindakbalas terhadap persekitaran, sebagai contoh pokok akan mula layu sekiranya kurang cahaya matahari dan air. 🌻
7. Membesar dan mengawal fisiologi diri
Benda bukan hidup, dia takkan ada fasa membesar. Benda hidup ni dia membesar sebab dia menjalankan metabolisma dalam badan. Sebab tu kebanyakan benda hidup akan bermula dengan baby, kanak-kanak, remaja, dewasa, tua dan akhirnya akan mati.👴
8. Membiak
Salah satu ciri benda hidup adalah keupayaan untuk menghasilkan generasi seterusnya. Untuk memastikan spesis mereka terus menerus ada pengganti.
9. Berupaya untuk berevolusi dan menyesuaikan diri
Benda hidup tidak dapat mengelak dari terpaksa berhadapan dengan perubahan yang mungkin berlaku di persekitaran, contohnya perubahan suhu, kehilangan sumber makanan dan sebagainya. Jadi, benda hidup yang lemah selalu tidak dapat bertahan, dan tidak dapat meneruskan keturunannya ke generasi seterusnya.
Tetapi pada benda hidup yang berjaya menempuh perubahan-perubahan itu, selain berjaya meneruskan kelangsungan hidup ke generasi seterusnya, mereka akan mengalami perubahan pada bahagian genetik mereka yang telah disesuaikan dengan situasi persekitaran yang baru.
Itulah namanya berevolusi. Dan proses ini mengambil masa lama, hingga boleh mencecah jutaan tahun. Contohnya seperti ikan paus, yang asalnya tinggal di darat, berevolusi untuk hidup dalam laut. 🐋
+++++++++++++++++++++
Itulah sahaja perkongsian pada hari ini.
Terima kasih semua sebab sudi baca 😁
Syaz, nnt bagi addres kat email akak yr, nak bagi rasa sambal roselle..nnt boleh tlg pomote kt kwn2, hehe.
BalasPadamazie.shukor@gmail.com
done ;)
PadamBanyak dapat ilmu dapat tentang benda hidup. Tq share kak Syaz!
BalasPadamhehe terima kasih juga sudi baca ;)
PadamTerima kasih perkongsian.Ulangkali sangat bermanfaat.
BalasPadamsama2 :D
Padamnice sharing syazni
BalasPadamThanks kinah ;)
PadamHehe macam belajar Alam Dan Manusia.
BalasPadamTeringat balik isi-isi penting tersebut.
Macam subjek saya belajar masa UMT dulu lah, ex UMT jugak ke NA ni? hehe
PadamBagusnya kalau kita banyak ilmu begini, boleh jawab pertanyaan anak-anak tentang ciri-ciri benda hidup. Jadi, mereka lebih meminati mata pelajaran sains.
BalasPadamalhamdulillah, semuanya ilmu Allah :)
PadamEh eh... macam pensyarah pulak.... eh? hahaha
BalasPadamalamak jangan bagitau orang...shhh hihi
Padamteringat masa belajar sains dulu.
BalasPadamterimbau kenangan silam ye wak hehe
PadamSebut tentang ni, teringat haritu ayat, nak cari jodoh yg camana? pastikan dia hidup, lol...
BalasPadamhahaha tpi ada tau yang kahwin dengan mayat hahaha
PadamAlhamdulillah masih bernafas meneruskan hidup
BalasPadamalhamdulillah syukur nikmat :)
PadamMembuang benda yg plg penting sekali, klu tak membuang lebih dari 2 hari, rasa lemah dan tak selesa badan ni
BalasPadamtak selesa juga kalau tak membuang, asik nak terkent je kan hahaha
Padamwahhh rasa macam tengah duduk dalam kelas Sains..haha
BalasPadamhihi semoga beroleh manfaat :D
Padamwahhh rabu lepas belajar sains ke? terlepas lah shida ^_^
BalasPadamminggu depan ada lagi insyaallah hehe
Padamblajar science kita harini
BalasPadam;)
PadamSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.
Disclaimer: Unauthorized Use of Photos
All photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.
Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran
Semua foto di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.