Orang kata, sesuatu benda tu kalau semakin lama dia tak ada, makin jarang nak jumpa, dan selalu orang dulu-dulu je guna, dia jadi barang antik. Yeke?
Semalam terjumpa balik gambar masa Januari 2020 haritu.
Gambar apa ni, cuba teka!
Pada yang jawab bola golf, betul!!
Tepuk tangan!
Apa kaitan dengan common sense?
Ha..saja lah nak cerita, sebenarnya bola golf ni milik salah seorang jiran di sini.
Alkisah, walaupun dah beberapa kali ditegur, dia masih buat.
Buat apa?
Dia main golf dekat halaman rumah.
Ya tuan puan, main golf di laman rumah yang sekangkang kera tu. Nak dijadikan cerita, pada tarikh 20 Januari 2020, aku jumpa bola golf ni atas rumput rumah aku.
Tak ada bukti yang dari si polan, tapi tetap hatiku yang tidak terhindar dari noda ini, rasa nak menuduh dia.
Sebabnya, geram betul rasa hati masa terjumpa bola golf ni landing baik punya atas rumput rumah aku ni. Nasib baik lah bola ni tak landing atas cermin kereta ke, kena cermin tingkap rumah ke. Kalau pecah berderai? Siapa yang nak tanggung.
Nak highlite kat sini, mohon kita semua ni janganlah sampai mengenepikan common sense, terutama bila melibatkan harta benda orang lain.
haih..
Itu kalau kena cermin, kena barang. Kalau terkena kepala orang? Anak orang? Grrrr!
Sekian entry geram.
Eheh
Hehe. Saya geram orang buang sampai merata-rata.
BalasPadamYa buat sesuatu fikirkan kalau ada menyusahkan orang lain.
Mengapalah jiran itu tidak bermain di padang golf?
itulah yang kami semua fikir, kenapa tak pergi padang golf. hairan bin ajaib..huhu
Padamaduihh..ade juga jiran sebegini ya..boleh pula main golf kat laman rumah..pls laa...
BalasPadamunik sikit kan..hahaha
Padamtak dpt bayangkan kalau terkena kepala orang..mau pitam...
BalasPadamtapi si pemain golf tu tak terbayang agaknya benda2 tu..huhu
PadamMacam nilah, cer kita pulak main golf kt laman rumah kita, pastu tuju bola golf tu kat laman rumah dia je, bagi dia rasa plak apa yg kita rasa..hehe,briliant tak idea akk?
BalasPadamhahaha kan!
Padamjiran nk kabo dia pandai main golf tu heh..heh..
BalasPadamkalau tak orang tak tau pulak ye hahaha
Padamjiran tu udah tua ke muda lagi? kot la takde duit nak main kat padang golf itu yang main di laman rumah... cumanya memang kerja gila lah kalau kene kat kepala orang atau harta benda orang. bola golf tu dahla keras... gila lah
BalasPadamkan, bola tu punyalah padat isi padunya.
PadamTaklah tua, taklah muda..hehe
Tak mampu nak main kat driving range pergi la main kat padang ragut ke kans...
BalasPadamTak pun tak yah main golf terus sukan yang mahal gittewww...
itulah tu...huhuhu
Padamdah tegur pun still mcm ni jgk, bola ni dah la keras , klu kena kepala sapa2 kan susahhhh ! ish
BalasPadamhuhuhu itulah..moga berubah dia lepas ni
PadamAduhaii..laman sekangkang kera tu jugak nak main golf. Yang laman luas pun orang tak main tau sebab main golf ni yang selamatnya kena main kat tempat golf yang sebetulnya. jiran oh jiran.
BalasPadamkikiki.. kan pelik kan, mungkin dia tak tahan..gian heheh
PadamPayah bila manusia tak ada common sense ini..
BalasPadamRasa macam nak letak dia dekat tengah hutan je..
dimana-mana ada je manusia gini..
tu la kan sha, harap2 dia berubahlah..huhu
PadamSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.
Disclaimer: Unauthorized Use of Photos
All photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.
Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran
Semua foto di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.