Harini rasa lemau melampau.
Tak sedap badan.
Cuma rehat rehat je kat rumah, marathon layan video muzik Awie 😂
Dari kecik sampai sekarang memang minat nau dengan Awie ni ha.
Dari dia rambut panjang muda belia lagu Sejati,
rambut pendek Sembilu dan Di Ambang Wati,
Jadi Bob KP dalam baik punya cilok dan filem filem Afdlin Shauki,
Masuk pulak zaman dia jadi Husin karya Mamat Khalid,
Awie berlakon jadi Sani Joned dekat Astro Ceria pun aku layan,
Apatah lagi video video konsert Awie yang ada kat Youtube sampailah Konsert Romantika dengan Erra Fazira February 2020 haritu.
Memang minat habislah, menarik benar seorang Awie dekat mata seorang Syazni.
Awie je tak minat kat aku
Hahahahahahaha!
Ok lah gais.
Selamat berhujung minggu semua 😊
PS: Adam tanya, "Mak, kenapa Awie ni suka nyanyi jerit jerit?"
😑
Ingat lagi peristiwa kumpulan dia dan Search kena gam. Hangat berita tidak dapat keluar TV.
BalasPadamhehe..sejarah negara dah jadi cerita tu kan :)
Padam
BalasPadamKak limah oiii..tak tengok Akademi Fantasia kerrrr
Ini semua poyoooooooooooo (Awieee ) XD
ahahah.. :P
Padamzaman remaja dengar lagu awie...
BalasPadamada satu lagu saya suka bernafas dlm lumpur..
tu awie yg nyanyi kan...
ya betul tepat sekali hehehe
Padamsuara dia mmg mantap! suka dgr lagu2 dia..dulu and sekarang... hmmm atie suka anak2 buah dia kristal tapi tak kekal lama plak band tu.. hmm... anyway.. get well soon kak syaz :)
BalasPadamhehe kan, tapi band2 rock memang selalu jadi kes pecah gabung ni hehe..
PadamTenkiu atie ;)
Memang Hard-core Fan ni.
BalasPadamTepat sekali 😂
PadamTragedi oktober satu... he he he
BalasPadamAlamak oktober dah habis 😝
PadamSuara laki saya kalau karok sebijik mcm awie.. Kalau dia nyanyi lagu ukays ka selalu kata eh apehal awie nyanyi lagu ukays🤣
BalasPadamWah dasyat tu suara macam awie 😘
PadamErra: abang awie, apa bezanya klcc dgn awak?
BalasPadamAwie: klcc tinggi, ai pendek
Erra: salah, teka lagi
Awie: klcc mahal, ai murah
Erra: salah, teka lagi
Awie: tak tahu tak tahu
Erra: klcc milik orang malaysia, tapi u milik ai.,
https://www.youtube.com/watch?v=6H57ig2HxQ8
Hihi ni antara favorite clip saya tentang awie dan erra, diorang sangat secocok kan, cuma jodoh tak ada (mana tau jodoh diorang akan sampai juga suatu hari nanti 😘😘😘)
PadamMe too minat awie...dulu masa jadi PR selalu jumpa asie..cuma zaman tu blom ada hp canggih nak amik gambar macam sekarang...album lama dulu mana ntah..bawah katil kot..
BalasPadamApa lagi SA, korek balik album tu tepek kat blog gambarnya. Bestnya, teringin nak jumpa awie jugak.. huhu 😁
PadamSuara awie sedap. Suka lagu nur nilam sari dan senja nan merah. Kalo dengan wings, album teori domino tu saya boleh layan dulu, non stop. killer album. TAk payah stop, rewind, dengar je all the way. Hehe...
BalasPadamSedap suara dia kan, dia tak payah sebut perkataan bermaksud pun, dia baru nyanyi part "ohh.. ohh.. mengapa aku...", baru sebut ooh je dah sedap hahaha
PadamKonsert Wings Online hari tu tengok tak?
BalasPadamTak sempat uncle, masa tu balik rumah mertua kalau tak silap.. harap2 ada lagi 😭😭
PadamSama..sisyat pun suka awie n lagu2 dia. Bila dengar je lagu die otomatik mulut ikut nyanyi jugak 😅.
BalasPadamBiasalah..org lahir tahun 80an mng cmni rasanya 😅
Kann.. dia jerit kita pun ikut jerit sama hahaha
PadamBetul2, artis fav sebab sezaman. Membesar dengan awie (kelakar pulak ayat ni)
nice flashback..sy pun hampir lupa awie pernah kurus lol
BalasPadamHaha dia pernah kurus and very handsome 😆
PadamAwie ni dari menyanyi, berlakon semua best kan
BalasPadamTerpaksa setuju 😉
PadamAwie memang seorang legend...
BalasPadambetul tu, living legend :)
PadamAhaha..boleh tahan ye, marathon layan video Awie.. ni mmg die hard fan Awie ni..
BalasPadamHihihi sekali sekala 😁
PadamAwwwie (sebut gaya awie)..kalau awie minat kat akak tu dah masuk citer lain kak..hihi
BalasPadamsuara awie ni tak pernah berubah. maintain sampai sekarang.
Makin tua makin sedap suara dia kan hehe, kalau dia minat akak, muka akak masuk urtv la hahahah
PadamNasib baik anak tak dibagi nama Awie. Hehe
BalasPadamAah la nasib baik tak terlintas! Hahaha
Padamsha pernah pergi konsert wings dekat Melaka.. mini konsert rasanya.. Tapi lepas tu insaf.. hahaha.. Punyalah ramai manusia bersesak-sesak..
BalasPadamPunyalah ramai peminat dia kan.. hehe
PadamWah ni betul2 peminat awie ni...
BalasPadamHaha salah seorang dari berjuta peminat awie
Padamhahah awie zaman dulu dgn skrg dh lain.. tak kesampaian jodoh dgn erra. erra pun baru nikah semalam
BalasPadamrupanya erra lain yang kahwin tu hehe
Padamjarang Awie nyanyi lagu di penjara janji secara live,selama ni aku cukup meragui kebolehan vokal dia utk lagu tu, tapi hari tu nampak kat RTM dia nyanyi utk program XKRISTAL tu, memang padu amat, part korus dia tapau,,boek
BalasPadamAku rasa sebab dia dah banyak kali tewas dengan lagu tu, banyak video dia nyanyi tak lepas kan lagu tu haha! Jadi dia pun dah practice sungguh2 masa persembahan tu 😁
Padamshida pun suka juga awie tp xminat mendalam mcm syaz..biasae2 je..shida sndri xtahu nk minat sape..sbb ape..tau dah xde org minat kite pn hahahaaa ^_^
BalasPadamYang penting cik abang minat shida hihihi
PadamSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.
Disclaimer: Unauthorized Use of Photos
All photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.
Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran
Semua foto di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.