Walaupun dekat entry punya tajuk tu aku letak tarikh, tapi perkara ni bukanlah kali pertama terjadi, mahupun yang terakhir.
Kisahnya, tiap kali kami balik kampung zaimi di Kelantan, dalam seminggu tu, mesti akan ada 1 hari mak mertua slot in untuk aktiviti ke Pengkalan Kubur.
Pada yang tak tahu atau tak pernah dengar, Pengkalan Kubur di kawasan beli barang bebas cukai. Sama macam Rantau Panjang, tapi sini lebih dekat dengan rumah mertua aku.
Pelancong ramai datang sini untuk shopping. Selalunya yang famous untuk dibeli dekat Pengkalan Kubur ni macam narita, bantal, kain batik, tudung, dan kalau untuk budak-budak semestinya mainan la.
Dan itulah yang buat anak-anak aku seronok gila kalau balik KB, sebab mesti akan pergi habiskan duit tokma dekat Pengkalan Kubur. Tok Ma pulak memang rela, sebab sayang cucu kan, I is malu wuwuwu..
Jadi ini adalah salah 1 dari hari untuk shopping toys, yang kebetulan aku ada tangkap gambar.
Selalunya bila ke sini, tak sempat nak pegang telefon, orang ramai kan, sebelah siam pulak, memang akan pegang anak-anak je. Tarikh yang aku ambik gambar ni, kebetulan balik masa bukan cuti sekolah kot, jadi tak ramai orang.
Ma memang seronok kalau bawak cucu-cucu dia pergi beli toys, walaupun toys dah sangatlahhhhh banyak hahaha
Kalau pergi Pengkalan Kubur ni, sila jangkakan untuk mengalami:
1. Perpeluhan yang melampau sebab panas weh hukaloh!
2. Duit yang tiba-tiba berubah menjadi air, mengalir laju.
Aku kalau dah kata nak pergi sini, aku sengaja tak withdraw cash dari ATM. Aku rela dalam beg duit ada RM20 je, lepas untuk beli air jadilah. KAh kah.. Demi mengelakkan aku terlupa yang aku bukan jutawan. Kalau tak, habis la semua tengok nak beli..especially tudung T_T
Besar kecik besar kecik je aku tengok budak-budak ni.
Bukan main meminta-minta ya..
Nak dimarah nanti ma kecik hati pulak sebab marah cucu dia..hahaha
Bukan main bahagia masing-masing ya dapat mainan sorang satu.
Yang geram tu, kadang-kadang beli mainan yang dah ada, dah ada robot, beli lagi robot, tobot, kereta..
Beli senapang yang bunyi bising pun pernah.
Dan yang paling geram, main nya setakat kat rumah tokma, bila dah bawak balik rumah, kadang-kadang terbiar macam tu je mainan tu kat kotak mainan.
Dan nanti bila balik KB lagi, dapat mainan baru lagi.
Hai untung laaaaaa!
*rolling eyes
Kan dah cakap, bukan kali terakhir!
Gambar-gambar di atas ni masa Oktober 2019.
Masa kami balik KB bulan januari 2020, pun pergi borong mainan!
Adudududu
Masih sorang satu plastik weh.
Masa ni pun beli senapang jugak.
Berlambak-lambak dah senapang.
Masa bulan 10 tu ayu dapat Didi, bulan 1 dapat Nana pulak.
Sekarang ni dia target nak beli Jojo pulak.
EH terlebih bijak pulak ayu ye pasal mainan!
Grrr!
Tapi sejak PKP haritu, tak ada pergi dah ke sini.
Ma ada ajak, tapi kami yang tak berani lagi.
Insyaallah lepas-lepas ni boleh pergi lagi.
Rindu pulak nak beli tudung ahahs..
Rm20 buat tuk beli air ja.. tiba2 kedai2 kat situ boleh guna CC or Debit card.. Jenuhhhhh
BalasPadamalamakkk habislah!
PadamMurah sangat ke barang2 kat situ? Tak pernah masuk Kelantan lagi.
BalasPadambolehlaa.. tapi ada juga yang kualiti tak best pun, contoh macam baju2, bagi saya yang gemuk ni susah nak cari baju yg material selesa kat situ yang murah, kalau nak elok, mahal jugak hehe
Padamsukanya anak2 dapat borong mainan
BalasPadamsangat2 kak.. pening saya hehe
Padamtak sampai sini lagi. ni kalau bawa anak ana sure semua dia nak beli juga tu. huhu
BalasPadamhahaha tau takpe ana!
PadamTempat2 camni seronok anak-anak pow mak ayah hahahaha
BalasPadamsangat2!
PadamCikbunga pernah pergi masa single, rombongan naik bas, masa sekolah pon pernah pi jugak😉
BalasPadamSeronok banyak bara g kat sini dan hage pon murah murah jew👍👍
hihi kan, banyak barang2 nya
PadamNana, Didi, Jojo...mesti beratur kt rumah..haha..masa kecik je depa nak main benda2 mcm ni..tokma pun happy belanja cucu2..
BalasPadamTak pernah sampai sini, Rantau Pjg pernah, habis round satu town..hihi..
Rantau Panjang lagi best sebab lagi luas, lagi banyak habis duit hahaha
PadamBest lah singgah kalau tak ramai orang. Kalau ramai orang nak membeli pun susah nak memilih dan membelek. Seronok lah masing masing dapat toys. Siapa yang tak sayang cucu kan. Nak apa je dapat. Sesekali kan :)
BalasPadambetul, kalau ramai risau dekat budak2 tu, takut diorang tersalah ikut orang sebab konfius mana mak ayah pun ada huhu
PadamTu bahaya jugak tu kalau dah ramai sangat. Tapi memang best lah pergi time tak sesak camni.
Padambetul3
PadamBaru pestaim akk dengar tempat ni, tapi betullah tu, bagi akk kelantan terengganu mmg syurga tempat beli belah, kt terengganu pasar payang lah destinasinya.
BalasPadamBahagia tokma ye dpt gembirakan cucu2. Camtulah sorg nenek dgn cucu..
betul tu kak, pasar payang best jugak, zaman belajar dulu selalu ke sana hehe
PadamAlamak aih.. memang rambang mata kalau duit banyk.. Kalau duit sikit kuranglah bernafsu kan awak.. hehehe.. Bagus strategi ini..
BalasPadamtau takpe awak :P
PadamNanti rabia boleh try pergi ke pengkalan kubur pula.. best pergi kelantan
BalasPadambest shopping, bawak duit banyak2 hehe
Padambiasala..mak shida pn mcm tu..mcm2 belinya utk cucu kesygan hehee ^_^
BalasPadamnenek2 memang macam tu kot kan hihi
PadamSyoknya. Macam-macam ado. Bukan budak je ni rambang mata. Mok budok pun buleh. Hahahaha.😆😆😆
BalasPadamPernah dengar PC ni. Tak jauh juga dari kg suami. Tapi ku tak pernah jejak ke sana.
Siap-siap 20 ria untuk beli air. Hehe. Sebab elakkan terlupa bukan jutawan. Comel mu syaz 🥳
hahaha! Nanti boleh la ajak che abe gi shopping di nung :P
Padamammi baru sekali je pegi Pengkalan Kubor..yelah sebab memang itulah pun 1st time gi Kelantan (ahaksss). Tapi best gak kat situ
BalasPadambanyak tak memborong masa tu? hihi
PadamSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.
Disclaimer: Unauthorized Use of Photos
All photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.
Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran
Semua foto di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.