Untuk harini, aku nak kongsikan tentang penglibatan mikroorganisma, atau orang melayu kita panggil kuman, dalam pembuatan kain jeans.
Seluar jeans denim biru memang tidak tersangkal lagi popularitinya sejak dari kali pertama ianya direka oleh Levi Strauss dan Jacob Davis pada tahun 1873.
Levi Strauss |
Jacob Davis |
Asalnya, kain jeans ini direka untuk pekerja lombong emas, ye lah, kerja yang sangat lasak kan, mesti lah kena pakai pakaian yang tak mudah koyak.
Kalau kejap-kejap terkoyak, dah jadi macam pendekar bujang lapok nak belajar silat dengan pendekar mustar la pulak kan haha
Kini, syarikat-syarikat yang mengeluarkan kain jeans ini, rata-ratanya sudah mula beralih kepada teknologi pembuatan kain jeans ni, yang menggunakan unsur mikrobiologi. Selain lebih selamat untuk alam sekitar, ianya juga memang boleh mengurangkan penghasilan sisa toksik.
Kalau perasan, zaman sekarang ni dah banyak jeans yang lembut kan?
Terutama jeans orang perempuan.
Untuk melembutkan kain jeans yang keras tu, pengeluar akan campurkan enzim yang dihasilkan oleh sejenis kulat mikro dari genus Trichoderma. Enzim tu akan mencernakan sedikit selulos yang ada dalam kapas yang digunakan untuk hasilkan kain jeans tu.
Enzim ni lebih selamat digunakan berbanding bahan kimia, lagipun enzim ni sejenis protein, jadi bila dia tercampur dalam mana-mana bahan buangan dari kilang, dia mudah untuk dileraikan. Maka, tiada pencemaran lah dari kilang.
Kalau dahulu, untuk melunturkan warna di kain jeans, untuk menampakkan lebih cantik, ye lah jeans ni lagi lusuh lagi cun kan, selalunya kilang akan guna chlorine. Atau yang kita selalu panggil kat rumah tu, Clorox. Tapi, semestinya chlorine memberi kesan pada alam sekitar.
Jadi sekarang, dengan menggunakan teknologi berunsurkan kajian mikrobiologi, kilang-kilang menggunakan peroksida yang lebih selamat dari enzim peroksidase sejenis cendawan sahaja!
Untuk menghasilkan jeans berwarna biru, dahulunya ada sejenis bahan kimia digunakan, tapi bahan kimia tu ada risiko untuk meletup di udara. Haa takut tak?
Jadi, sekarang kilang-kilang jeans dah tak pakai bahan kimia tu lagi.
Mereka gunakan gene dari bakteria tanah (Pseudomonas putida) yang boleh menghasilkan warna biru dari suatu jenis tindakbalas fisiologinya dengan persekitaran.
Jadi itulah sedikit sebanyak perkongsian ilmiahku pada hari ini.
Semoga bermanfaat 😁
nasib baik jeans skrg tak pakai bahan kimia tu dah. baru ja nak tkot... hahaha
BalasPadamhahaha takut jeans meletop di udaya ye kikiki
Padamtkot tiba2 berbogel hahahha
Padamahahah lawak lah!
PadamInfo menarik..terima kasih share :)
BalasPadamsama2 :)
PadamMoga yg baca dapat ilmu baru hari ini :)
BalasPadamtq sharing syaz :)
Insyaallah, terima kasih shida :)
Padamdah lama x beli jeans.. faktor usia agaknya.. sekarang lebih berminat pakai seluar jenis khakis.
BalasPadamsamalah ewan, kami yang perempuan pulak gemar pakai skirt kembang je sekarang hehe
PadamZaman muda2 dulu kalau beli jeans mesti cari levis
BalasPadamLegend kan jeans levis hehe
Padaminfo menarik tqq shazz
BalasPadamdulu2 zaman muda mudi akak suka jeans he hee
samalah kak hehe
PadamEdy kan kerja di site, seluar jeans ini memang seluar kerja dia lah... kalau pakai seluar slack ke denim biasa memang tahan bebrapa minggu dah terkoyak la jawabnya...
BalasPadamdulu masa pakai mesin basuh 7.5kg kalau masukkan jeans dia 2 helai pun dah macam tak muat yang lain... nasib sekarang mesin dh besar boleh basuh 4-5 helai terus
betul2, sangat keras dan berat kain jeans ni kan, memang sesuai untuk kerja berat
PadamAi sekarang tak suka sangat pakai jeans yang keras tu. Cantik terletak tapi macam dah tak selesa. Prefer yang lembut2 je atau pun pilih design yang besar2 sikit.
BalasPadamFaktor usia kot, samalah kita hihi
PadamOkay, dapat ilmu baru harini. Tq share info. Suka jeans lusuh. Trendy katanya. Lebih selesa pakai jeans yang stretchable dan Ankle cut. Selesa dan tak payah potong. Almaklumlah tak berapa nak tinggi. huhu
BalasPadamsamalah, suka pakai macam yg brand ladulike dan voir tu, tapi sekarang lebih kepada skirt..hehe
PadamWow.. info yang bagus.. Barulah tahu..
BalasPadamPart yang boleh meletop tu dah mula terbayang.. hahaha..
tengah2 jalan tetibe jeans meletop teruslah tak berseluar.. hahaha..
scary sangat tu hahahaha
Padammenarik. kalau skrg masih guna bahan kimia mesti dh viral hehe
BalasPadamhihi banyak kilang jeans dah berubah bahan mereka ;)
Padamjeans skrg banyak gak yg stretchable kan.. tp oklah sonang ammi nak duduk bersila bersimpuh sambil pakai jeans
BalasPadamhehe samalah, sep sikit!
PadamOwh patutlah. Dulu dulu memang jeans jenis kasar, tak lembut.
BalasPadamkan, sebab memang dbuat untuk kerja2 kasar, bukan fashion :D
PadamSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.
Disclaimer: Unauthorized Use of Photos
All photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.
Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran
Semua foto di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.