Seperti yang tertera kat cover buku tu, memang novel ini genre komedi.
Kisah pasal sekawan remaja lelaki yang sekolah asrama, serta apa yang jadi kepada mereka, sampailah kehadiran seorang cikgu cantik, lantas sampai diorang kena secara paksa rela menghadiri sebuah kem motivasi di hutan lipur berdekatan.
Ha gitu lah lebih kurang.
Bayangkan macam tengah baca komik atau majalah ujang.
Ibarat menonton filem Mamat Khalid.
Ha gitulah buku ni.
Hasrul pulak memang penulis yang akan go in detail setiap scene.
Sebab tu buku dia tebal.
Contoh, kalau penulis lain akan tulis
"Abu leka menikmati nasi ayam yang dibelinya tadi"
Tapi Hasrul Rizwan punya style:
"Abu kelihatan begitu taksub melahap setiap kepingan ayam dalam bungkusan nasi ayam yang dibelinya menggunakan duit saku pemberian pakciknya yang datang ke rumah Jumaat lepas, sampai tidak sedar beberapa kuntum peluh yang merenik di atas batang hidungnya jatuh menitik seperti titisan hujan lebat di petang minggu ke dalam nasi ayam itu"
Ha tu contoh je tau, bukan ayat Hasrul, tu ayat aku.
Tapi lebih kurang macam tu lah gaya dia.
Jadi, korang memang akan terbayangkan jalan cerita hasil tulisan Hasrul dengan sangat tepat macam yang Hasrul bayangkan.
eheh..
Ok, personally aku boleh bagi buku ni 4 bintang!
🌟🌟🌟🌟
Kurang 1 bintang sebab lamanya aku nak kena baca untuk habiskan satu satu scene..haha
Tapi best!
😉
detailed description dia..imaginasi tahap tinggi ni...
BalasPadamTak sukanya pergi kem motivasi..hehe..esp yg biro tatanegara..mesti ada masuk hutan..
hehe tu la, tinggi betul imaginasi dia kan.
Padamsamalah, saya pun sekarang rasanya kalau suruh ke kem2 ni, malas dah..haha
bestnya... penulis dia sngt berimaginasi
BalasPadamterlalu tinggi imaginasi dia haha
Padamnampak menarik novel ni. tengok tajuk ingatkan cerita misteri seram. komedi rupanya. mesti best!
BalasPadamCik TK join giveaway berkaitan buku ni.. jom la join sekali https://tetikusmerah.blogspot.com/2020/08/520-giveaway-by-garaeki.html
hihi best jugaklah, boleh try baca nanti :D
PadamBoleh belikan untuk anak ni
BalasPadamtapi kan sebenarnya tak sesuai untuk budak2..huhu
Padamcra novel ditulis mmg gitu perlu terperinci untuk panjangkan cite je heh..heh..bahasa leweh xekonomik
BalasPadamhehe aah kak PI, sangat terperinci
PadamBest baca buku yg Ada detail MCM ni. Berikanfeel kod Kita sbg pembaca
BalasPadamhehe betul jugak tu :)
Padamhahahahha weiii contoh ayat syaz tu pun da boleh buat 1 page buku cerita tau...ahahhaha
BalasPadamdari review syaz..menarik buku ni utk saya baca..saya x suka sgt baca ssuatu yg serius je spnjg penceritaan..bg saya la..ade selit komedi okla..
BalasPadamsekali sekala banyak buku komedi ni layan jugak sebenarnya hehe
Padamcantik bahasa penulisan dia. kalau dah contoh ayat akak camtu, penulis buku lagilah kan. dua dua hebat menulis.
BalasPadamhehe dia lagi hebat dapat membayangkan situasi, boleh try baca tulisan dia nanti tau ;)
PadamSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.
Disclaimer: Unauthorized Use of Photos
All photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.
Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran
Semua foto di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.