Baru perasan yang ada ambil gambar masa pergi sarapan kat Arrobah Maju Senawang ni weekend lepas.
Sebab dah lama rasanya tak bawa anak-anak makan kat kedai, jadi keju diorang awal sikit, suruh mandi apa semua, terus gerak!
Kami pilih untuk duduk di meja yang dekat luar, sebab nak jauh-jauh sikit dari orang kan.
Kedai ni bagus, memang tokey dia sendiri akan check suhu semua orang yang masuk kedai dia, dan pastikan pelanggan scan QRcode MySejahtera kedai dia.
Aku seperti biasa, harus order nescafe ais!
Hehe..
Lelaki dekat rumah aku ni semua memang suka minum teh o ais, pergi mana-mana pun itulah yang diorang order.
Adik ayu pulak sebenarnya tak kisah pun air apa-apa, tapi orderkan dia sirap ais je.
Pagi-pagi dah minum ais, ikut perangai mak dia la haha
Yang geram tu, dia nak pegang gelas tu sendiri, risau gelas tu jatuh berderai je.
Sementara menunggu makanan sampai.
Posing la sedas dengan muka belum mandi. Eh!
Aku dengan zaimi order nasik goreng ayam + telur mata.
Ya Allah sedap gilaaa.. ikut hati nak order lagi tapi mengenang diri dah kategori gajah, maka batalkan hasrat.
Anak-anak makan roti telur, asal nak roti tisu, tapi tak available pulak dekat sini masa ni.
Sekian sahaja entry kontot pergi breakfast.
Ehehe..
Macam kawan PC..suka ais.Hujan,panas,pagi petang baik buat sediri air atau beli mesti berais..hehehe.Lagi syok dengar dia kunyah ais tu..aduh ngilu rasa.Ya Allah.
BalasPadamyes kunyah ais sangat best hahaha
Padamsama la husben shida pn..kaki teh o ais ^_^
BalasPadamAhaha kan, ke mana-mana pun teh o ais!
PadamSis tidak suka minum ais. Haha cepat kena batuk kalau pekena ais.
BalasPadamYa keluar pagi-pagi buta tidak mandi. Anak-anak diutamakan mandi. Saya faham.
anak2 terutama ayu tu jarang juga mandikan dia pagi2, sebab sejuk, abang2 wajib mandi hhehe
PadamMemang ada org jenis kunyah2 ais kan..krup2x bunyinya..selamba je..haizzz..ngilu..
BalasPadamSarapan kat luar mmg best kan, padahal ikutkan sama je kt umh pun masak nasi goreng gak..akk aritu ikut geng mekbunga sarap roti canai banjirr..huishhh..sungguh terasa nikmatnya..
terasa specialnya sebab orang lain yang masak kot kan kak ahahaha, saya suka kunyah ais, tu yang ayu mengikut :P
Padamsedapnya semua menu, kiranya semua anak-anak dengan emaknya tak mandi lagi ke tu hehehhe...
BalasPadamYang perempuan je yang tak mandi masa tu :P
PadamSesekali sarapan luar best betul. Sekarang nak makan kat luar memang kena pilih jauh dari orang. Kalau kedai ramai orang, auto terbatal niat nak makan :)
BalasPadambetul tu, kena pilih2 juga kan sekarang ni
PadamSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.
Disclaimer: Unauthorized Use of Photos
All photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.
Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran
Semua foto di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.