Entahlah.
Aku pun tak tau kenapa aku beli Kamus Dewan ni minggu lepas.
Dulu masa sekolah-sekolah dulu, emak ada belikan aku satu kamus dewan.
Suka sangat guna, sebab cikgu kan suruh pelbagaikan verb kalau tulis karangan. Jadi markah bahasa melayu aku, terutama karangan memang sentiasa tinggi. Terutama bila aku masukkan sebaris peribahasa atau kata bidalan dalam karangan tu.
Haha!
Tapi lama-kelamaan, bahasa melayu aku semakin tumpul.
Sejak semua maklumat di hujung jari, kalau korang nampak tumpulnya jari, begitulah tumpulnya bahasa aku. Ha nampak, ayat pun bercelaru.
Jadi disebabkan dah mula ada bibit-bibit nak menulis balik ni, aku pun terasa nak miliki satu kamus ni.
Moga aku istiqamah menulis, dan paling tidak, kamus ni anak-anak boleh pakai nanti.
PS: Material kertas kamus ni best lah, macam duit RM5!
PSS: AKu perasan yang perkataan absurd dah dimelayukan. Ironi tak?
terlalu banyak perkataan english yang dah dimelayukan.
BalasPadambetul, banyak perkataan yang saya nampak dimelayukan dalam kamus dewan ni
Padamini kamus edisi terbaru ke? cantiklah warna pink :)
BalasPadamjemput join my segmen https://www.tiarasaphire.com/2020/09/segmen-bloglist-tiarasaphirecom.html
cantik kan warna pink? ;)
Padamterima kasih tiara atas jemputan :)
Masih ada lg kamus English masa zmn belajar..dah jrg sgt bukak..
BalasPadamBhs inggeris bila dimelayukan kdg2 jd mcm pelik, tak dpt nk tngkp maksudnya..
betul, dan terus terfikir2 apalah perkataan melayunya yang asal hehe
PadamTumpulnya jari, mcm tu tumpulnya bahasa aku..haha
BalasPadamkikiki.. betul kak zimah, tumpul benar dah bahasa saya ni adesss
Padambanyak perkataan english dimelayukan. tapi absurd bukan ke mengarut/merepek? Sama la sis, bahasa melayu pun dah makin tumpul. dalam review cuba jugak masukkan supaya tak hilang
BalasPadamkan, mengarut betul bila dia ganti perkataan mengarut tu kikiki. elok tu farhana, supaya masih ingat perkataan2 melayu :)
PadamDulu warna hijau.
BalasPadamMasa Form 5, Cg BM wajibkan kitorang bawa kamus ni setiap hari Selasa 😅.
beratnya nak bawak hahaha, ya betul dulu warna hijau :D
Padamwow.. atie dulu kamus dewan dekat library saja... sbb mahal juga time tu harga dia kan
BalasPadammahal jugak, sebab tu akak sayang sangat kamus mak akak belikan dulu tu :)
Padamwak ada beli edisi keempat jugak tapi versi lama yg kulit dia kaler hijau.., dulu wak beli kamus dewan ni sbb nak main contest silangkata utusan malaysia jeer.,
BalasPadamps. yg wak perasan perkataan 'keling' dah diupdet ye., huhuhu
lepas baca komen wak, saya terus cek. betul lah wak, lain dah definisi dia, lebih mantap ! hehe
Padamkamus dewan sahabat penulis
BalasPadamsaya harap dia sudi jadi kawan baik saya hehe
PadamBagus ada kamus dewan. sesuai lah untuk Kak Syaz yang suka menulis. Pasni tajam lah dengan lebih banyak kosa kata :) Kita pulak kena bukak kamus dewan nanti. hihi
BalasPadaminsyaallah try slow apply perkataan rare hehe
PadamRasa macam perlukan kamus juga... Kenkadang google pun tak banyak membantu...
BalasPadamBetul tu bro, setuju bab google tu
PadamBetul sis... Sejak semua di hujung jari, lain rasanya... Dulu, saya suka baca kamus... Hehehehe... Sinonim, antonim, semualah... Dah macam buku cerita saya buat kat kamus tu...
BalasPadameh geng la kita! hihih
PadamCantiknya. yang tak tau nak guna apa pun rasa nak beli. hahaah
BalasPadamcute kan warna dia elly hehehe
PadamWah menarik jugak baca kamus ni.. Bahasa melayu saya pun skrg dah tumpul sangat ni..
BalasPadamkalau ada duit lebih dan nak tambah koleksi, bolehla beli :)
Padamwarna pink dah 🥰 mahal ni kalau ndak beli. saya merasa pinjam dekat library ja hehehe
BalasPadamhihi self reward kononnya ni ;)
PadamSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.
Disclaimer: Unauthorized Use of Photos
All photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.
Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran
Semua foto di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.